Mar 16, 2010

Kudup Akan Berkembang Siri IV

Pada 12 hingga 14 Mac yang lalu, saya telah mengikuti program anjuran BIRO PDCA bagi mengelolakan aktiviti Kudup Akan Berkembang (siri 4) bagi pelajar-pelajar yang terpilih. Banyak aktiviti yang telah dilaksanakan di sana. Antaranya adalah wall climbing, berakit, ceramah motivasi, senaman dan permainan dalaman.

          Sepanjang program ini berlangsung saya dapat belajar bahawa kadang-kala manusia perlu di beri tekanan untuk melakukan sesuatu. Saya dapati segelintir pelajar mampu menunjukkan prestasi yang baik setelah diberikan cabaran. Cabaran yang diberikan adalah cukup mudah seperti kekangan masa (“dalam masa 5 minit saya mahu semua orang sudah beratur”) dan jenis tugasan yang disediakan sebagai contoh; pelajar mudah merasa bosan apabila mereka hanya duduk dan mendengar maka aktiviti yang berkaitan perlu diberikan kepada mereka sebagai peluang untuk turut serta dan seterusnya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi.

kudup 011 # aktiviti berakit: menuntut kesepakatan dan persefahaman ahli kumpulan

           Semasa aktiviti berakit diadakan saya dapati pelajar sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan rakit mereka, persefahaman dan komitmen semua ahli amat diperlukan dalam aktiviti ini ditambah pula masa yang terhad menyebabkan semua orang berusaha sedaya-upaya untuk menyiapkan rakit mereka.

kudup 017

# percaya kepada diri sendiri dan percaya kepada orang lain

            Sikap saling mempercayai antara sama lain juga penting, di mana jika terdapat ahli kumpulan yang berbadan besar adakah kita ingin membawa ahli tersebut bersama atau meninggalkan dia dan belayar tanpa cukup ahli. Sejauh mana kita percaya kepada diri kita sendiri sebagai contoh ahli yang berbadan gempal tadi; adakah dia yakin dengan kehadirannya rakit tidak akan tenggelam. Lebih daripada itu ahli kumpulan juga perlu yakin adakah rakit yang di bina mampu untuk timbul dan seterusnya belayar, maklum sahaja masing-masing mengalami pengalaman pertama untuk membina rakit.

kudup 009

# apa peranan orang yang duduk di depan sekali?