Nov 10, 2010

Penilaian Prestasi Tahunan

Apabila tiba hujung tahun, perkara yang paling biasa pekerja akan buat adalah penilaian prestasi, yang mana termanya paling biasa didengar dalam Bahasa Inggeris sebagai performance appraisal. Memandangkan hari ini saya agak kelapangan maka saya gunakan masa untuk menyiapkan laporan prestasi saya. Perkara yang paling remeh sekali adalah menjejak aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan sepanjang tahun ini. Mujur ada blog yang banyak membantu saya untuk mengingatkan perihal program, tarikh dan lokasinya sekali. Sesekali saya terpaksa meneliti blog pelajar iaitu Enna yang sangat aktif untuk mendapatkan maklumat. Maka amat bersesuaian sangat tajuk blog ini "saya budak belajar" yang yang menerangkan bagaimana saya terkial-kial mencari maklumat untuk menyiapkan laporan tersebut. 