Biasa kita dapat tengok peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh pemilik-pemilik blog dengan pelbagai tujuan. Tapi saya hanya ada satu tujuan.... iaitu ingin memastikan pelajar mempraktikkan pelajaran dalam kelas.
Adalah dengan ini diumumkan bahawa Pertandingan Video ini dibuka dengan rasminya.
Perkara: Pertandingan Video
Tema: Hari Raya
Cerita Video: Pesanan Khidmat Masyarakat (contohnya: jangan merempit, jangan main mercun, jangan minta duit raya, jangan tengok TV dan sebagainya di Hari Raya)
Durasi: 3 minit (boleh juga kalau terlebih sikit)Peserta: Terbuka kepada pelajar MGT300 (BM1114a, 4b, 4c dan BM1125o sahaja)
Tarikh akhir: 25 Ogos 2011 (dah siap muat naik di blog)
Nak tahu HADIAH apa?
Tempat Pertama = RM 50
Sila muat naik video anda di YouTUBE, dan sediakan satu entri mengenainya di blog masing-masing.
Sila Rujuk Tutorial di I-Learn |
Ini adalah kerja kumpulan, pastikan semua ahli bekerja!
Selamat Berpuasa.