Showing posts with label i-learn. Show all posts

Jul 15, 2010

Kelas Keusahawanan

Hari ini seperti yang dijanjikan kelas keusahawanan bagi pelajar ASD6SA  membuat pembentangan pertama mereka bagi bab Pengenalan kepada Keusahawanan. Alhamdulillah prestasi mereka melebihi jangkaan saya, walaupun terdapat beberapa pelajar yang kelihatan seperti tidak bersedia dengan pembentangan tersebut. Namun, itu isunya berbeza; kemahiran pengucapan awam dikalangan pelajar masih belum dikuasai sepenuhnya, dan mungkin biasa bagi pelajar sains yang jarang didedahkan kepada tugasan pembentangan berbanding pelajar pengurusan yang kerap kali ditugaskan untuk membentang apa sahaja topik yang berkaitan  Terdapat segelintir pelajar yang membaca daripada nota, bahasa badan yang salah, dan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sepanjang pembentangan.
Cara penyusunan isi dalam pembentangan juga harus diberi perhatian kerana susunan isi yang menarik akan dapat menarik perhatian pendengar, daripada pemerhatian saya kekemasan penyusunan perlu ditambahbaik dengan mendahulukan pendahuluan, definisi, latar belakang, sejarah. Seterusnya isi-isi penting hendaklah disusun teratur satu-persatu diikuti dengan contoh-contohnya. Akhiri pembentangan dengan menyimpulkan isi-isi penting kedalam penutup.

Secara dasarnya saya gariskan beberapa perkara seperti berikut;-

Baik
- Isi kandungan padat dan menyeluruh
- Membuat persediaan sebelum pembentangan; contoh-contoh
- Penyertaan aktif dikalangan pendengar 
- Kefahaman terhadap topik yang dibincangkan

Buruk - boleh diperbaiki
- Bahasa lisan (menggunakan Bahasa Melayu, bahasa pasar)
- Bahasa badan (pergerakan mata, tangan, cara berdiri)
- Susunan isi kandungan
- Membaca nota dan paparan bahan

Sekalung tahniah diberikan kepada semua yang bekerja keras menyiapkan tugasan ini yang mengambil masa selama 1 minggu. Usaha-usaha untuk menjadikan kelas ini menarik akan diteruskan selepas ini dengan memberikan tugasan yang mencabar kemampuan pelajar, sekarang saya sedang memikirkan untuk menggunakan i-learn sebagai medium pendidikan di luar kelas.

May 5, 2010

Penilaian Pensyarah Atas Talian

Perhatian kepada pelajar; sila isi borang penilaian pensyarah di Student Feedback Online (SuFO) di portal i-Learn! Maklumbalas semua pelajar adalah sangat penting bagi tujuan perkhidmatan saya. Cuma log masuk ke i-Learn dan pilih kursus yang diselia oleh saya (MGT 321, MGT 300, MGT 532 & ETR 300) kemudian jawablah dengan tenang dan jujur.

Mengaplikasi konsep Johari Window!

Dec 23, 2009

Semester Baru Semangat Baru

Bismillahirahmanirahim

Ini artikel pertama yang ingin dikongsi bersama. Sengaja mengambil masa yang lama untuk mencari-cari idea paling sesuai untuk di"post"kan. Baru sahaja 2 ayat dihabiskan, tatabahasaku amat buruk sekali. Agak-agaknya apakah perkataan yang sinonim dengan "post" dalam Bahasa Melayu?

4 haribulan Januari 2010 akan bermula semester baru bagi seluruh Universiti Teknologi Mara. 2 minggu dari sekarang aku akan menyibukkan diri untuk membuat persediaan bagi pengajaran. Berdasarkan pengalaman selama 2 semester aku memutuskan untuk menilai balik tugasan yang akan diberikan kepada pelajar sebagai markah penilaian berterusan mereka. Bagi subjek IT, aku sudah putuskan bahawa tugasan kumpulan adalah BLOG yang akan membawa nilai 10% daripada keseluruhan 40%.

Ya, oleh itu, sebelum kita menugaskan orang lain untuk mempunyai blog maka diriku ini perlulah terlebih dahulu mempunyainya.

Kepada Pelajar MGT 300 (IT in business), sedikit pesanan ingin diberikan:
Semua maklumat berkenaan kelas, tugasan, markah dan nota akan di"post" (sekali lagi!) di blog ini. Minta kerjasama semua untuk cakna kepada perkembangan blog yang diberi nama __ EDUCATION4LOVE!

Namun begitu, medium kita yang kedua adalah sistem i-learn yang disediakan oleh UiTM.
sila klik --> http://i-learn.uitm.edu.my/

Pekakan diri anda sebelum anda diPekakkan.