Ok sekarang jika mahu cerita pasal sebelum, rasanya pelajar sudah menyiapkan hampir 100% kerja-kerja penyelidikan. Penyelidikan membantu kita mendapatkan isi kandungan yang baik dan tepat untuk dipersembahkan dalam video nanti. Aktiviti penyelidikan adalah seperti membaca buku, artikel, temubual, pemerhatian, menonton televisyen, mendengar radio, menjelajah internet dan sebagainya yang dirasakan perlu.
Kedua hendak cerita pasal storyboard pula. Ramai pelajar sudah keliru apa itu storyboard. "Saya kena lukis semua scene ker?" tanya seorang pelajar MGT 315. Storyboard adalah satu rancangan dasar produksi kita.
Kenapa perlu ada storyboard?
1. menjimatkan masa
2. video lebih objektif
3. memudahkan pengarah membuat rujukan
4. mengurangkan kesalahan
5. membantu komunikasi
6. mencipta syot yang lebih kreatif
Kalau kita tidak melukis storyboard sekalipun, mesti ahli kumpulan akan bincang apa yang akan dibuat untuk setiap scene. Jadi serupalah dengan storyboard cuma bezanya kita perlu terjemahkan dalam bentuk lukisan dan tulisan. Kadang-kadang idea yang kreatif sudah ada tapi kenapa kita tidak laksanakan?.... Yaaa hanya kerana kita LUPA rekod (tulis).
Jadi storyboard tidak semestinya dilukis tapi boleh juga ditulis.
Tengok contoh storyboard ini yang akhirnya diterjemahkan dalam video. Menarik kan??
http://www.bbc.co.uk/northernireland/myplacemyspace/promote-your-day-out/with-film/myfilm.shtml
http://www.sotherden.com/video101/pre-production.htm
http://www.sotherden.com/video101/storyboard.htm
http://www.school-video-news.com/index_files/VideoProjects1.htm