Sep 30, 2010

Masih Ada Yang Sayang

Biro PDCA FPP UiTM Pahang sekali lagi akan mengadakan program MAYS (masih ada yang sayang) yang mana ia adalah program khidmat masyarakat melibatkan pensyarah dan juga pelajar. Kali ini MAYS akan berkunjung ke Taman Harapan Pusat Jagaan dan Latihan Pertanian Orang-orang Buta Temerloh, Pahang.

hari dan tarikh: Sabtu @ 2 Oktober 2010
lokasi: Taman Harapan Temerloh, Pahang.
aktiviti: mengecat dan mengindahkan surau, dan membersihkan kawasan persekitaran.
sasaran pelajar: pelajar bahagian 3, 4, 5, 6 dan keatas. (seliaan biro PDCA)
pensyarah terlibat: mentor PDCA

Diharapkan semuanya berjalan lancar dan usaha murni kami ini diberkati oleh ALLAH swt.

seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan kebolehan yang cukup hebat iaitu melihat. Peliharalah kurniaan ini dengan sebaik mungkin. SILA LAWAT

p/s; Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar Sem 1 (Jul-Nov 2010) BMD5GD, BMD5BA, OMB30A/30B/30C dan ASD6SA serta Kak Anis & Kak Syida yang sudi menyumbang derma --> jumlah terkumpul RM183.35 - SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA

Sep 23, 2010

Keluarga Besar FPP

Jamuan Hari Raya untuk fakulti perngurusan perniagaan. Buat julung kalinya kesemua kakitangan FPP akan berkumpul untuk satu jamua yang rasanya sudah lama tidak diadakan. Jadi kepada semua ahli FPP yang lupa untuk hadir ke Dewan Makan Pentadbiran beserta kuih raya juga.

Gambar -->  http://picasaweb.google.com/alhudatajuddin/GlamorRaya#
Gambar --> http://picasaweb.google.com/alhudatajuddin/HariRaya#

En Kz, Pn Rozie dan Pn Chahaya

Musra dan Husna

Pn Has, Pn Faizan dan Musra
Wani, Miza dan Oshin

Sep 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Amat sukar untuk mencari kad ucapan HARI RAYA  yang ditulis menggunakan tulisan jawi dan khat. Pencarian saya di goole akhirnya menemukan saya dengan blog awang purba yang mempamerkan kehebatan tuanpunyanya mencipta tulisan khat dalam pelbagai bentuk. Umum mengetahui tulisan khat adalah satu cabang seni dalam tamadun Islam. Ketelitian dan kepakaran sipenulis untuk menulis satu-satu ayat samada ayat-ayat suci Al-Quran, hadith Rasulullah mahupun ucapan dan ejaan nama memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

Masih ingat lagi di zaman sekolah dulu sempat juga mempelajari subjek khat di sekolah agama pada sebelah petang. Bila tiba subjek khat semua seronok bukan main, lepas itu masing-masing sibuk mengasah pensel yang dileperkan hujungnya. Ustaz akan meminta pelajar menulis sebariS ayat di papan hitam sebanyak 10 kali. Kemudian semua berlumba-lumba ke meja Ustaz untuk disemak. Biasalah kalau dapat 10 markah memang seronok tapi dapat 8 atau 9 markah pun sudah cukup baik. Ustaz pun tak berkira sangat dalam memberi markah kepada kami. Bila dah dapat markah masing-masing menunjuk-nunjuk keputusan dan riuh  satu kelas dibuatnya. Oleh kerana pada zaman kanak-kanak dulu saya cuma ingat nak berlumba siapa siap dulu maka hasil tulisan saya tidaklah baik sangat. Maknanya dalam menulis khat ini kita perlulah sabar dan tekun untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Ustaz khat saya sebenarnya sudah meninggal tetapi saya cuba mengingatkan nama beliau sepanjang menulis artikel ini tetapi gagal. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz yang mengenalkan kami kepada tulisan khat, pengalaman di sekolah agama tidak mungkin dilupakan. Rasanya kalau di minta untuk menulis sekarang tidak tahu bagaimanalah rupanya tulisan khat saya. Sayangkan jika kita tidak diperkenalkan kepada tulisan rumi seperti sekarang, mesti ramai orang kita yang mahir dalam menulis khat kerana ianya sangat berkait rapat dengan tulisan jawi. Agak-agaknya jika saya ingin menyalin semula artikel ini dalam tulisan jawi pun bakal mengambil masa berjam-jam untuk menyiapkannya.

tulisan khat ini saya dapati dari awangpurba blogspot

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN