Jul 1, 2010

Semester Baru Akan Bermula

Rasa macam baru sahaja cuti semester, tapi pejam celik, pejam celik semester baru sudah hampir menjengah. Bagi semester ini, rasa gementar hendak memulakan kelas ada berkurangan sedikit walaupun kerja-kerja mendokumentasi bahan-bahan pengajaran tidak pernah habis. Mujur juga kod-kod yang perlu diajar adalah sama, cuma penilaian tugasan perlu sedikit perubahan. Selain mencari kelainan dan menjadi kreatif dalam melaksanakan kerja, perubahan perlu dilakukan setelah mengambilkira kekurangan pada semester lepas dan menjadi semester ini lebih baik dari sebelumnya.

Kod-kod semester ini:
1. Mgt 300
2. Mgt 321
3. Mgt 534
4. Etr 300

Sebelum memulakan semester baru harapan ditetapkan pada semester ini adalah untuk mencapai peratus kelulusan 100% bagi kod Mgt321 dan Mgt300 serta mengekalkan kelulusan 100% bagi kod Etr 300 dan Mgt 534. Terdapat sedikit pertikaian dalam memberikan markah lulus kepada pelajar samada pensyarah yang lemah atau pelajar itu sendiri. Namun mengambilkira konsep memperbaiki kelemahan diri terlebih dahulu maka perubahan dan penambahbaikkan hendaklah bermula dengan diri sendiri. Selamat berjaya untuk semua dan diri sendiri.