Jul 13, 2011

VC datang JENGKA

Panggilan perjumpaan yang dibuat secara tergesa-gesa tidak mematahkan semangat para pensyarah UiTM Pahang untuk berjumpa dengan Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Sedar akan kesibukan tugasan harian beliau dan memang bukan senang beliau hendak ke mari, maka saya gagahkan juga untuk hadir pada 6 Julai 2011 jam 9.00 malam. Banyak perkara yang dibincangkan antara hati ke hati, dengan rata-rata pensyarah mengetengahkan isu kesulitan perihal pengesahan jawatan.

Namun, saya ingin memetik kata-kata Dato' VC tentang prinsip hidupnya yang dipegang sejak dari dulu lagi.
1. Percaya kepada Allah SWT
2. Jangan tinggal Solat
3. Sayang ibu
4. Selalu tolong orang susah

Secara keseluruhannya, pertemuan yang singkat ini berjaya merungkai beberapa kekusutan dan dalam masa yang sama memberitahu serta mengingatkan pensyarah akan tugas utama di UiTM adalah untuk Mengubah Destini Anak Bangsa. Tambah beliau UiTM berjaya mengubah destininya dahulu, dan sekarang beliau mahukan UiTM terus mengubah anak bangsa yang lain.

Y. Bhg. Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc
D.S.P.N., D.J.N.,D.S.M.,B.C.N.