Sepanjang program berlangsung, pujian harus diberikan kepada En. Azmir dan Puan Siti Aisyah selaku kepala kumpulan yang begitu komited dan bersusah-payah demi memastikan semua berjalan lancar. Walaupun ada satu ketika makanan tidak mencukupi, bila makanan dah ada - pinggan-mangkuk pula tidak ada, tapi semua bersabar dan bertolak-ansur. Semua orang maklum kerana program ini untuk anak-anak SK Chemomoi, maka berlebih-kurang dan bersabar adalah satu pendidikan yang baik untuk semua, "kitakan tuan rumah" dialog manis dari Pn. Wan Kalthom yang juga ketua biro makanan.
Orang-orang kuat program adalah terdiri daripada En. Faizal (pengacara majlis, fasilitator), Pn. Maisarah dan Pn. Adibah (biro cenderamata), Pn. Aziah , Pn. Hidayatun, Pn. Aisyah & Cik Husna (fasilitator), En. Zahran & Pn. Wan Kalthom (biro makanan), Pn. Chahaya, En. Fadli, En. Azmir & Cik Huda (biro lawatan) dibantu oleh En. Zahid, Pn. Normilia, En. Azeman, En. Elfee, Cik Ilyani, Pn. Faizan, dan Pn. Mawarti. Terima kasih kepada semua dan didoakan agar usaha murni kita akan diberkati oleh Allah. Seperti biasa karangan pada hari ini diakhiri dengan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari kejadian. Selamat berjaya untuk anak-anak dan TERIMA KASIH CIKGU.
sempat mengabadikan kenangan di tangga makmal
wajah kecerian selepas mengikuti lawatan kampus
melihat reriang
cikgu pun nak cuba juga
kenangan terindah di UiTM Pahang
Ingin melihat keseluruhan gambar? Sila klik disini.