Showing posts with label PhD. Show all posts

Jun 1, 2016

Cerita PhD: Soal selidik atas talian boleh kurangkan rasa malu

Bila buat kajian dalam bidang pengurusan memang kita tak boleh lari dari mengumpulkan data melalui soal-selidik.

Dulu-dulu masa zaman ijazah lagi saya memang malu nak kutip data melalui soal selidik. Malu sangatlah rasanya nak minta orang yang tidak dikenali menjawab. Sampailah sekarang ni memang ada lagi perasaan tu. Kadang-kadang saya jer yang fikir bukan-bukan, takut kalau responden tak suka topik ni, malu kalau responden menolak nak jawab, takut kalau responden komen/kritik soal selidik saya dan macam-macam lagi.

Cara nak kurangkan sikit rasa malu, saya cuba soal selidik atas talian. Terbaru untuk projek Dr Nik yang bertajuk "Green Beauty Product" yang nak lebih dari 300 data pun saya dan Zue cuba atas talian juga.

Kebaikkan menggunakan soal selidik atas talian selain daripada mengurangkan perasaan malu .

1. Senang diurus

Google forms dah sediakan templat yang sangat cantik dan profesional. Semua jenis soalan samada skala, pilihan lebih dari satu dan open ended question boleh diurus oleh Google forms dengan mudahnya. Bagi yang tak pernah guna, Google forms juga senang digunakan. Tak peninglah nak format, insert table, break page dan lain-lain lagi kalau buat di MS Word.

Macam-macam templet ada tapi kita design ikut objektif kita lah, soal selidik akademi.

2. Data sudah sedia di key in dan selamat tersimpan

Data tersimpan dalam Google Excel. Boleh terus import ke SPSS. Senang kan...

Soal selidik Green Beauty Product, tengok total response 154 tapi sebenarnya ada 149 sahaja valid data.

Data demograpfik pun dah siap dalam carta pai. Tengok je la lawa, dalam kertas kerja buat dalam jadual yea.

3. Insyallah tiada missing value

Di Google form ada setting "required question" dan biasanya saya akan ticked kat situ. Fungsi ini menyebabkan responden tidak boleh submit atau pergi ke page baru selagi tidak menjawab atau tertinggal soalan tersebut. Maka dalam data di Excel semuanya cantik terjawab.

4. Jimat kos

Borang atas talian akan jimatkan duit pengkaji. Tapi bakal mengundang kos kepada responden, kerana mereka perlu belanja sikit mobile data sebab nak jawab. Kalau buat self administered (face to face) ada kos fotostate dan cenderahati.

5. Capaian responden lebih besar

Oleh kerana borang soal selidik tersedia secara atas talian (online) maka kita boleh kongsikan pautan (link) ke form (soal selidik) di mana-mana sahaja. Boleh share di Facebook (wall sendiri, FB groups jangan lupa Doctorate Support Group), WhatsApps, blog, Google+ dan emel. Saya biasanya suruh pula kawan-kawan saya share dengan group WhatsApps diorang. Pastu suruh lagi mutual friend share pautan itu. Ramailah yang dapat link tersebut, ia dah jadi viral (kononnya lahh).

Tag/notify/rayu kawan-kawan, jiran, mak sedara, students dan paksa diorang jawab.

6. Boleh design bersama

Boleh design bersama rakan penyelidik dengan syarat dia ada google account. Invite mereka untuk view dan edit. Kiranya macam online colloborate lah, kalau nak minta kawan kita semak dan tambah apa-apa senang sangat (taklah kawan tuh pandai komen jer..). Buat terus pembetulan di Google form secara atas talian. Kiranya tiada alasan untuk tidak terlibat sama dalam pembikinan soal selidik. Hihi...

7. Jawapan/response pantas

Data kita boleh dikumpul sepanjang masa selagi kita boleh tekan "end". Data di Excel akan merekodkan jam/pukul (timeline) responden tersebut menjawab. Bila responden tekan butang submit sahaja, data terus direkodkan. Oleh itu kita boleh monitor berapa data yang terkumpul sekarang, dan berapa lagi tak cukup.

Bila dah tahu data belum mencukupi maka pandai-pandailah kita tag/notify/rayu dan share link tersebut kepada bakal responden. Ini sesuai kita buat untuk kajian consumer behavior lah. Kalau OB/HR mungkin susah nak apply tips ini.

8. Ruang berkreativiti

Google forms membenarkan pengguna pilih warna, jenis tulisan dan masukkan gambar. Gambar ni penting kalau buat kajian yang memerlukan responden menilai gambar tersebut seperti logo, ruang bilik di hotel, label pada pembungkusan dan lain-lain. Jadi gambar yang kita sertakan itu sudah tentu siap berwarna maka bertambah minat dan semangat responden nak menjawab.

Gambar membantu responden faham

9. Keselesaan untuk responden

Untuk responden pula tiada alasan borang soal selidik hilang, tercicir atau terlupa letak kat mana. Responden boleh jawab pada jam 3.35 pagi atau mana-mana waktu yang selesa termasuk Sabtu dan Ahad. Mereka juga tidak perlukan pen untuk menjawab cuma tekan-tekan dan swipe sahaja.

10. Kempen hijau

Pada orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, soal selidik atas talian ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan sokongan anda. Tiada kertas digunakan, mesin fotostate tidak perlu dihidupkan, toner pun tidak digunakan untuk mencetak.

Saya sudah rasa lega dan berseronok kerana Dr Nik hanya meminta 200. Jadi pada tanggapan saya hanya sedikit lagi usaha yang diperlukan untuk cukupkan 200 (sekarang dah ada 149 sehingga tarikh 2 Jun 2016). Tapi baru-baru ini Dr Nik beritahu beliau mahukan data untuk projek ini melebihi 300. Jadi saya dan Zue terpaksalah menukar strategi dengan turut mengumpulkan data menggunakan borang soal selidik juga. Tidak mampu lagi melayan perasaan malu apabila keadaan semakin mendesak.

Penggunaan borang atas talian ini sebenarnya sangat mencabar kerana jumlah respon yang kita perolehi adalah sangat rendah. Ada sesetengah responden memang tidak gemarkan soalan atas talian, ada juga yang terlupa nak jawab walaupun mereka mengatakan mereka akan menjawab. Tidak kisahlah, sebab setiap orang ada kegemaran sendiri.

Tapi apa yang saya hendak beritahu di sini, mohon jawan survey "Green Beauty Product". Saya masih perlukan banyak data, BANYAK.. BANYAK...

ALHAMDULILLAH KAMI SUDAH DAPAT 166 MAKLUMBALAS DARI SOAL SELIDIK ATAS TALIAN INI. SOAL SELIDIK INI DITUTUP DENGAN RASMINYA PADA 20 JUN 2016. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM KAJIAN INI.

Tutorial Google forms kawan-kawan boleh MUAT TURUN sekarang. Yang ini disediakan Universiti of Alaska Anchorage, boleh baca di SINI.

Saya pernah buat juga tutorial boleh BACA sekarang. Nota saya boleh muat turun di SINI.

Terima kasih semua.

May 5, 2016

Tahniah Khawar! Ehem Dr Khawar lah...

Alhamdulillah, Rabu bertarikh 4 Mei, Khawar telah berjaya membentangkan tesis PhDnya. Hari itu tidak ramai pelajar di GSB kerana minggu ini adalah minggu cuti. Tapi lampu yang terbuka di bilik Viva menarik minat saya. Saya nampak Dr Rosmah keluar, "Oohhh Dr, ada viva ke hari ini?" tegur saya berbisik disaat Dr Rosmah juga melepaskan pintu perlahan. "Khawar sedang dalam sesi soal jawab, saya rasa hendak berehat sekejap". Dr Rosmah adalah penyelia utama Khawar yang menjalankan kajian tentang "tacit knowledge sharing".

Saya masuk ke ruang kerja saya, dalam hati rasa berdebar-debar. Khawar tentu lebih-lebih lagi. Lebih kurang jam 12 Khawar masuk ke bilik karel bersama penyelia keduanya. Saya senyum dan menyalami Khawar. Tidak mahu menanya apa-apa saoalan. "Kami keluar, kerana committee sedang membincangkan keputusan" kata penyelia kedua Khawar. Sunyi dalam bilik itu. Saya jemput Khawar dan penyelia beliau duduk tapi mereka menolak. Tiada siapa yang mahu duduk sekarang ini. Saya pun tumpang berdebar-debar juga. 

Selepas 10 minit mereka masuk semula ke bilik viva hanya berhadapan sahaja dengan bilik karel kami. Selang 5 minit agaknya saya terdengar keadaan di luar telah bising. Suami Khawar dan kawannya terburu-buru luar. Saya pun menyenguk dan tertanya adakah keputusan Khawar telah diumumkan? Ya Khawar telah lulus dengan pembetulan minor. Alhamdulillah.

Bilik viva yang selama ini begitu misteri tapi hari ini saya dapat masuk setelah dijemput oleh Dr Rosmah, supaya Khawar bergambar dengan kawan-kawan. Hanya ada 3 orang pelajar GSB, Kak Darma, pelajar lelaki dari Iran (saya tidak tahu namanya) dan saya. Suami Khawar sibuk menjadi jurugambar. Semasa saya memeluk Khawar mengucapkan tahniah, reaksi Khawar masih kosong. Mungkin beliau antara percaya tidak percaya bahawa perjalanan PhD beliau telah berakhir. 

Khawar memulakan sesi vivanya pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Hanya dalam tempoh 2 jam perjuangan Khawar dalam bilik viva itu. Tapi perjuangan sebenar tentulah lebih panjang lagi. 

Tahniah Khawar, sudah boleh kembali berkhidmat di Pakistan selepas ini. 

Pesanan terakhir dari Penyelia kedua, maaf saya tidak tahu nama Dr.

Khawar cakap dia tidak percaya telah lulus, masih terdengar suara nyaring Dr Rosmah memanggil namanya.

Suasana dalam bilik karel, Khawar siap lukis di papan putih untuk mempertahankan tesisnya.

Bergambar dengan staf GSB yang datang ke bilik karel untuk ucap tahniah.

Teman menangis Khawar, Kak Fidah sanggup ambil cuti separuh hari untuk memberi sokongan.

Apr 1, 2016

Cerita PhD: Kerja bertambah mudah dengan Google Scholar Button

Google Scholar Button boleh dimuat turun di kedai Chrome Web (SINI). Sangat memudahkan kita untuk mahu mencari bahan literatur tanpa perlu salin dan tampal di Google Scholar lagi.

Pertama kali saya pakai memang teruja, highlight pada tajuk atau perkataan yang hendak dicari dan klik sahaja pada butang. Tadaa... kita dapat menjejak artikel idaman.

Ini rupanya butang 'Google Scholar Button'

Pasang sahaja butang (Google Scholar Button) dan semua pencarian kita boleh dipermudahkan. Satu ikon kecil sahaja akan muncul di sebelah atas, kanan sebelah 'settings'. Itulah butangnya.

Carian di Google Scholar juga kadang kala berbaloi kerana terdapat fail PDF yang dilampirkan sekali. Ada juga sesetengah artikel kita boleh perolehi kertas kerja penuh dari Researchgate. Jadi, saya log in Researchgate siap-siap dan bila Google Scholar selesai buat carian, saya terus dapat artikel. Barangsiapa belum ada akaun Researchgate, cepat-cepatlah buat. Boleh request full text dari author, untung-untung dapat berkenalan dengan Profesor hebat.

Ok kawan-kawan macam biasa kalau shopping di Chrome Web Store bolehlah baca-baca dulu 'review', kalau puas hati silakan pasang Google Scholar Button. Tapi saya amat sarankan butang ini dipasang. Highly recommended!!

Selamat mencuba, terima kasih Google.

**************************** KEMASKINI**********************************

Sebenarnya entri ini telah disiapkan tadi, tetapi berlaku 'kecerdikan' yang tiada penjelasan akademik untuknya. Gambar di atas adalah carian saya di Google Scholar, alih-alih saya guna Google Scholar Button pula. Buat apa kan? Padahal sah-sah PDF ada kat situ. Tak berapa signifikan tutorial tadi.

Ok slaid berikutnya mungkin lebih  relevan tentang penggunaan Google Scholar Button ini. Saya membuat carian di SCOPUS dan guna butang istimewa ini tanpa perlu 'view at publisher'. Kalau ada rezeki dapat terus.

Butang yang kecil tapi sangat membantu. Bijak betul.

Sekian.

Mar 27, 2016

Cerita PhD: Jom Cuba Journal Citation Report

Slaid ini saya telah lama sediakan, selepas menghadiri kelas Prof. Low untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang tidak masuk sesi petang. Prof. Low yang memperkenalkan kami tentang Journal Citation Report atau senang kita panggil JCR. Sebelum ini dalam entri ISI Web of Science atau WOS (boleh klik SINI dan SINI) kalau kawan-kawan perasan maklumat journal itu sebenar diambil dari JCR. Berbanding SCOPUS yang menggunakan Scimago atau lebih dikenali sebagai SJR untuk mengira indek journal-journal.

Hari ini, objektif kita adalah untuk menyemak terus status journal di JCR tanpa perlu membuat carian di WOS.

Sila log in dulu di portal universiti masing-masing. Pelajar UKM boleh buat seperti berikut.

Tapi, sekarang saya sudah lama tidak melawati laman web perpustakaan UKM (PTSL) dek kerana 'cookies' yang gemar benar melekat di situ. Tapi kita boleh terus ke e-journal portal seperti jalan ke WOS.

Sekarang, kita sudah sampai di JCR. Saya pilih social sciences. Pilih journal mengikut bidang masing-masing, saya pilih 'business'. Kalau tahu nama penuh nama penuh journal pun elok juga, senang terus sahaja ke journal pilihan hati.

Saya pilih Academy Management Journal (AMJ). Beberapa maklumat penting ditunjukkan di situ. Semua formula pengiraan ditunjukkan dengan jelas. Ok, sila klik 'journal ranking'.

AMJ diberikan ranking berbeza mengikut kategori iaitu 'business' dan 'management'. Jadi kawan-kawan boleh tengok journal kegemaran masing-masing.

Prof. Low juga ada memberi saranan untuk kita menyemak dahulu status journal sebelum kita nak 'publish'. Jadi semak dulu senarai 'predatory publisher' di laman web PTSL.

Senarai panjang disediakan. Jangan terperangkap ya kawan-kawan. SEMAK jangan tak semak.

Ok, entri ini ringkas sahaja sebab slaid dah lama siap jadi tinggal mengarang sahaja. JCR juga boleh di lawati semasa kita menggunakan WOS, 'layout' dan 'interface' dia lagi cantik dan interaktif. Macam mana? Senang sahaja.. klik terus semasa kita semak status journal di WOS dan kita akan terus dibawa ke JCR.

Kalau di WOS klik terus di JCR 

Pening ke? hahaha... Entri ini saja nak bagitau JCR boleh di akses dari 2 cara; dari JCR sendiri atau dari WOS. Tapi ikut pintu lain-lain, jadi rupanya pun lain. Cuba okay. Seperti biasa jika ada sebarang kesalahan maklumat dalam entri ini, mohon kawan-kawan maklumkan dengan segera. Terima kasih.

Dan tidak dilupakan Prof. Low yang bersungguh-sungguh mengajar kami tentang JCR, terima kasih banyak-banyak.

Mar 25, 2016

Cerita PhD: Cari di Scopus dan Pindah ke Mendeley Macam Bergaya

Hari ini saya saja nak kongsi macam mana hendak cari artikel di Scopus. Biasanya kita cari pakai 'title' tapi elok juga cari guna 'source title' sebab biasanya kita sudah tahu journal mana yang paling relevan dalam kajian kita.

Bergaya ke tidak, sangat subjektif. Tapi entri ini macam gaya pemalas pun ada juga.

1. Tumpuan saya hari ini: Journal of Knowledge Management. Kalau nak semak status journal di ISI Web of Science boleh baca di SINI caranya.

2. Tapi saya gunalah beberapa fungsi di Scopus untuk kecilkan carian seperti 'refine' dan 'subject areas'. Disamping itu, objektif saya hari ini juga adalah untuk mendapatkan artikel yang paling banyak di'cite'. Dengan jumlah 'citation' sebanyak 333 kali maka, tentulah artikel ini penting. Saya ambil keputusan untuk tidak mahu ketinggalan membaca Riege (2005).

3. Selepas saya dah kenalpasti 4 artikel yang paling popular, saya terus pindah ke Mendeley. Kadang-kadang ada banyak gangguan masa cari dan muat turun artikel sekejap nak ke tandas, sekejap bersembang, sekejap pergi makan. Jadi saya pindahkan dulu ke 'reference manager' sebab sekurang-kurangnya saya sudah simpan carian pada hari ini. 

Adakalanya saya tulis di buku nota tapi, masalahnya nanti selepas rehat puas pula tercari-cari mana rujukan tadi. Dan rujukan pun panjang hendak ditulis - nama author, tajuk, nama journal. Senangnya, simpan/notakan dulu di Mendeley. Itulah gaya seorang pemalas yang sebenar. 

Saya tandakan (tick) pada 4 artikel yang saya berminat dan klik pada 'export'. Kita boleh export ke pelbagai 'reference managers' tapi saya pakai Mendeley jadi pilih Mendeley. Kita boleh 'export' dalam bentuk 'text' juga. Selepas itu, ada kotak untuk 'save all' di Mendeley. Senang kan?

 4. Di Mendeley kita pilih "recently added" untuk senang  kenal pasti reference yang kita simpan tadi. Tapi saya tahu saya belum ada artikel penuh dalam bentuk PDF. Oleh kerana itu, kerja muat turun saya akan buat selepas ini.  Kita boleh cari terus artikel tadi di Mendeley atau pergi semula ke Scopus. Saya pilih untuk muat turun di Scopus.

Saya menyertai kursus Dr OT untuk belajar Mendeley. Semua orang tentu tahu tips Dr OT berkenaan dengan 'watched folder' untuk memudahkan kita 'sync'. Jadi, kalau kita 'sync' nanti mesti 'reference' kita ada 2 (berganda). Jadi 'delete' sahaja untuk reference yang tiada PDF. <Langkah ini mungkin salah. Kalau kawan-kawan tahu cara yang lebih efisen untuk kemaskini di Mendeley, boleh tak tunjuk ajar saya?>. 

5. Untuk muat turun di Scopus sila klik 'view at publisher' dan kita akan dibawa ke 'page' baru. 

Perhatikan di bahagian Journal of Knowledge Management ada beberapa pautan lagi di situ. Boleh cuba klik.

Ada banyak cara untuk mencari artikel di pangkalan data. Saya pasti setiap orang ada cara tersendiri dan mungkin cara kawan-kawan lebih baik. Terima kasih saya ucapkan pada Dr OT yang memperkenalkan Mendeley dan memang terbukti ia sangat mudah digunakan.

Mar 23, 2016

Cerita PhD: WOS/WOK dari Pintu UiTM

Semalam selepas kongsikan entri berkenaan Langkah demi langkah ke Web of Science (boleh klik SINI) kawan-kawan sekelas pun teruja hendak mencuba WOS. Tetapi entri itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan kawan-kawan UiTM yang hendak mencuba WOS.

Saya pun silap juga sebab tidak menyatakan bahawa WOS boleh diakses dari laman web perpustakaan masing-masing. Dr Ida Rosnita memberi cadangan berkenaan hal ini dan Kak Asmidar pun tertanya-tanya kenapa beliau tidak boleh masuk. Semalam saya beri ikut pintu UKM jadi, pelajar UKM boleh ikut entri itu.

Hari ini saya bagi tutorial ikut pintu UiTM. Sama sahaja kaedahnya, bagi universiti lain-lain kurang pasti tapi saya yakin setiap perpustakaan universiti awam ada akses ke pangkalan data WOS.

Ok kenapa WOK 'sempang' WOS? Dulu portal ini dikenali sebagai Web of Knowledge (WOK) tapi sekarang ditukar kepada nama baru Web of Science (WOS).

Jom, kita masuk ikut pintu UiTM pula.

PERTAMA; Akses ke portal perpustakaan UiTM <http://www.library.uitm.edu.my/>. Nama perpustakaan UKM adalah Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Perpustakaan UiTM adalah Perpustakaan Tun Abdul Razak atau senang kita sebut PTAR.

Jika kita akses portal PTAR dari luar kampus maka kita perlu login sama seperti portal PTSL. Sila buat seperti berikut;

Jika kurang pasti login sendiri, boleh semak status. TERBAIK

KEDUA: Kita sekarang dibawa ke muka surat baru <http://ezaccess.library.uitm.edu.my/menu> 'database list by format'. 

Ada banyak pangkalan data yang sedia ada, tapi tumpuan kita WOS. Jadi, cari huruf 'w' dan kita akan ke muka seterusnya yang menyenaraikan pangkalan data yang bermula dengan huruf 'w' sahaja. Seperti dalam gambar.

AKHIR: Alhamdulillah kita sudah sampai di WOS/WOK. Sama sahaja seperti Scopus, ScienceDirect dan lain-lain. Gunakan kotak carian dan kecilkan saiz carian kita dengan tetapan yang disediakan.

Ini WOS/WOK diakses dari UiTM

Kawan-kawan, kalau saya ada tersalah beri maklumat di sini mohon maklumkan nanti saya akan perbaiki. Oleh kerana saya ada dua akses (UiTM sebagai staf, UKM sebagai pelajar) Insyallah nanti saya boleh perhatikan sekiranya ada perbezaan dimana-mana.

Sekian terima kasih dan selamat menyelongkar WOS! Cubalah, memang seronok dapat tengok IF, quartile dan ranking journal. 

Mar 20, 2016

Cerita PhD: Langkah demi langkah ke Web of Science

Jom belajar tengok-tengok 'ranking' dan 'quatile' di Web of Science. Penting ke? Ya, sangat penting dalam menstrategikan PhD kita.

PERTAMA: kita kena guna WIFI UKM, maknanya kena berada di dalam UKM. Kalau berada di luar kampus kita perlu log in di portal e-Journal Portal (klik SINI).

KEDUA: Seterusnya kita akan dibawa ke sini. Jika kita skrol senarai panjang "all data sources" kita akan dapati ada pelbagai pangkalan data maklumat yang boleh kita klik. Biasanya kita akan dapat kenalpasti beberapa sumber yang biasa kita gunakan seperti Scopus, Proquest, Journal Citation Reports.

Kali ini kita akan beri tumpuan kepada ISI web of science (WOS).

Seterusnya kita akan di bawa ke sini. Muka depan Web of Science! Cara penggunaan/carian sama sahaja di pangkalan data yang lain. Ada kotak carian, boleh disesuaikan kepada jenis carian seperti 'author', 'publication name', 'DOI' dan lain-lain lagi. Jangan lupa gunala 'time span' dan juga 'more settings' untuk mengecilkan hasil carian kita.

Muka depan Web of Science

Selepas kita maksudkan kata kunci ke dalam kotak carian. Pangkalan data akan berikan keputusan kepada carian tersebut. Tapi apa yang saya suka di WOS kita boleh terus semak status journal berdasarkan artikel yang kita pilih.

Apa pentingnya nak semak status journal ni? PERTAMA, supaya kita tahu sumber rujukan kita dari yang boleh dipercayai. Tapi kalau ada dalam WOS memang boleh dipercayai. KEDUA, ia menambahkan pengetahuan kita tentang apa itu 'impact factor', 'ranking', dan 'quartile'. .

Kita bolehlah mengunakan maklumat ini dalam perbincangan bersama penyelia untuk menyokong hujah kita. Pastinya penyelia merasa kagum kerana kita buat kerja rumah dengan menyemak dahulu status rujukan kita. Ada merit di mata penyelia.

Journal ini boleh mempunyai beberapa kategori seperti Journal of Organizational Behavior ini mencakupi 'business', 'management', dan 'applied psychology'. Dalam setiap kategori 'ranking'nya berbeza dan boleh jadi juga 'quartile' pun berbeza.

Untuk membaca artikel penuh sila klik di 'full text from publisher' tapi tidak semua artikel kita dapat aksess, jadi bacalah 'abtract' sahaja.

Ada banyak butang-butang di WOS yang boleh kita cuba-cuba tekan. Jika kita selalu gunakannya kita boleh manfaatkannnya dengan lebih baik. Lebih kurang samalah dengan pangkalan data yang lain, tapi kemahiran kita menggunakan setiap pangkalan data itu akan memberikan hasil carian berbeza di antara setiap pengguna.

*****

Langkah demi langkah?? Rasa macam ada 2 langkah sahaja.

Belum pandai sangat hendak menyusun kandungan. Tapi, harap dapat dimanfaatkan.

Mar 19, 2016

Cerita PhD: Syarahan Awam di Sunway University

Jumaat petang memang biasanya lemau sikit nak belajar. GSB akan sunyi selepas Zohor. Tapi semester sudah bermula maka sesiapa yang ada kelas pada hari Jumat akan berada di GSB sehingga jam 6.30 petang. Huhu...

Walaupun ianya tanpa dirancang saya menemani Kak Su pergi ke Sunway University untuk mendengar syarahan awam dari Prof Dr Baba Shiv dari Stanford University, USA. Tapi di Sunway University ia diberikan penjenamaan sebagai Jeffrey Cheah Distinguished Speakers Series. Jadi siapa Prof Dr. Baba ni? Saya pun godek-godek lah profil beliau.

Ini hasil carian di Scopus....

Prof Dr. Baba ni memang orang decision making lah. Artikel beliau pada tahun 1999 telah di cite lebih dari 600 kali adalah mengenai hati dan otak (emosi dan fakta). Ok sekarang saya sudah tahu beliau bukan calang-calang orang dan saya tidak buat keputusan yang salah untuk hadir hari ini. Sementara itu, dewan seminar penuh dengan peserta walaupun ianya bermula pada jam 5.30 petang.

Kami pada mulanya pelik kenapa seminar ini dijadualkan pada jam 5.30 petang, hari Jumaat pula. Tapi selepas melihat kepada kehadiran peserta pada petang itu, seolah tiada masalah berkenaan sambutan atau kehadiran. Satu perkara lagi bagi Jeffrey Cheah Distinguished Speakers Series (maklumat lanjut boleh klik SINI),  ahli lembaga Sunway University turut serta mendengar termasuk pengerusinya Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah. Jadi, mana tidaknya para pegawai, pensyarah dan pelajar hadir walaupun petang Jumaat. Di situ kita sudah boleh lihat berbezanya budaya di universiti kita. Tiada protokol ketat dan yang menariknya majlis diacarakan oleh ahli lembaga pengarah sendiri. Hebat kan??

Prof Dr. Baba menceritakan tentang bagaimana biasanya kita membuat keputusan. Biasa kita buat berdasarkan fakta dan kadang-kadang ianya berdasarkan emosi. Jadi, yang mana lebih baik? Syarahan selama lebih kurang 1 jam sememangnya ringkas dan padat. Slaid pembentangan Prof Dr. Baba hanya berlatar belakang putih, penggunaan perkataan yang kurang, ada sekeping slaid bergambar, ada beberapa slaid dengan diagram. Serba ringkas dan semestinya perhatian kita adalah tertumpu kepada figura Prof Dr. Baba sendiri dan bukannya kepada slaid.

Nasihat Prof Dr. Baba tiada keputusan yang baik, tetapi sekali kita buat keputusan pastikan ianya terbaik. Rasa macam salah terjemahan di situ - "there is no right decision, but make your decision right" lebih kurang macam itulah bunyinya. Saya bersetuju dengan pernyataan ini, walaupun selepas kita mengetahui keputusan yang kita buat adalah salah, maka kita perlulah usahakan untuk menjadikan ianya betul. Emosi dalam membuat keputusan adalah penting kerana ia membantu kita untuk lebih komited kepada keputusan tersebut. Seterusnya, fakta ini memberi tahu kita bahawa wanita adalah pembuat keputusan yang lebih baik. Menang!

Prof Dr. Baba menceritakan perihal bagaimana beliau berkahwin. Selepas 2 kali bercinta dan gagal, maka beliau meminta kepada ibunya untuk diaturkan perkahwinannya. Ada 2 syarat yang ibunya letakkan; pertama tarikh perkahwinan telah ditetapkan walaupun siapa calon isterinya belum diketahui dan kedua beliau tidak boleh menarik diri dari perkahwinan yang diaturkan ini. Dan sedar tidak sedari tahun ini beliau meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke 25.

Prof Dr. Baba menekankan apabila kita berdepan dengan situasi yang kritikal untuk membuat keputusan pertama tetapkan tarikh akhir (set the deadline) untuk perkara itu. Dan seterusnya beri perhatian kepada gerak hati kita. Keadaan sangat kritikal tetapi ada kalanya gerak hati kita akan memberi tahu apa yang sepatutnya kita lakukan.

Syarahan diakhiri dengan pertanyaan "Is good decision based on emotion or reason?", jawapan klise seorang profesor, "well, it depends". Satu tepukan gemuruh dan deraian hilai tawa mengakhiri sesi ini yang berlalu tanpa pening-pening untuk menghadam intipatinya.

Hadir ke Sunway University boleh dikatakan satu perjalanan yang membuka mata. Walaupun perjalanan kami dekat sahaja. Budaya  yang diamalkan di sini membentuk suasana yang berbeza dari dunia yang biasa saya lalui. Banyak yang kita boleh belajar dari segi pembangunan fasiliti dan budaya kerja mereka. Disamping saya tidak menidakkan sumbangan UKM dalam pengembangan ilmu yang terlebih dahulu subur dan terus mekar. Tapi kalau dapat belajar di fasiliti seumpama Sunway University dari pensyarah-pensyarah hebat di GSB ohhh... sudah tentulah itu yang terbaik.

Mar 17, 2016

Cerita PhD: Baucer Buku 1 Malaysia - KALI PERTAMA

Alhamdulillah, kali pertama dalam hidup dapatlah merasa baucer buku. Pelajar GSB UKM dapat RM250, rasanya samalah dengan kawan-kawan pasca siswazah semua.

Perasaan dapat baucer memang seronok betul. Semua orang pun bersungguh-sungguh menceritakan apa buku yang boleh kita beli dengan baucer ini.

Semester ini saya ambil 3 subjek;
- Product Policy and Strategy - Dr Nik
- Business Research - Dr Rasidah
- Qualitative Research - Dr Rosmah

Kelas Dr Rasidah secara amnya menjurus kepada kaedah penyelidikan khusus mengenai kuantitatif. Dr Rasidah mencadangkan kami mendapatkan buku Saunders et al (2016) bertajuk Research Methods for Business Students.

Dalam tempoh 6 bulan di UKM saya belum lagi menjelajah kampus secara keseluruhannya. Bukan kata kampus, Pusanika pun belum sempat dipanjat. Hari ini baru saya dan Kak Su baru sahaja mengetahui wujudnya kedai buku khas untuk pelajar UKM.

Hari sebelumnya saya telah menghubungi En Tan untuk mendapatkan buku ini. Mesej punya mesej dengan En Tan, kata beliau datang terus ke aras tujuh di Pusanika. Tapi tidak sangka hari ini dapat berjumpa dengan En Tan secara bersemuka. Ohh mesra orangnya dan sangat membantu. En Tan turut mencadangkan beberapa buku lagi yang sesuai untuk kami. Hari ini kami dapat membelek-belek buku baru seperti Hair et al (Multivariate analysis) RM98, Sekaran (Research Methodology) RM150 dan ada satu buku yang menarik keluaran Sage Publication, The Literature Review: a step-by step guide for students (RM75).

En Tan yang serba tahu tentang buku-buku untuk pelajar PhD

Buku Saunders et al (2016) berharga RM77. Saya dapat gunakan sekeping baucer RM50 dan tambah dengan tunai RM27 lagi. Seronok betul dapat memiliki buku dengan menggunakan baucer tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaannya. Sekarang kami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan buku seterusnya. Tunggu kelas Dr Rosmah untuk subjek Qualitative yang mula pada bulan April pula.

Sekarang saya masih ada 4 keping lagi baucer

Bila sudah selesai sembang panjang kami pun membayar buku kami. Kak Su belikan juga untuk Rahimy. En Tan sempat menasihatkan kami agar gunakkan baucer ini untuk membeli buku-buku keperluan pelajaran. Bila kita sudah beli buku jangan lupa baca. Sebelum masuk kelas Dr Rasidah minggu depan Insyallah bolehlah belek-belek dulu buku ini. Ahhh..... bau buku baru sangat best yea.

En Tan boleh dihubungi di nombor yang seperti dicop di situ

Mar 4, 2016

Cerita PhD: Pertemuan Berkumpulan

Hari ini berpeluang berjumpa penyelia secara berkumpulan. Semua anak buah Dr Rasidah dipertemukan dalam satu perjumpaan untuk menceritakan kemajuan masing-masing.

Dah nazak sangat agaknya kami ni.. maka Dr panggil kami untuk berkongsi perkembangan masing-masing.

Ini kali pertama pertemuan diadakan. Kak Oswah turut serta. Semuanya ada 4 orang budak baru belajar.

Ali - Thriving 
Azlan - Workplace bullying
Huda - Knowledge hiding
Oswah - Work life balance

Dengan topik yang berbeza-beza maka setiap tunjukkan hasil yang telah dibuat dalam masa 3 minggu. Ali dan Azlan adalah senior; maka kemajuan mereka sudah jauh. Lompang kajian telah dikenalpasti tapi masih dalam proses memastikan hubungan antara pembolehubah boleh di sokong dengan literatur. 

Saya pula masih terkedek-kedek lagi mencari pemboleh ubah yag sesuai. Dulu lagi Dr nasihat supaya membaca tentang konsep knowledge sharing dan fahamkan. Tetapi oleh kerana saya degil maka, saya tidak ambil nasihat itu. Saya fikir dengan cara try and error saya dapat mengaitkan antara pemboleh ubah yang saya rasa sesuai untuk menerangkan fenomena menyembunyikan ilmu (knowledge)**.

Selepas sebulan rasanya tanpa apa-apa penemuan menarik, sekarang saya terpaksa juga buat perkara yang Dr katakan dulu. Mula dengan membaca konsep knowledge sharing. PENGAJARAN: jangan degil.

Ali dan Azlan menceritakan dahulu kemajuan mereka. Ali sudah tulis pernyataan masalah. Azlan membentangkan meta analysis. Fuhhhh senarai panjang dari tahun yang berkurun. Membayangkan kepada saya banyak lagi kerja yang perlu disiapkan untuk memahami konsep knowlegde sharing. Perlu lebih memecut selepas ini.

Saya membentangkan bacaan saya mengenai knowledge sharing dari perspektif penerima dan juga kuasa (power). Sebelum membentang saya terlebih dahulu minta maaf sekiranya idea-idea dan rumusan yang saya buat melalui pembacaan ini adalah salah.Tapi penyelia tetap positif dan ini sikap yang saya perlu pelajari dari Dr Rasidah yang sentiasa sabar dalam kemajuan saya. Seringkali saya yang tidak sabar-sabar. Ada ketikanya pemahaman saya salah, tapi Dr Rasidah tetap mengatakan 'good'. Ayat Dr berbunyi "Anyway, it is good for you to highlight this idea. Now we know it is wrong".

Emmm.... 

Satu lagi ayat kegemaran Dr "Its okay Huda, do not compare yourself with Ali and Azlan, one day you will reach at their stage". Itu ayat yang paling selalu digunakan untuk memujuk saya supaya jangan gelabah. Kenapa Dr? jelas sangat agaknya stress di air muka saya. 

Tapi hari ini banyak sekali input yang kami dapat. Dr memberi komen kepada pernyataan masalah yang ditulis oleh Ali dan kami semua sibuk mencatat nasihat Dr.

Tesis ini dibaca oleh beberapa orang sahaja; diri sendiri, penyelia, penyelia bersama dan pemeriksa. Mungkin juga 2, 3 orang junior yang akan membacanya sebagai rujukan. Oleh sebab itu Dr menasihatkan setiap ayat ditulis dengan jelas. Jelaskan di dalam ayat tersebut tentang apa yang sebenarnya hendak kita sampaikan. Kerana ayat yang ditulis itu kadang-kala tidak menggambarkan apa yang kita fikirkan.

Azlan, di suruh menulis pernyataan masalah untuk pertemuan akan datang. Ali akan memperbaiki pernyataan masalahnya. Saya, Dr minta terus membaca mengenai power dan juga mungkin larikan sedikit kepada organizational politic. 

Tepat jam 12.00 tengahari Dr perlu mengambil anaknya dari sekolah. Jadi tamatlah pertemuan kami hari ini. Kita akan berjumpa lagi 3 minggu dari sekarang. Insyallah.

** Berat betul rasanya menggunakan perkataan ilmu untuk menterjemahkan knowledge walaupun penggunaan terma knowledge adalah sangat biasa dalam literatur berbahasa Inggeris. Tetapi dalam suasana Malaysia dan Islam, perkataan "ilmu" dianggap lebih besar dan begitu signifikan. ATAU tanggapan saya sahaja. 

Feb 28, 2016

Niat nak buat PhD

Setakat sekarang sudah ada dua tiga orang adik-adik yang tanya macam mana nak mula belajar PhD. Nak mula dengan apa?

Saya jawab mula dengan menulis cadangan penyelidikan.

Research proposal yang kita nak tulis ini bukan seperti proposal semasa pengajian PhD. Tapi cukuplah sekadar untuk menyatakan niat dan minat kita terhadap tajuk yang kita minat.

“Okay… nak tulis apa dalam proposal?” Huhuhu… begitu soalan Izati pada saya.

Saya tulis jawapannya di bawah.

Selepas proposal ditulis, kita boleh mencari bakal penyelia. Pergi sahaja ke laman web mana-mana universiti dan perhatikan latar belakang dan resume pensyarah-pensyarah. Kita akan dapati di universiti mana terdapatnya kepakaran dalam bidang kita dan pensyarah inilah yang kita boleh hubungi.

Biasanya terdapat pensyarah yang akan menyenaraikan senarai penuh kajian dan penulisan yang mereka telah terbitkan. Ada juga yang memberitahu jumlah pelajar yang telah berjaya graduasi dibawah seliaannya. Namun, tidak semua pensyarah yang mempunyai maklumat yang lengkap. Tapi sekurang-kurangnya alamat emel mereka pasti ada tertera di situ.

Alamat emel inilah yang penting, kerana ini bermakna kita boleh menghubungi mereka dan lampirkan proposal yang telah kita sediakan. Tujuannya supaya pensyarah tersebut tahu yang kita benar-benar serius dengan pengajian PhD. Jika emel tersebut hanya disertakan dengan soalan-soalan yang biasanya sahaja, seperti;

1.    Bagaimana hendak menyambung pengajian PhD?
2.    Apa bidang kepakaran Dr?
3.    Bolehkah saya menjadi pelajar Dr?

Sudah tentulah potensi untuk pensyarah membalas adalah tipis kerana soalan-soalan tersebut kita boleh cari sendiri jawapannya di Internet. Ini memberi gambaran seolah-olah kita tidak membuat kerja rumah dan tidak bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian.

Emel yang ditulis juga perlulah unik. Tulis emel yang berbeza kepada pensyarah yang berbeza walaupun isinya dan maksudnya sama. Sekiranya kita mengemel kepada 5 orang pensyarah selalunya Insyallah yang akan ada yang membalas (walaupun sebenarnya saya selalu beranggapan pensyarah ini sibuk dan ada masa ke untuk balas emel dari orang yang tidak dikenali). Saya sendiri terkejut dengan balasan-balasan yang saya terima dari beberapa pensyarah yang pernah saya hanya hubungi melalui emel sahaja. Masyallah mereka sangat positif dan faham situasi kita yang sebenarnya kita masih dalam proses merisik-risik. Jika tiada balasan, kita fikir positif dan ingat tiada apa yang perlu dimalukan sebenarnya.

Okay.. apa yang hendak kita tulis dalam proposal ringkas kita ini? Tulis sahaja dalam 2 hingga 5 muka surat yang mengandungi perkara-perkara berikut;

1.    Nama Penuh
2.    Tajuk Cadangan
3.    Pengenalan / latar belakang
4.    Isu / masalah kajian
5.    Objektif kajian
6.    Kepentingan kajian
7.    Kajian kepustakaan
8.    Metodologi Kajian
9.    Rujukan

Walaupun ini proposal ringkas sahaja, tetapi kita tetap kena buat rujukan dan “citation”. Pastikan rujukan kita terkini untuk menunjukkan ada kepentingan kajian dan kesegeraan untuk mengkaji tajuk ini. Elok jika kita dapat kaitkan dengan isu semasa yang berlaku dalam persekitaran dunia dan Malaysia sekarang. Jangan lupa format rujukan perlulah yang betul dan seragam. Pakai satu format sahaja dan jangan campur-campur. Di situ pensyarah akan nampak usaha kita.  

Tapi ingin saya berpesan kepada Mira, Dayah dan Izati supaya tidak perlu untuk sediakan proposal yang lengkap dan sempurna pun. Semasa kita sediakan proposal ini kita pasti akan tertanya-tanya ada ke tidak isu penting?, relevan ke tajuk kita ni?, ada jurang kajian tak?, macam standad PhD tak proposal ini?. Berhenti fikirkan semua ini.

Soalan-soalan yang berlegar-legar dalam kepala ini akan menyebabkan keyakinan kita menurun. Kalau mahu tunggu ia sempurna sampai masuk pengajian pun tidak akan sempurna. Proposal ini hanya untuk menyatakan niat kita dan tajuk yang kita minati. Akhirnya kita tidak akan emel kepada sesiapa pun dan hanya diperam dalam cakera keras sahaja. Sekurang-kurangnya sekiranya kita emel kepada mana-mana pensyarah mereka akan membaca seimbas lalu. Selalunya disebabkan kepakaran mereka pasti dapat mengenalpasti potensi dalam cadangan kita dan jika bernasib baik akan ada pensyarah yang akan memberi cadangan untuk tambahbaik. Okay.. kat situ kita sudah dapat bonus. Yeayy!!

Lagipun proposal yang kita sediakan itu adalah idea kita sendiri. Jadi, kita kena faham ini adalah tacit knowledge. Biasakan kita kena dengar “Knowledge is Power” jadi jangan sia-siakan cadangan kita itu. Ia pasti ada potensi cuma perlu digilap sedikit demi sedikit. Tapi langkah pertama selepas tulis adalah emel kepada orang-orang yang berkenaan.

Boleh juga emel dahulu kepada rakan-rakan senior dan rakan-rakan kita untuk minta mereka semak dan komen. Kita pilihlah rakan-rakan yang kita selesa. Kalau mereka boleh beri komen itu sudah baik, kalau mereka tidak balas emel kita pun tak apa. Tak rugi pun.

Kepada Mira, Dayah dan Izati selamat berjaya tau…

Luangkan sedikit masa kita, mungkin sejam ke dua jam dalam sehari. Insyallah paling lama pun 2 minggu mesti kita sudah nampak hala tuju kita. Perkara yang ada dalam kepala kita bila sudah berjaya di tulis atau di taip pasti akan memotivasikan kita dan idea akan datang mencurah-curah. Insyallah.

Cabaran dalam menulis sebenarnya memerlukan sedikit kerja berfikir. Saya tidak nafikan nak mulakan berfikir itu sedikit sukar. Tapi poinnya di sini jangan putus asa. Fikir lagi….

Jan 20, 2016

Cerita PhD: 1000 patah perkataan sehari? Apa dah jadi?

Ini post pertama 2016.

Apa sudah jadi dengan azam menulis 1000 patah perkataan sehari?

Huhu...

Memang saya sering diingatkan perjalanan PhD ini ada turun naik. Tapi tidaklah pula saya terfikir seawal ini "turun dan naik" nya itu.

Ya Allah..

Disember paling mencabar, oleh kerana banyak sangat cuti yang datang bertalu-talu ditambah jemputan-jemputan perkahwinan yang meresahkan kita sebagai tetamu. Nak datang salah, tak datang pun rasa bersalah. Makanya, mana yang sempat saya cuba hadirkan diri. Tapi hendak disalahkan cuti dan agenda orang mendirikan masjid tentulah tidak adil. Ini kerana perjalanan PhD ini adalah perjalanan saya. Saya yang pilih, saya yang lalu dan saya mesti sampai.

Walaupun tiada 1000 patah perkataan dalam sehari dan di post di blog, tapi kerja-kerja penulisan diteruskan. Cuma jika mahu dapatkan 1000 patah perkataan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu memang sangat mencabar. Kadang-kadang saya main tulis sahaja, walaupun ayat yang digunakan berulang-ulang jadi nampak penuh satu muka.

Tapi penulisan tesis sangat bergantung kepada banyaknya pembacaan yang kita buat. Jika kita hanya membaca sekadar dipermukaan sahaja, maka tulisan pun memang bodoh sangat bunyinya. Tiada IDEA.

Tip 1 (untuk menulis) - BANYAKKAN MEMBACA

Pada 9 Januari yang lepas, kami pelajar semester 1 perlu membentangkan idea penyelidikan kami di kolokium. Masing-masing sudah kelam-kabut dalam masa 4 bulan ada lagi yang belum tahu apa tajuk yang ingin dikaji. Bagi saya sendiri walaupun sudah ada tajuk yang diminati iaitu knowledge hiding tapi model keseluruhan belum boleh dibina. Jurang kajian pun belum jumpa.

Tapi hari Jumaat sebelum kolokium, saya berjumpa Dr Rasida. Saya sudah emel Dr Rasida slaid pembentangan saya terlebih dahulu. Sampai sahaja di bilik, maka bertubi-tubilah soalan Dr mempersoalkan idea sangat. Ok di sinilah pemikiran kritis diperlukan. Bincang punya bincang Dr cadangan saya buat perubahan pada slaid dan menambah penerangan tentang asal usul knowledge hiding.

Maka, saya perlu bertungkus lumus pada malam sebelumnya untuk menyiapkan slaid dan sudah tentulah proposal juga perlu dibaiki juga. Membaiki slaid sangat mudah tapi mahu menyiapkan laporan proposal yang hanya 10 muka surat panjang memang mencabar. Bila saya tulis, padam, tulis, padam.... maka akan ada rasa-rasa nak buat jahat untuk copy dan paste. Arrrghhh..... susahnya menulis!! Mujur ada kefahaman bahawa meniru adalah salah, tapi itulah yang akan terjadi bila menulis di saat-saat akhir. Itupun kali ini kami tidak diminta untuk menyemak kerja kami di Turnitin, kalau tidak lagi parahlah kami semua.

Tip 2 (untuk menulis) - JANGAN MENULIS DIAKHIR WAKTU (kecuali memang sudah tahu apa yang hendak ditulis)

Hari kolokium pun tiba. Masing-masing sudah berdebar. Yang menambahkan debar adalah kerana senior kami pun ada dijadualkan bersama dalam pembentangan kali ini. Kalau hendak dibandingkan kami dengan senior sudah tentulah macam langit dan bumi beza kerja kami. Bilik saya ada Kak Sham, Riz, Riduan, Tika dan Nina bersama panel Dr Rasida dan Dr Rosmah. Yang lain adalah 3 orang senior bersama kami. Prof June juga masuk mendengar pembentangan apabila bilik yang satu sudah selesai. Giliran saya tiba selepas rehat minum pagi. Saya mulakan pembentangan seperti yang diarahkan Dr Rasida untuk menerangkan perihal knowledege sharing dan barulah menerangkan konsep knowledge hiding.

Pembentangan berlangsung agak panjang. Sehingga saya diingatkan oleh pengerusi saya ada 2 minit lagi. Ada beberapa slaid yang saya tinggalkan dan sememang pembentangan kali ini hanya menguji kefahaman saya mengenai tajuk saya iaitu knowledge hiding. Saya benar-benar menjelaskan sebaik mungkin di 5 slaid pertama. Kerana menurut Dr Rasida saya perlu memahamkan rakan-rakan yang lain mengenai knowledge hiding dan kaitannya dengan knowledge sharing.

Setelah sekian lama para pengkaji membincangkan soal knowledge sharing, kini ada 1 dimensi baru dalam bidang ini yang boleh diberi perhatian iaitu knowledge hiding. Ramai orang menyangka ianya seakan sama dengan lack of knowledge sharing. Tetapi tidak, ini kerana mengapa orang tidak share knowledge adalah kerana dia tidak punya knowledge tersebut. Knowledge hiding berlaku apabila seseorang bertanyakan perihal knowledge tersebut tetapi orang yang ditanya itu mempunyai niat untuk menyembunyikannya. Konsep knowledge hiding juga berbeza dengan knowledge hoarding, di mana seseorang hanya gemar mengumpulkan knowledge-knowledge dan belum pasti dia akan mengkongsikannya pada masa akan hadapan.

Semasa membentangkan slaid yang pertama saya terbayang-bayang situasi di temuduga secara lisan di fakulti satu masa dahulu. Itulah isi yang sama yang utarakan kepada panel menekankan mengapa saya mahu melakukan kajian mengenai knowledge sharing. Untuk pendahuluan ianya berkisar mengenai;

Apa?
Mengapa?
Siapa?
Bagaimana?

Tajuk knowledge sharing sememangnya telah menjadi pilihan dari awal sehingga kini. Malah saya sekarang masih menjalankan projek RAGS yang juga berkenaan knowledge sharing bersama Nisa dan Dr Ida. Tapi projek ini adalah berkenaan dengan online knowledge sharing. Cuma bezanya dulu semasa temuduga saya mahu membuat kajian mengenai knowlegde sharing dari perspektif penerima. Tetapi setelah berbincang dengan Dr Rasida di minggu pertama mendaftar sebagai pelajar GSB UKM, beliau menyarankan saya mengkaji knowledge hiding. Ohhh... alhamdulillah sedikit sebanyak bidang ini masih berkait dan memudahkan saya dalam memahami bidang kajian saya. Paling utama inilah bidang yang saya minat.

Saya minat mengenai knowledge sharing sesuai dengan kerjaya saya sebagai pensyarah yang menuntut saya untuk berkongsi ilmu-ilmu baru dengan para pelajar. Saya juga sangat percaya kepada konsep "sharing is caring". Saya juga percaya kepada janji Allah apabila matinya seorang anak Adam maka terputuslah semua amalan 3 perkara;

1. doa anak yang soleh
2. sedekah jariah
3. ilmu yang berpanjangan

Tip 3 (untuk buat PhD) - PILIH TAJUK YANG KITA BENAR-BENAR MINAT

Alhamdulillah, hari ini saya dapat juga menyiapkan catatan ini walaupun saya kurang pasti adakah ianya mencapai 1000 patah perkataan. Tapi saya akan menyambung kerja menulis untuk menyiapkan kertas kerja RAGS. Sekarang saya perlu memperbaiki bahagian saya mengenai trust dan online knowledge sharing berdasarkan komen Dr Ida. Sesungguhnya kerja menulis bukanlah tugas mudah tetapi boleh dijayakan dengan memperbanyakkan tulisan. Itulah logik mengapa saya perlu menulis setiap hari.

Mudah-mudahan saya diilhamkan untuk terus menulis, Amin...