May 25, 2010

Pesta Konvokesyen UiTM

Pagi ini saya mendapat satu panggilan telefon yang tidak saya jangkakan. Melihat pangkal nombor telefon itu, macam biasa tengok! Eemm.. iyalah nombor kawasan Bangi, Selangor. Tapi pelik kalau dulu mungkin biasa orang Bangi telefon, siapa lagi kalau bukan UKM, kadang-kadang pegawai pejabat Pusat Pengajian Siswazah (PPS), pejabat FEP, Kak Sal (pegawai IT) atau mungkin Dr. Norasmah. Tapi bila dengar suara emm... LELAKI, tapi terus saja dia perkenalkan diri "Miss, saya Imam". Oooo.. IMAM, pelajar saya bagi kursus Gelagat Organisasi atau lebih dikenali sebagai OB (organizational behavior) 3 semester yang lepas.

Selepas itu, terus sahaja Imam mengucapkan terima kasih, saya hairan kenapa berterima kasih, dia melanjutkan ayatnya kerana hari ini IMAM akan menghadiri MAJLIS KONVOKESYEN untuk dirinya sendiri! Oohh, fahamlah saya kenapa dia bersusah-payah menghubungi saya. Perasaan saya pastinya gembira, teruja dan sedikit terharu. Gembira di atas kejayaan IMAM, teruja mengingat saat-saat manis konvo dulu dan terharu kerana IMAM masih mengingati gurunya. Sepanjang perbualan sempatlah saya menanyakan waktu sesi konvonya dan pakaian yang akan dipakai, IMAM jawab "baju lama jer Miss".

Tapi sepanjang mengenali IMAM, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang matang berbanding kawan-kawannya yang lain, hubungan baiknya dengan semua pensyarah memang disebut-sebut, sangat menghormati orang lain, selalu tersenyum dan bermanis mulut serta sering menjadi bualan pensyarah juga kerana prestasi akademik. Prestasi pelajarannya tidak berapa baik kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi, tapi satu perkara yang boleh dipuji tentang IMAM dia selalu positif! dan akhirnya IMAM berjaya. Keputusan keseluruhan mungkin tidak berapa baik tapi yang penting kita haruslah berusaha sedaya mungkin. Mungkin hari ini kita berusaha sepenuh hati tapi hasilnya tidak seberapa... SABAR! ALLAH Maha Mengetahui mungkin yang ini bukan yang terbaik untuk kita jadi ALLAH sediakan yang lain, yang lebih istimewa untuk kita. Saya sangat percaya itu.

IMAM dan rakan-rakan seangkatan, tahniah dan beribu TAHNIAH! Selamat Bergraduasi