Showing posts with label organizational behavior. Show all posts

Apr 28, 2016

Mohon Kerjasama Menjawab Soal Selidik #tugasanPhD

_SOAL SELIDIK INI DITUTUP PADA 13 MEI 2016_
Terima Kasih Semua

Panggilan kepada kawan-kawan yang berkhidmat sebagai pensyarah baik di Universti Awam mahupun Universiti Swasta dan juga Pusat Pengajian Tinggi (seperti Politeknik, Kolej Komuniti, dll) di Malaysia, saya perlukan bantuan kawan-kawan untuk menyertai kaji selidik ini. Ini adalah tugasan kami bagi kursus Business Research yang bertajuk "The Attitudes and Behaviors at Workplace in Higher Learning Organization".

Harapannya dapatlah keluar satu kertas kerja dan pergi konferen di Langkawi anjuran FEP, UKM.

Call for Paper: The 8th International Management and Accounting Conference (IMAC8)
28th to 29th September 2016
Langkawi Island, Kedah, Malaysia
Website & Online Registration & Submission: http://submit.confbay.com/conf/imac8

Jom kita ke Langkawi! Dr Rasidah kata jemputlah ramai-ramai.

Jika ingin menjawab di telefon pintar mohon klik di SINI.

Mar 4, 2016

Cerita PhD: Pertemuan Berkumpulan

Hari ini berpeluang berjumpa penyelia secara berkumpulan. Semua anak buah Dr Rasidah dipertemukan dalam satu perjumpaan untuk menceritakan kemajuan masing-masing.

Dah nazak sangat agaknya kami ni.. maka Dr panggil kami untuk berkongsi perkembangan masing-masing.

Ini kali pertama pertemuan diadakan. Kak Oswah turut serta. Semuanya ada 4 orang budak baru belajar.

Ali - Thriving 
Azlan - Workplace bullying
Huda - Knowledge hiding
Oswah - Work life balance

Dengan topik yang berbeza-beza maka setiap tunjukkan hasil yang telah dibuat dalam masa 3 minggu. Ali dan Azlan adalah senior; maka kemajuan mereka sudah jauh. Lompang kajian telah dikenalpasti tapi masih dalam proses memastikan hubungan antara pembolehubah boleh di sokong dengan literatur. 

Saya pula masih terkedek-kedek lagi mencari pemboleh ubah yag sesuai. Dulu lagi Dr nasihat supaya membaca tentang konsep knowledge sharing dan fahamkan. Tetapi oleh kerana saya degil maka, saya tidak ambil nasihat itu. Saya fikir dengan cara try and error saya dapat mengaitkan antara pemboleh ubah yang saya rasa sesuai untuk menerangkan fenomena menyembunyikan ilmu (knowledge)**.

Selepas sebulan rasanya tanpa apa-apa penemuan menarik, sekarang saya terpaksa juga buat perkara yang Dr katakan dulu. Mula dengan membaca konsep knowledge sharing. PENGAJARAN: jangan degil.

Ali dan Azlan menceritakan dahulu kemajuan mereka. Ali sudah tulis pernyataan masalah. Azlan membentangkan meta analysis. Fuhhhh senarai panjang dari tahun yang berkurun. Membayangkan kepada saya banyak lagi kerja yang perlu disiapkan untuk memahami konsep knowlegde sharing. Perlu lebih memecut selepas ini.

Saya membentangkan bacaan saya mengenai knowledge sharing dari perspektif penerima dan juga kuasa (power). Sebelum membentang saya terlebih dahulu minta maaf sekiranya idea-idea dan rumusan yang saya buat melalui pembacaan ini adalah salah.Tapi penyelia tetap positif dan ini sikap yang saya perlu pelajari dari Dr Rasidah yang sentiasa sabar dalam kemajuan saya. Seringkali saya yang tidak sabar-sabar. Ada ketikanya pemahaman saya salah, tapi Dr Rasidah tetap mengatakan 'good'. Ayat Dr berbunyi "Anyway, it is good for you to highlight this idea. Now we know it is wrong".

Emmm.... 

Satu lagi ayat kegemaran Dr "Its okay Huda, do not compare yourself with Ali and Azlan, one day you will reach at their stage". Itu ayat yang paling selalu digunakan untuk memujuk saya supaya jangan gelabah. Kenapa Dr? jelas sangat agaknya stress di air muka saya. 

Tapi hari ini banyak sekali input yang kami dapat. Dr memberi komen kepada pernyataan masalah yang ditulis oleh Ali dan kami semua sibuk mencatat nasihat Dr.

Tesis ini dibaca oleh beberapa orang sahaja; diri sendiri, penyelia, penyelia bersama dan pemeriksa. Mungkin juga 2, 3 orang junior yang akan membacanya sebagai rujukan. Oleh sebab itu Dr menasihatkan setiap ayat ditulis dengan jelas. Jelaskan di dalam ayat tersebut tentang apa yang sebenarnya hendak kita sampaikan. Kerana ayat yang ditulis itu kadang-kala tidak menggambarkan apa yang kita fikirkan.

Azlan, di suruh menulis pernyataan masalah untuk pertemuan akan datang. Ali akan memperbaiki pernyataan masalahnya. Saya, Dr minta terus membaca mengenai power dan juga mungkin larikan sedikit kepada organizational politic. 

Tepat jam 12.00 tengahari Dr perlu mengambil anaknya dari sekolah. Jadi tamatlah pertemuan kami hari ini. Kita akan berjumpa lagi 3 minggu dari sekarang. Insyallah.

** Berat betul rasanya menggunakan perkataan ilmu untuk menterjemahkan knowledge walaupun penggunaan terma knowledge adalah sangat biasa dalam literatur berbahasa Inggeris. Tetapi dalam suasana Malaysia dan Islam, perkataan "ilmu" dianggap lebih besar dan begitu signifikan. ATAU tanggapan saya sahaja. 

Dec 22, 2011

40% - MGT 532 OM221 3A

Hanya 40%, 10% lagi saya akan sediakan secepat mungkin. Jika terdapat sebarang kemusykilan berkenaan dengan markah sila jumpa dengan saya secepat mungki. Pada Ujian 1 saya ada membuat pembetulan markah, tapi saya telah terhilangkan kertas comel itu. Jadi kepada yang berkenaan sila beritahu saya markah Ujian 1 yang sebenar.
Nizam, Hadi, Roshaliza dan Rafidah nanti datang jumpa saya berkenaan dengan markah penilaian berterusan ini.

Terima kasih dan Selamat Ulangkaji.

Dec 5, 2011

Ujian 2 MGT 534 (common test)

Tarikh : 16 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 - 9.30 pm
Bab: 7 - 10

Penempatan Pelajar:

Vanue / Invigilator
Group
No of Students
DK1

Maisarah
Hasmira

AC2204C - 30
AT2204A - 22
AT2204B - 19
OM2213C - 32
103
DK 2

Norulhuda
Rozieana
Roslina

OM2213A - 27 OM2213B - 15
AC2204A - 33
AC2204B - 36
111

Selamat Berjaya

Nov 8, 2011

Video Aplikasi Teori-Teori OB

Perkara: Senarai kumpulan dan tajuk
Tugasan: Video
Durasi: 15 hingga 20 minit
Tarikh Akhir: 2 Disember 2011 ubah ke 6 DISEMBER 2011

Keperluan: Rakaman video dalam CD dihantar bersama laporan yang mengandungi skrip dan sinopsis

1. Influence - Nasuha dan rakan-rakan
2. Stress management - Afifah dan rakan-rakan
3. Individual vs. team - Che Rafidah dan rakan-rakan
4. Managing power - Norhaidah dan rakan-rakan
5. Job satisfaction - Nazri dan rakan-rakan

Roshaliza dan Rafidah - Event management

PERINGATAN  - sila beri tajuk kepada cerita tersebut. (filem mesti ada tajuk kan?)

Oct 30, 2011

MGT532 - Kerja Rumah

Kerja Rumah

1. Conflict and Negotiation - Tarikh hantar 4 November 2011
case study 11.1 (m/s 350-351) jawab semua soalan
critical thinking question (349-350) soalan No. 1 dan No. 3 sahaja.
multiple choice question

2. Leadership - Tarikh hantar 21 November 2011
critical thinking question (m/s 379) soalan No. 2 - berkumpulan dan No. 3 - individu
true false question

Tugasan - Tarikh hantar 21 November 2011
Past year
April 2010 - Nasuha
Okt 2009 - Afifah
Apr 2009 - Che Rafidah
Okt 2010 - Nazri
Okt 2008 - Rafidah & Ros
April 2008 - Haidah

Oct 18, 2011

Bengkel Singkat OB

Perkara: Bengkel Singkat OB
Kumpulan: OM2213A
Tarikh: 29hb Oktober 2011
Lokasi: Belum ditentukan
Motif: Gantian kepada kelas OB kerana cuti hari Keputeraan Sultan Pahang (Isnin - 24/10) dan Deepavali (Rabu - 26/10). Selasa (25/10) - semua orang mahu sambung cuti!
Masa: 9.00 pg hingga 1.00 ptg
Pembentang: Para pelajar
Topik & Bab: Team (6) & Power (7)
Acara: Belajar sambil makan-makan.

Tajuk
1. Teams and informal groups + Advantages & disadvantages of teams - Nasuha dan rakan-rakan.
2. A model of team effectiveness + team desing elements - Afifah dan rakan-rakan.
3. Team processes - Che Rafidah dan rakan-rakan.
4. Self directed teams & Virtual teams & Team decision making - Nazri dan rakan-rakan.
6. The meaning of power & Sources of power - Haidah dan rakan-rakan
7. Types of influence - Ros & Rafidah

Mar 20, 2011

PERTANDINGAN - BLOG MGT 300

Tugasan: Entri Blog - VIDEO
Tema: Malaysia Tanah Air Ku
Peserta: Pelajar MGT 300 BM114J
Tarikh tutup: 28 Mac 2011
Hadiah: Wang Tunai RM30
Objektif:
1. Menyemai jati diri dalam jiwa pelajar.
2. Menggalakkan kreativiti, semangat bersaing, dan kerja berkumpulan di kalangan pelajar.
3. Mempelbagaikan kemahiran menggunakan teknologi di dalam dan luar bilik kuliah.

Semua pelajar BM114J adalah diWAJIBkan  menyertai pertandingan ini, dengan cara;
1. Rakamkan video pendek
- Bentuk video boleh jadi; dokumentari, iklan, dan sketsa
- Durasi: 3 hingga 5 minit
- Rakamkan apa sahaja mengenai budaya Malaysia seperti , makanan, pakaian, adat, dialek, petua, reka bentuk, seni hiasan dan sebagainya.
- Video tersebut mestilah  dalam BAHASA MELAYU

2. Muat naik videotersebut di YOU TUBE

3. Sediakan satu entri berkenaan video tersebut beserta dengan penerangannya dan post di Blog MGT 300 masing-masing. Entri mestilah dalam BAHASA INGGERIS. (ceritakan pengalaman bersama rakan- rakan semasa proses pembikininan video, objektif dan tujuan video dirakamkan atau ilmu baru yang anda pelajari).

Hanya SATU entri TERBAIK, KREATIF dan berupaya menyampaikan TEMA "Malaysia Tanah Air Ku" dengan sempurna akan dikira sebagai pemenang.
** Keputusan panel penilai adalah muktamad

SELAMAT MEMBUAT TUGASAN

Feb 8, 2011

Terkenang Semasa Dahulu

Hari ini tiba-tiba saya teringatkan seorang guru saya semasa belajar di UKM iaitu Dr. June Poon. Semasa di peringkat sarjana pertama kali saya diperkenalkan kepada subjek Organizational Behavior (OB) atau Gelagat Organisasi, dan Dr. adalah guru OB saya. Semasa menghadiri kelas-kelas Dr. June barulah saya sedari bahawa OB sangat menarik, kerana gaya pengajaran Dr. yang tidak membosankan.

Dr. menyuruh pelajar membaca sendiri buku teks, Dr. hanya memberi penerangan ringkas di awal kelas dalam tempoh 15 ke 30 minit pertama. Pada masa itu kaedah ini boleh dijalankan kerana pelajar MBA sudah dewasa dan dianggap matang serta bertanggung-jawab dalam proses pembelajaran masing-masing.

Selepas itu Dr. akan memberikan kami pelbagai aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan teori dan konsep OB yang berkenaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti kajian kes, pembentangan, permainan, tayangan video dan role play. Sejujurnya semasa saya mengajar OB bagi pelajar diploma dan ijazah saya telah banyak menggunakan idea dan pendekatan yang sama dengan Dr. June guna dahulu. Sekarang saya merasakan mengajar OB adalah sangat menarik.

Pada satu ketika, semasa membincangkan topik PEMBELAJARAN (learning), Dr. June memberikan kami satu inventori soal selidik berkaitan dengan gaya pembelajaran seseorang yang diasaskan oleh David A. Kolb. Menurut Kolb ada empat tahap pembelajaran melalui pengalaman iaitu, concrete experience, reflective observation, abstract concetualization dan active experimentation. Saya telah menjawab inventori itu dan hasilnya saya dikategorikan sebagai assimilator. Orang yang mempunyai gaya pembelajaran jenis assimilator ini menggabungkan reflective observation dan abstract concetualization. Saya dikatakan kurang memfokuskan kepada orang sekeliling tetapi sebaliknya lebih berminat kepada idea dan konsep yang abstrak.

Hari ini saya telah membawa inventori yang sama ke dalam kelas untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajar OM2213A. Sambil-sambil menunggu mereka menjawab saya tergerak untuk menjawabnya sekali lagi. Saya ingin menguji adalah cara pembelajaran saya telah berubah semasa bergelar pelajar dan setelah bekerja. Hasilnya memeranjatkan kerana gaya pembelajaran saya masih sama. Seterusnya saya dan pelajar melihat carta kerjaya yang berpadanan dengan gaya pembelajaran seseorang dan tanpa disangka saya telah memilih kerjaya yang tepat iaitu sebagai GURU. Saya tidak pernah menyangka bahawa setelah menjawab inventori ini 4 tahun lalu tetapi hasilnya tetap sama, mungkin juga secara kebetulan saya berkerja di lapangan pendidikan.

Namun inventori ini juga memberi saya maklumat tentang apa yang perlu saya perbaiki dan diberi perhatian serius.

strengths: planning, creating models, defining problems, developing theories,
too much: castles in the air, no practical application
not enough: unable to learn from mistakes, no sound basis of work, no systematic approach

Dan untuk membina praktis kemahiran pembelajaran ini, saya perlu; organize information, build conceptual models, test theories and ideas, design eksperimen, analyze quantitative data.

Hari ini saya rasa sangat berbaloi untuk mengenali diri sendiri semula. Dr. June, TERIMA KASIH.

Oct 17, 2010

Markah Penilaian Berterusan

Kursus: Mgt 321 (gelagat organisasi)
Kumpulan: BMD5GD
Nota: Sila semak markah anda jika terdapat sebarang perubahan sila maklumkan segera. Terima kasih.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
SESI JULAI - DISEMBER 2010

Oct 7, 2010

Bedah Siasat _ The Magical Night of Role Play

Alhamdulillah, The Magical Night of Role Play sudah pun melabuhkan tirainya semalam, namun seperti biasa "rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Dilihat dari sudut positif, bunyi-bunyi tersebut adalah teguran yang membina. Pengalaman adalah GURU kita yang terbaik. Antara biro yang paling lemah semalam adalah seperti berikut;

Multimedia - kurang persediaan dan perancangan, tiada kerjasama antara ahli biro, tidak menerima & memahami maklumat dengan tepat, kurang kesedaran kepada atucara majlis - AJK sendiri sukar menerima arahan & tidak mengambil iktibar walaupun diingatkan beberapa kali - AJK terlalu santai.
Juruacara majlis - kurang persediaan - (mungkin raptai tidak diadakan), kurang maklumat, kelam kabut, penutup yang hambar.
Protokol - aturcara majlis kurang menarik (pembukaan - penutup), atucara tidak jelas kepada AJK lain terutamanya kepada juru acara majlis.

Majlis diadili oleh tiga (3) orang juri yang dijemput khas yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing. Tak sangka pula Azmil dan Suraya adalah pensyarah 'event management' , emmm... maka berdebar-debar jugalah menantikan respon daripada mereka. Secara keseluruhannya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun komen positif tetap diberikan oleh Azmil yang mengatakan majlis ini ringkas, mudah tapi menarik. Zuria dan Suraya juga turut menyampai komen yang positif dengan memberi ransangan supaya memperbaiki kelemahan dalam majlis-majlis lain. Iyalah memandangkan majlis ini pertama kali diadakan maka banyak perkara yang terlepas pandang, sekali lagi kerana kurangnya pengalaman.

Adalah tidak adil untuk hanya membincangkan perihal keburukan, justeru antara biro yang berjaya menyelematkan majlis adalah seperti berikut;

Hadiah - hadiah menarik dan memuaskan dari segi saiz dan nilai RM - (pemenang & cabutan bertuah),
Makanan - Makanan sedia tepat pada waktunya, jumlah mencukupi - tapi jika mahu komen tentang rasa (mungkin perlu ditanya kepada pembekal makanan tersebut),

Berikut adalah senarai penuh pemenang;
tempat pertama: AllBoyz - EVLN Model
tempat kedua: Waka Waka Eh Eh - Power
tempat ketiga: Positive Tune - Johari Window

Tidak ketinggalan cabutan nombor bertuah yang saya kira dapat mengubat hati para pelajar yang tidak terpilih ke peringkat akhir selain menjadikan majlis lebih meriah dan mendebarkan. Majlis semalam mengajar saya sesuatu yang sangat berharga; iaitu sesuatu majlis HARUS mempunyai elemen kemeriahan (audio, suara dan tepukan penonton), klimaks (debaran dan keterujaan) dan penutup yang baik.

JUTAAN TERIMA KASIH  DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM SERTA TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN JUGA AJK.

Oct 6, 2010

THE MAGICAL NITE OF ROLE PLAY

Pertandingan video pendek aplikasi teori-teori Organization Behavior (OB) yang akan melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Fakulti Pengurusan Pejabat. Sebanyak 4 video yang disenarai pendek untuk pertandingan akhir pada malam ini akan diadili oleh Cik Suraya, Cik Zuria dan En Azmil.

Tajuk Program: THE MAGICAL NITE OF ROLE PLAY
Lokasi: Audi 1, UiTM Pahang
Jam: 8.30pm hingga 11.00pm
Kelas: OMB30a, 3ob dan 3oc

Semoga majlis berjalan lancar dan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus untuk menjayakannya.

Aug 8, 2010

Belajar

Kelas MGT 534 (Gelagat Organisasi)
Kumpulan OMB 3oa 3ob dan 3oc
Tajuk/ topik: Pembelajaran

Ada perkara yang kita perlu belajar dari pengalaman orang lain seperti contoh: penyalahgunaan dadah, kemalangan jalan raya dan juga akibat buruk jika tidak menghantar tugasan.

Bila dikenang kembali persediaan saya untuk mengajar topik ini, sering kali membuatkan saya tak tentu arah memikirkan pendekatan terbaik menyampaikan isi kandungannya. Bukan kerana topik ini sukar, tetapi pada saya ianya terlalu senang kerana ia berkaitan dengan cara pembelajaran seseorang. Di mana rata-rata mengetahui bahawa proses pembelajaran berlaku sepanjang masa dan setiap hari samada rasmi mahupun tidak rasmi. Topik ini akan memperkenalkan pelajar kepada beberapa teori iaitu Reinforcement Theory dan Social Learning Theory. Menariknya kesemua teori yang disebutkan telahpun digunapakai tanpa kita sedari. Oleh kerana topik ini begitu hampir dengan diri saya termasuklah pelajar sendiri, saya akhirnya terperangkap untuk menerangkan benda yang sangat mudah tetapi menggunakan terma-terma dalam Bahasa Inggeris yang mengelirukan. Berpusing-pusing ayat saya semasa menyampaikan syarahan, mencari contoh-contoh yang hampir, dan akhir sekali saya bawakan beberapa kisah atau cerita teladan untuk dikongsi di dalam kelas.
The seed, The Tiny Frogs Story dan Busy, akhirnya menyelamatkan syarahan saya. Di akhir kelas saya menanyakan kepada pelajar apa pengajaran yang boleh kita dapati daripada cerita dan kelas pada hari ini.

Sangat banyak ilmu pengetahuan yang kita perolehi melalui pemerhatian dan pengalaman berbanding pengetahuan yang kita perolehi melalui dokumen mahupun syarahan dari seorang pensyarah di dewan kuliah. 

Apr 14, 2010

Tayangan Video OB – cerita selepasnya

Hari Selasa 13 April 2010 yang lepas seperti yang dijanjikan adalah hari untuk pelajar mempertontonkan idea kreatif masing-masing dalam menyampaikan kefahaman mereka tentang konsep dan teori OB. Tugasan yang memerlukan mereka menyampaikan kefahaman tersebut dalam bentuk video. Seperti biasa akan terdapat pelajar yang benar-benar menunjukkan kemampuan mereka sehingga mengatasi jangkaan saya, tetapi ada juga yang menyempurnakan tugasan ibarat melepaskan batuk di tangga. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan juga terima kasih di atas usaha yang dicurahkan. Percayalah usaha tersebut tidak akan sia-sia.

Keputusan pada hari itu adalah seperti berikut;
tempat pertama: Perception Bias
tempat kedua: Equity Theory
tempat ketiga: Role conflicts
tempat terakhir: Johari Window

Berikut adalah gambar-gambar yang di snap dari video Equity Theory; kumpulan ini dianggotai oleh Nurul, Madi, Naz, Ita dan Mar.

ita n naz
Naz dan Ita
mar n madi
Madi dan Mar
naz n mar
Mar dan Naz
nurul
Nurul

Apr 11, 2010

tayangan video OB

video OB 2

Tarikh 13 April 2010, tak sabar untuk melihat hasil mereka!

Feb 17, 2010

Aktiviti Kelas: Sesuai atau Tidak?? Bhgn. 2

Rentetan daripada artikel 'Aktiviti Kelas: Sesuai atau Tidak??' , pada hari jumaat 12/2/2010 iaitu hari terakhir sebelum cuti penggal, sekali lagi aktiviti melukis potret rakan masing-masing saya jalankan. Kali ini bagi kelas MGT 321 (Organizational Behavior) yang mana aktiviti tersebut untuk mengisi kelas tutorial bagi topik "motivation". Pelajar dikehendaki memilih rakan baik mereka sebagai pasangan untuk dipotretkan. Walaupun sudah lama berkawan mungkin ada beberapa perkara yang terdapat pada wajah rakan kita yang tidak kita sedari; sebagai contoh jumlah tahi lalat, bentuk kening, warna anak mata, jumlah anak rambut dan sebagainya. Oleh itu pelajar diberi masa untuk meneliti wajah rakan mereka terlebih dahulu sebelum melukisnya. Pelajar juga diingatkan supaya melukis dengan baik tanpa ada unsur-unsur untuk mempersendakan orang lain.

Memandangkan objektif kali ini adalah untuk memotivasikan rakan baik kita, maka sesudah lukisan disiapkan pelajar dikehendaki untuk menulis kata-kata peransang mahupun ucapan yang ingin disampaikan kepada rakan tersebut. Gamat kelas dibuatnya kerana masing-masing teruja untuk melakar wajah rakan tambahan lagi sudah lama mereka tidak melukis. Di akhir kelas, saya mengutip kesemua lukisan dan menunjukkan satu persatu gambar tersebut kepada semua pelajar. Pelajar diminta untuk meneka gambar-gambar tersebut, dan ternyata tekaan mereka adalah tepat kerana pada setiap lukisan ada beberapa ciri-ciri istimewa wajah rakan mereka dapat dilukis dengan baik. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam bersama-sama meraka. Terima kasih diucapkan kepada Enna kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang sangat istimewa ini.

Enna, Fatin, Nabil dan Mifa

Suasana kelas semasa masing-masing masih tekun melukis

Sima dan Dayu

Ini sahaja pelajar lelaki yang hadir, Muqsit, Naim dan Naz (tidak hadir)

Menunjukkan lukisan meraka yang telah siap

Enna dan Fatin juga sudah siap

Naz dan Ita juga sudah siap

Enna yang sudi berkongsi kesemua gambar-gambar ini. Terima kasih!

Potret kelas; cuba teka melalui lukisan

Potret kelas BMD5GB Dis2009-Apr2010

Jan 24, 2010

Reflective Teaching Journal - part 3

Minggu lepas minggu yang agak sibuk, keberangkatan DYMM Sultan Pahang mencemar duli ke Forum Perpaduan Hak-Hak Orang Melayu, sedikit sebanyak menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dengan upacara tersebut.

Isi kandungan bagi Kursus MGT 534 sudah tidak sama lagi bagi kumpulan A, B dan C. Agak payah untuk memulakan minggu ini memandangkan Kumpulan A sudah ketinggalan. Sementara itu, insiden tertinggal kunci dalam bilik menjadikan hari Jumaat huru-hara, saya terpaksa memohon maaf kepada pelajar kerana kelas dijalankan secara kelam-kabut. Saya bercadang memberikan pelajar latihan yang mana paparan (slide powerpoint) telah saya sediakan beserta jawapan dan lebih teruk lagi buku teks iaitu rujukan asal kursus ini juga tidak dapat di bawa bersama. Mujur pendrive yang biasa digunakan ada bersama saya, nasib baik!

Justeru, saya memikirkan apa yang boleh kita buat jika sesuatu yang dirancang tiba-tiba tidak menjadi. Berikut adalah tindakan yang diambil:

- Beritahu pelajar situasi yang kita alami sekarang, iaitu: tertinggal kunci di dalam bilik dan bahan-bahan pengajaran ada dalam bilik tersebut. Mengharapkan pelajar faham dan YA meraka memahaminya. Mohon bantuan pelajar supaya bersama-sama mendepani masalah yang dihadapi.

- Gunakan bahan yang ada dengan kita pada waktu ketika itu sebaik mungkin. Sebelum kelas MGT534, saya terlebih dahulu menangani kursus MGT321 jadi terdapat bahan-bahan yang saya gunakan untuk bab "perception". Maka saya gubakan bahan tersebut sebagai bahan tambahan. Tetapi kita perlu memikirkan idea bagaimana hendak mengaitkan bahan tersebut dengan topik yang difokuskan pada hari ini, pilih yang bersesuaian sahaja. Kemudian bincangkan bersama pelajar.

- Habiskan isi kandungan seperti yang terdapat dalam silibus, gunakan bahan yang terdapat dalam pendrive sebaik mungkin. Kelam kabut juga kerana isinya berterabur di sana-sini, maka mengambil sedikit masa untuk menyusunnya.

Walaubagaimanapun, selepas itu saya berasa saya lega dapat menangani sesuatu yang tidak dirancang dengan agak baik biarpun, saya perhatikan pelajar mengetahui kekalutan yang saya hadapi dan dalam tempoh itu, pelajar berbual-bual sementara saya menyelesaikan beberapa perkara. Tapi yang penting, guru mesti bertenang dan tunjukkan diri mampu mengawal keadaan. Pengajaran: Jangan Tinggal Kunci Di Dalam Bilik.

Jan 14, 2010

Aktiviti Kelas: Sesuai atau Tidak?? Bhgn. 1

Hari ini saya menangani pelajar ijazah sekali lagi. Memandangkan mereka pelajar ijazah saya memerlukan persediaan yang lebih rapi untuk memastikan input yang diberikan adalah betul dan pelbagai. Ianya sesuatu yang dapati sangat mencabar, ia mencabar kemahiran saya berkomunikasi samada secara lisan mahupun bukan lisan, memberi arahan, menarik perhatian, penyampaian yang jelas dan sebagainya. Sebelum masuk ke kelas mereka, saya terpaksa berfikir dengan kritikal untuk mempelbagaikan aktiviti supaya pelajar tidak merasa bosan dan tertekan.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah penilaian kendiri berkaitan dengan Big5 Dimension Personality; neuroticism, agreebleness, conscientiousness, opennes to experience dan extroversion. Selepas itu, pelajar diminta melukis wajah rakan mereka, sebagai potret untuk diabadikan dalam tugasan individu. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat dan terdengar hilai tawa yang menyenangkan. Jika sebelum ini mereka tidak pernah merenung wajah rakan mereka hari saya berikan mereka peluang itu. Dan sudah tentu, pelajar sudah lama tidak melukis!

Seterusnya, pencarian di Google dan pencambahan idea akan diteruskan untuk mempelbagai cara penyampaian di dalam kelas. Artikel selanjutnya akan menceritakan tentang aktiviti-aktiviti kelas yang bakal dijalankan.

Jan 11, 2010

Reflective Teaching Journal - part 1

roti canai = refleksi

Hari ini adalah pertemuan kedua bagi kelas OB untuk pelajar ijazah. Topik yang dibincangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan Personaliti - antaranya; Big 5: neuroticism, extroversion, conscientiousness, openess to experience and agreableness.

Mengaplikasi Refletive Teaching
1. penerangan kepada pelajar terlalu laju, ada sesetengah didapati faham seperti Baha. tetapi pelajar lain seperti termanggu-manggu.
2. jumlah paparan PPT sebanyak 20 keatas boleh dihabiskan dalam masa 1 jam.
3. pelajar tidak menanyakan soalan.
4. soalan yang dikemukan kepada pelajar tidak dijawab dengan baik oleh pelajar.
5. pendekatan kelas hanya menggunakan kaedah syarahan.

Hari ini kelas habis pada jam 9.05 pagi, saya mengambil keputusan untuk ke perpustakaan mencari bahan untuk mempelbagaikan bahan pengajaran. Maka untuk pertemuan seterusnya insyaallah inventori personaliti akan diagihkan kepada pelajar. Saya perlu mencari penyelesaian untuk mengatasi kemelut ini dengan segera.
KREATIF....