Dua minggu lepas saya sudah menugaskan pelajar Kursus MGT 300 mereka blog masing-masing. Tugasan blog ini dijalankan dalam kumpulan bagi mendapatkan 10% daripada markah keseluruhan penilaian berterusan sebanyak 40%. Blog ini bertujuan untuk memberikan pelajar pengalaman sebenar mengendalikan perniagaan secara atas talian. Artikel yang perlu dimuat-naik telah dimaklumkan terlebih dahulu, supaya pelajar menjalankan kerja rumah dan penyelidikan untuk memastikan blog mereka berinformasi. Berikut adalah alamat-alamat blog pelajar saya;
http://pitbullenterprise.blogspot.com/
http://frost-vintage.blogspot.com/
http://sifqacorner.blogspot.com/
http://wwwbeautydesire.blogspot.com/
http://lolylove-candy.blogspot.com/
http://www.sweetladies89.blogspot.com
contoh-contoh muka depan blog;
frostvintage
pitbullenterprise
Jika berkelapangan silalah datang melawat blog-blog tersebut, minta sokongan daripada semua untuk menyokong mereka.
Jan 25, 2010
Jan 24, 2010
Reflective Teaching Journal - part 3
Minggu lepas minggu yang agak sibuk, keberangkatan DYMM Sultan Pahang mencemar duli ke Forum Perpaduan Hak-Hak Orang Melayu, sedikit sebanyak menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dengan upacara tersebut.
Isi kandungan bagi Kursus MGT 534 sudah tidak sama lagi bagi kumpulan A, B dan C. Agak payah untuk memulakan minggu ini memandangkan Kumpulan A sudah ketinggalan. Sementara itu, insiden tertinggal kunci dalam bilik menjadikan hari Jumaat huru-hara, saya terpaksa memohon maaf kepada pelajar kerana kelas dijalankan secara kelam-kabut. Saya bercadang memberikan pelajar latihan yang mana paparan (slide powerpoint) telah saya sediakan beserta jawapan dan lebih teruk lagi buku teks iaitu rujukan asal kursus ini juga tidak dapat di bawa bersama. Mujur pendrive yang biasa digunakan ada bersama saya, nasib baik!
Justeru, saya memikirkan apa yang boleh kita buat jika sesuatu yang dirancang tiba-tiba tidak menjadi. Berikut adalah tindakan yang diambil:
- Beritahu pelajar situasi yang kita alami sekarang, iaitu: tertinggal kunci di dalam bilik dan bahan-bahan pengajaran ada dalam bilik tersebut. Mengharapkan pelajar faham dan YA meraka memahaminya. Mohon bantuan pelajar supaya bersama-sama mendepani masalah yang dihadapi.
- Gunakan bahan yang ada dengan kita pada waktu ketika itu sebaik mungkin. Sebelum kelas MGT534, saya terlebih dahulu menangani kursus MGT321 jadi terdapat bahan-bahan yang saya gunakan untuk bab "perception". Maka saya gubakan bahan tersebut sebagai bahan tambahan. Tetapi kita perlu memikirkan idea bagaimana hendak mengaitkan bahan tersebut dengan topik yang difokuskan pada hari ini, pilih yang bersesuaian sahaja. Kemudian bincangkan bersama pelajar.
- Habiskan isi kandungan seperti yang terdapat dalam silibus, gunakan bahan yang terdapat dalam pendrive sebaik mungkin. Kelam kabut juga kerana isinya berterabur di sana-sini, maka mengambil sedikit masa untuk menyusunnya.
Walaubagaimanapun, selepas itu saya berasa saya lega dapat menangani sesuatu yang tidak dirancang dengan agak baik biarpun, saya perhatikan pelajar mengetahui kekalutan yang saya hadapi dan dalam tempoh itu, pelajar berbual-bual sementara saya menyelesaikan beberapa perkara. Tapi yang penting, guru mesti bertenang dan tunjukkan diri mampu mengawal keadaan. Pengajaran: Jangan Tinggal Kunci Di Dalam Bilik.

Jan 20, 2010
batuk pergilah segera
sepanjang minggu ini saya diserang batuk dan kadangkala demam. pelik benar kali ini, demam yang datang sekali-sekala menyukarkan pemantauan kesihatan diri sendiri. batuk juga merimaskan. kerana ia menganggu aktiviti untuk bercakap terutamanya bagi tujuan syarahan. minggu ini saya dapati prestasi saya sangat teruk ditambah batuk tersebut sedikit sebanyak menyukarkan otak saya untuk mengatur dan berfikir, apa yang hendak dicakapkan semuanya berterabur.
ini semua tidak boleh dibiarkan berleluasa, BATUK pergilah segera!

Jan 14, 2010
Aktiviti Kelas: Sesuai atau Tidak?? Bhgn. 1
Hari ini saya menangani pelajar ijazah sekali lagi. Memandangkan mereka pelajar ijazah saya memerlukan persediaan yang lebih rapi untuk memastikan input yang diberikan adalah betul dan pelbagai. Ianya sesuatu yang dapati sangat mencabar, ia mencabar kemahiran saya berkomunikasi samada secara lisan mahupun bukan lisan, memberi arahan, menarik perhatian, penyampaian yang jelas dan sebagainya. Sebelum masuk ke kelas mereka, saya terpaksa berfikir dengan kritikal untuk mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak merasa bosan dan tertekan.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah penilaian kendiri berkaitan dengan Big5 Dimension Personality; neuroticism, agreebleness, conscientiousness, opennes to experience dan extroversion. Selepas itu, pelajar diminta melukis wajah rakan mereka, sebagai potret untuk diabadikan dalam tugasan individu. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat dan terdengar hilai tawa yang menyenangkan. Jika sebelum ini mereka tidak pernah merenung wajah rakan mereka hari saya berikan mereka peluang itu. Dan sudah tentu, pelajar sudah lama tidak melukis!
Seterusnya, pencarian di Google dan pencambahan idea akan diteruskan untuk mempelbagai cara penyampaian di dalam kelas. Artikel selanjutnya akan menceritakan tentang aktiviti-aktiviti kelas yang bakal dijalankan.

Jan 13, 2010
Reflective Teaching Journal - Part 2
logo Yaya untuk tugasan laman web, Yaya mempromosikan kasut yang dilukis dengan tangan
Bagaimana kelas boleh habis awal menjadi persoalan terus-terusan membawa saya berjumpa dengan Kak Chahaya. Setelah menghabiskan 15 minit meminta pandangan beliau sebagai pensyarah senior.
Berikut adalah saranan Kak Chahaya bagi mengatasi masalah kelas habis awal;
1. bawa keratan akhbar yang berkaitan, minta mereka bincangkan perkara penting, sediakan kertas mahjong dan bentangkan input yang diperolehi.
2. ceritakan lebih banyak contoh untuk setiap isi. maknanya banyakkan membaca.
3. beri lebih masa rehat, jika rehat 5 minit tidak cukup panjang, mungkin boleh beri 10 minit.
4. sediakan kajian kes, soalan peperiksaan yang lepas untuk dibincangkan dan dibentangakan. berikan komen-komen yang membantu untuk penambahbaikkan.
Hari ini saya membawakan keratan akhbar seperti yang disarankan oleh Kak Chahaya. Topik yang dibincangkan adalah contoh usahawan yang telah berjaya. Antara perusahaan yang telah dibincangkan adalah mas cotek, butik di blog, kedai dobi dan tepung keledek.
Hasilnya kelas berjaya tamat seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu, namun begitu ada juga kelemahan antaranya;
1. segelintir pelajar tidak ambil bahagian, kurang kerja untuk diagihkan, hanya didominasi oleh segelintir pelajar.
2. pelajar bebas untuk keluar masuk memandangkan masa yang panjang dan tiada input penting untuk dikongsi bersama pensyarah.
3. masa terlalu panjang menyiapkan tugasan kerana diselangseli dengan perbualan kosong.
Oleh itu, tindakan kawalan perlu dilakukan pada masa hadapan;
1. menetapkan masa dengan tegas
2. rondaan kepada setiap kumpulan, tanyakan soalan jika pelajar tiada soalan
3. minta kerjasama pelajar, maklumkan markah akan diambilkira
4. kecilkan bilangan pelajar dalam setiap kumpulan
Walaubagaimanapun, hari ini boleh dikatakan berjaya!
Jan 11, 2010
Reflective Teaching Journal - part 1
roti canai = refleksi
Hari ini adalah pertemuan kedua bagi kelas OB untuk pelajar ijazah. Topik yang dibincangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan Personaliti - antaranya; Big 5: neuroticism, extroversion, conscientiousness, openess to experience and agreableness.
Mengaplikasi Refletive Teaching
1. penerangan kepada pelajar terlalu laju, ada sesetengah didapati faham seperti Baha. tetapi pelajar lain seperti termanggu-manggu.
2. jumlah paparan PPT sebanyak 20 keatas boleh dihabiskan dalam masa 1 jam.
3. pelajar tidak menanyakan soalan.
4. soalan yang dikemukan kepada pelajar tidak dijawab dengan baik oleh pelajar.
5. pendekatan kelas hanya menggunakan kaedah syarahan.
Hari ini kelas habis pada jam 9.05 pagi, saya mengambil keputusan untuk ke perpustakaan mencari bahan untuk mempelbagaikan bahan pengajaran. Maka untuk pertemuan seterusnya insyaallah inventori personaliti akan diagihkan kepada pelajar. Saya perlu mencari penyelesaian untuk mengatasi kemelut ini dengan segera.
KREATIF....
Subscribe to:
Posts (Atom)
MGT 300 - Blog