Showing posts with label graduate life. Show all posts

May 5, 2016

Mohon Kerjasama Jawab Soal Selidik "Green Beauty Product"

ALHAMDULILLAH KAMI SUDAH DAPAT 166 MAKLUMBALAS DARI SOAL SELIDIK ATAS TALIAN INI. SOAL SELIDIK INI DITUTUP DENGAN RASMINYA PADA 20 JUN 2016. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM KAJIAN INI.

Ini adalah tugasan kerja kursus PhD saya untuk subjek "Product Policy and Strategy". Pensyarah kami P.M. Dr Nik Hazrul memang sangat "produk" orangnya. Kata Dr Nik, soal selidik kita adalah ibarat produk. Sekali kita sudah lancarkan kita tunggulah sahajalah komen dari responden. Oleh sebab itu berkali-kali beliau ingatkan supaya kami teliti setiap soalan adakah ianya benar-benar mengukur pembolehubah kajian kita. Beberapa ujian awal perlu kita jalankan untuk memastikan soal selidik benar-benar bersedia sebelum dilancarkan.

Soal selidik yang baik akan menentukan kualiti data kelak. Jadi sudah tentulah kita tidak mahu membazirkan tenaga mengedarkan semula soal selidik tersebut. Soal selidik yang baik akan membantu memudahkan responden menjawab dan bersemangat menghabiskan keseluruhan soalan. Cuma bagi tajuk yang terlalu khusus, mungkin ada sedikit kesukaran sekiranya topik kajian itu tidak beberapa difahami oleh responden. Di sini cara pemilihan responden adalah sangat penting yang seterusnya menentukan golongan sasaran responden kita.

Hanya 3 kumpulan dalam kelas "Product Policy and Strategy". Kak Sue dan Rahimi mengkaji "muslim women apparel", kumpulan Lin, Tamimi dan Saba mengkaji "online reservation - hotel" dan kami pula tidak tahu kenapa jatuh cinta dengan topik "green beauty product". Kami hanya bertujuh dalam kelas itu, tapi semuanya sangat kompetitif. Bersungguh-sungguh menyiapkan 10 tugasan mingguan termasuk 5 kali pembentangan. Aduhai teringat zaman sekolah rendah yang semuanya nak berlumba. Tugasan mingguan adalah untuk markah penyertaan dalam kelas, tapi 60% markah kami adalah dari kajian mini. Dr Nik siap bersyarat lagi, "setiap kumpulan mesti menerbitkan satu artikel". MESTI yea.

Dr Nik cakap Isnin beliau berpuasa, tapi demi majlis ni Dr Nik berbuka. Terima kasih Dr.

Namapun kelas produk jadi persembahan makanan pun mestilah menarik.

Habis dah cerita... tolong-tolong jawab soal selidik, sila klik SINI

Tahniah Khawar! Ehem Dr Khawar lah...

Alhamdulillah, Rabu bertarikh 4 Mei, Khawar telah berjaya membentangkan tesis PhDnya. Hari itu tidak ramai pelajar di GSB kerana minggu ini adalah minggu cuti. Tapi lampu yang terbuka di bilik Viva menarik minat saya. Saya nampak Dr Rosmah keluar, "Oohhh Dr, ada viva ke hari ini?" tegur saya berbisik disaat Dr Rosmah juga melepaskan pintu perlahan. "Khawar sedang dalam sesi soal jawab, saya rasa hendak berehat sekejap". Dr Rosmah adalah penyelia utama Khawar yang menjalankan kajian tentang "tacit knowledge sharing".

Saya masuk ke ruang kerja saya, dalam hati rasa berdebar-debar. Khawar tentu lebih-lebih lagi. Lebih kurang jam 12 Khawar masuk ke bilik karel bersama penyelia keduanya. Saya senyum dan menyalami Khawar. Tidak mahu menanya apa-apa saoalan. "Kami keluar, kerana committee sedang membincangkan keputusan" kata penyelia kedua Khawar. Sunyi dalam bilik itu. Saya jemput Khawar dan penyelia beliau duduk tapi mereka menolak. Tiada siapa yang mahu duduk sekarang ini. Saya pun tumpang berdebar-debar juga. 

Selepas 10 minit mereka masuk semula ke bilik viva hanya berhadapan sahaja dengan bilik karel kami. Selang 5 minit agaknya saya terdengar keadaan di luar telah bising. Suami Khawar dan kawannya terburu-buru luar. Saya pun menyenguk dan tertanya adakah keputusan Khawar telah diumumkan? Ya Khawar telah lulus dengan pembetulan minor. Alhamdulillah.

Bilik viva yang selama ini begitu misteri tapi hari ini saya dapat masuk setelah dijemput oleh Dr Rosmah, supaya Khawar bergambar dengan kawan-kawan. Hanya ada 3 orang pelajar GSB, Kak Darma, pelajar lelaki dari Iran (saya tidak tahu namanya) dan saya. Suami Khawar sibuk menjadi jurugambar. Semasa saya memeluk Khawar mengucapkan tahniah, reaksi Khawar masih kosong. Mungkin beliau antara percaya tidak percaya bahawa perjalanan PhD beliau telah berakhir. 

Khawar memulakan sesi vivanya pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Hanya dalam tempoh 2 jam perjuangan Khawar dalam bilik viva itu. Tapi perjuangan sebenar tentulah lebih panjang lagi. 

Tahniah Khawar, sudah boleh kembali berkhidmat di Pakistan selepas ini. 

Pesanan terakhir dari Penyelia kedua, maaf saya tidak tahu nama Dr.

Khawar cakap dia tidak percaya telah lulus, masih terdengar suara nyaring Dr Rosmah memanggil namanya.

Suasana dalam bilik karel, Khawar siap lukis di papan putih untuk mempertahankan tesisnya.

Bergambar dengan staf GSB yang datang ke bilik karel untuk ucap tahniah.

Teman menangis Khawar, Kak Fidah sanggup ambil cuti separuh hari untuk memberi sokongan.

May 4, 2016

Rasa macam burung terbang.

Assalamulaikum,

Jom tengok UKM dari pandangan udara. Rasa macam burung terbang. Ada sekolah saya dalam video, Graduate School of Business. Cantik berwarna biru.

Dalam pada belajar ni, rasa nak ada satu lagu tema. Banyak-banyak lagu motivasi rasanya lagu Fynn Jamal ni paling masuk dalam kepala, jiwa dan raga. Lagu bagus, lirik bagus, video klip pun bagus. Sememangnya Kok Ping nih berjiwa orangnya.

Video berlirik boleh layan di sini.

Tuhan, Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati

 Amin

Apr 28, 2016

Mohon Kerjasama Menjawab Soal Selidik #tugasanPhD

_SOAL SELIDIK INI DITUTUP PADA 13 MEI 2016_
Terima Kasih Semua

Panggilan kepada kawan-kawan yang berkhidmat sebagai pensyarah baik di Universti Awam mahupun Universiti Swasta dan juga Pusat Pengajian Tinggi (seperti Politeknik, Kolej Komuniti, dll) di Malaysia, saya perlukan bantuan kawan-kawan untuk menyertai kaji selidik ini. Ini adalah tugasan kami bagi kursus Business Research yang bertajuk "The Attitudes and Behaviors at Workplace in Higher Learning Organization".

Harapannya dapatlah keluar satu kertas kerja dan pergi konferen di Langkawi anjuran FEP, UKM.

Call for Paper: The 8th International Management and Accounting Conference (IMAC8)
28th to 29th September 2016
Langkawi Island, Kedah, Malaysia
Website & Online Registration & Submission: http://submit.confbay.com/conf/imac8

Jom kita ke Langkawi! Dr Rasidah kata jemputlah ramai-ramai.

Jika ingin menjawab di telefon pintar mohon klik di SINI.

Apr 24, 2016

Cerita PhD: Pertama kali dengar tentang Social Network Analysis (SNA)

Biasanya kalau kita bersembang-sembang dengan orang yang baru kita kenali, seakan-akan orang itu sangat asing pada kita. Tapi mengikut teori Six Degrees of Separation mengatakan dalam 6 atau kurang orang baru yang kita kenali akan ada kaitan dengan kita.

Six degrees of separation is the theory that everyone and everything is six or fewer steps away, by way of introduction, from any other person in the world, so that a chain of "a friend of a friend" statements can be made to connect any two people in a maximum of six steps. It was originally set out by Frigyes Karinthy in 1929 and popularized by a 1990 playwritten by John Guare. (sumber: Wikipedia)

Hari Ahad minggu lepas (17 April 2016), Dr Lokhman Hakim Osman berkongsi dengan kami mengenai Social Network Analysis (SNA). Saya dengar sahaja analogi six degrees separation pun sudah rasa teruja, sebab rasanya memang selalu berlaku. Sama ada orang itu berkait dengan kita secara langsung ataupun tidak langsung.

Dr Lokhman yang menamatkan pengajian PhD di Australia menggunakan methodologi SNA untuk kajian beliau dalam bidang operation management. Menurut beliau, penyelia PhD yang memintanya menggunakan methodologi SNA selepas penyelia pulang dari seminar. Oleh kerana SNA agak baru pada masa itu atau barangkali masih baru dalam bidang pengurusan perniagaan, Dr Lokhman mempelajari teknik ini sendiri. Sedangkan penyelia beliau tidak mahir mengenai SNA. Dr Lokhman mengakui tiada soal-jawab tentang teknik ini dari pemeriksa memandang beliaulah pelopornya. Satu strategi yang bijak. Atas sebab itulah, Dr Lokhman memperkenalkan kami kepada SNA yang agak asing juga di Malaysia.

Sociogram

Pada mula-mula diperkenalkan SNA saya juga pening-pening memahami teknik ini. Oleh kerana saya dibiasakan dengan regression analysis dan structural equation modelling jadi SNA ini macam mana? Panjang Dr Lokhman bercerita tentang SNA, bahan pembentangan beliau juga banyak. Soalan dari kawan-kawan juga banyak. Bertambah rancaklah Dr bercerita sehingga kami memahami bahawa SNA tidaklah begitu asing kerana Facebook sebagai contohnya turut menggunakan konsep ini apabila Facebook akan mengenalkan kita kepada "mutual friends", "person you may know" dan privasi entri kita boleh ditetapkan kepada "friends of friends".

Sudah namanya Facebook itu adalah tempat untuk kita bersosial maka memang konsep "six degrees separation" ini sangat masuk akal. Justeru, tidak menghairankan juga kalau kita dapat perhatikan iklan-iklan di akaun Facebook adalah berbeza untuk setiap individu. Iklan saya di Facebook hanya berkisar soal jubah dan tudung. Kadang-kadang bila saya rasa hendak berehat sekejap, cubalah jenguk-jenguk Facebook. Bukannya saya hendak tengok sangat apa yang kawan-kawan kongsi hari ini, tapi biasanya saya akan klik pada iklan-iklan sambil tengok tawaran terbaik. Tapi sekarang saya sudah tahu makin banyak kali kita respon/klik kepada iklan tersebut semakin kerap iklan seumpamanya akan muncul di akaun kita. Ooohh... itu sangat bahaya! Proses membocorkan poket sendiri hanya dengan berada di depan komputer.

Saya mencari di Scopus dengan kata kunci "knowledge sharing" dan "SNA" dan keputusannya adalah 41 hasil dan 20 daripadanya adalah artikel. Saya maklumkan kepada Dr Lokhman, dan beliau mengatakan ini satu peluang yang baik untuk saya. Emmm.... saya menjawab "I will look into it, Dr". SNA mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Cara kutipan data juga berbeza yang mana kita perlu mendapatkan 100% respon dari responden kita. Justeru metod SNA sesuai untuk kajian yang melibatkan organisasi. Jika kajian kepada kepada pekerja pula saya melihat contoh dalam kertas kerja sebelum ini menggunakan analisa kumpulan (team level analysis) Seperti dalam contoh kajian mengenai "knowledge sharing" menggunakan "communities of practice" (COP) jadi barulah relevan kalau kita hendak gunakan SNA.

Dr Lokhman terima kasih kepada perkongsian SNA. Ianya sangat menarik.  Oleh kerana dahulu saya kurang faham tentang SNA jadi memang saya akan tinggalkan sahaja artikel berkenaan dengannya. Selepas ini kalau ada terbaca di artikel mengenai SNA, Insyallah saya tidak akan abaikan lagi. Alhamdulillah hari ini ketidakfahaman itu dicerahkan. Banyak yang Dr Lokhman kongsikan tetapi tidak mampu saya menotakan semuanya di sini. Ini sahaja maklumat yang mampu saya selamatkan untuk ditulis dalam blog. Bayangkanlah seminggu belajar, hari ini baru nak ulangkaji. Berapa peratus sahaja sisa-sisa yang tingga.

Cerita PhD: ERA dan ABDC listing journals

Kelas hari Ahad sempat kami semua mendengar perkongsian dari Dr Syed Shah Alam. Dr Syed kata beliau adalah penceramah gantian untuk minggu ini. Apabila Dr Nik meminta beliau mengendalikan sesi pagi Dr Syed telah memilih untuk berkongsikan tentang penerbitan. 

Banyak tips dari Dr Syed yang dikongsikan dalam slaid beliau tapi lebih memilih untuk melayan soalan kami semua. Semua ambil kesempatan untuk menanyakan soalan. Lantas, tajuk perbincangan kami hari ini bukan hanya berkisar soal penerbitan tetapi turut mencakupi masalah kajian, pembinaan model, teori-teori dan sebagainya. 

Semua rakan sekelas mengambil kesempatan ini. Bagi yang menanyakan soalan maka, terjawablah persoalan yang buntu di fikiran selama ini. Bagi yang tidak bertanyakan soalan pun mendapat manfaat juga. Kadang-kadang kita tidak terfikir untuk menanyakan soalan tersebut tapi isu itu turut berlegar-legar dalam fikiran kita. Sesungguhnya sesi soal jawab sememangnya bermakna untuk semua. Cuma nampak Dr Syed sibuklah sikit menjawab soalan kami yang kadang kala berbelit-belit.

Bermula dari batch kami, GSBUKM sudah tentukan setiap pelajar PhD dan DBA dikehendaki menerbitkan artikel sebagai syarat untuk graduasi. Bezanya pelajar PhD perlu menghasilkan 2 kertas kerja dan DBA perlu hasilkan satu sahaja. Sekolah kami juga telah tetapkan bahawa kami boleh menerbitkan kertas kerja yang disenaraikan di ISI/SCOPUS/ERA.

Okaylah yang senarai ISI dan SCOPUS kami sudah tahu tapi, ERA bunyi agak asing sikit. Alhamdulillah Dr Syed memang sudah bersedia untuk memperkenalkan kami kepada ERA. Saya pula tak pernah nak hubungkaitkan ERA dengan Australia, ingatkan ERA ini dari Malaysia. Sebab rata-rata pensyarah akan kata "okay, ERA senang sikit, ISI tu memang susahlah".

1. ERA

Untuk lihat senarai penuh boleh klik SINI.

ERA akan beri senarai journal yang disenaraikan mereka dalam format Excel yang kita perlu muat turun. Yang bagusnya di fail excel ini ERA dan buat filter jadi senang kita hendak cari journal dalam bidang masing-masing. 

2. ABDC journal quality list (Bukan ABCD, baca elok-elok)

Dr Syed juga ada kongsikan senarai journal yang dipilih oleh Dekan-Dekan fakulti perniagaan di seluruh universiti di Australia. Untuk senarai ini ianya lebih menekankan kepada senarai journal yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan pengurusan. Journal-journal ini diberikan penarafan mengikut gred seperti A, B, C dan juga D (ini tidak salah taip, sebab gred disusun ikut abjad). Kesemuanya ada lebih kurang 2765 journal di ABDC. 

Perhati betul-betul memang ABDC

ABDC pun dah siap dengan filter jadi gunakan dengan bijak

Sudah terang lagi bersuluh AMJ, AMR dan AMA akan berada di senarai atas. Kalau ada masa terluang rajin-rajinkan diri ke laman web Academy of Management (boleh klik SINI). Macam-macam ada, dan kita boleh tengok senarai penuh journal yang dikeluarkan oleh AOM. Jika hendak akses artikel penuh kita perlu mendaftar sebbagai ahli. Kalau kita bukan ahli boleh tengok abstrak sahaja dan untung-untung ada juga artikel yang percuma. 

Seperti artikel tentang culture  ini, sememangnya budaya sangat sinonimlah dalam bidang OB. Siapa kaji tentang budaya memang kena bacalah artikel ini.

Artikel yang boleh diakses percuma sudah diview sebanyak 5000 kali. Kenapalah perlu ada kenkangan dalam bidang ilmu? 

Terima kasih Dr Syed. Terima kasih pada kawan-kawan yang tanya soalan. Orang tanya soalan dapat jawapan kepada soalannya dan dapat pahala juga sebab soalannya itulah orang lain dapat ilmu. Saya pun dapat tulis satu artikel untuk blog ini. Alhamdulillah. 

Apr 20, 2016

Cerita PhD: Input dari Seorang Editor

Semalam (16 April 2016) kami berkesempatan untuk mendengar perkongsian dari seorang editor, Tuan Hasrom Haron. Beliau pernah berkhidmat dengan Penerbit UKM (UKM Press) dan kini berkerja di Universiti Islam Malaysia (UIM) Cyberjaya.

Perkongsian itu berkisar bagaimana untuk menghasilkan buku dari kerja penyelidikan kita. Seperti yang kita maklum tesis yang dihasilkan hanya akan dibaca oleh beberapa orang sahaja. Tentulah merugikan kerja pelajar PhD selama 3 tahun itu disimpan di perpustakaan dan dibaca oleh khalayak yang kecil.

Selain daripada itu kajian kita juga akan terbitkan dalam artikel jurnal ilmiah mengikut bidang masing-masing. Tetapi, jumlah pembacanya masih lagi tertumpu kepada orang-orang yang berminat dengan bidang itu sahaja. Justeru, ilmu yang dihasilkan oleh pelajar PhD itu tidak dapat dimanfaatkan oleh orang awam.

Tuan Hasrom membincangkan tentang perbezaan pembaca dikalangan orang awam dan juga orang akademik. Banyak tips dari beliau. Saya mendengarnya dengan teliti tetapi sukar untuk menotakan kerana perlu memberikan perhatian sepenuhnya. Saya berdepan dengan seorang editor yang senior dan suaranya begitu mendatar dan perlahan jadi usaha mendengar butir bicara perlu digiatkan. Walaubagaimanapun, beberapa judul buku yang penting dan boleh dijadikan contoh dalam karya ilmiah sempat saya simpan dalam 'library' di Google Book.

Bijak betul Google ni... sangat memudahkan dengan hanya satu akaun semua perkara boleh kita simpan 'save' dengan satu butang sahaja.

Tuan Hasrom turut berkongsi buku-buku menarik yang diterbitkan dari kajian ilmiah.

1. Muslim Merit-Making in Thailand's Far South oleh Christopher M. Joll

2. The Making of Sabah, 1865-1941: The Dyamics of Indigenous Society oleh Ranjit Singh.

Front Cover

3. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-1946 oleh Cheah Boon Kheng.

Front Cover

4. Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi UMNO dan Konservatisme oleh Muhamad Taiyuddin Ismail

Saga Neokonservatif : Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme

Tuan Hasrom ada memberi pesanan, sekiranya kita ingin menghasilkan buku dari tesis kita seeloknya kita hubungi dahulu editor di syarikat penerbitan. Barulah kita faham apakah yang editor perlukan dalam manuskrip kita. Tuan Hasrom boleh dihubungi di hasrom2016@gmail.com.

Tuan Hasrom ada juga mencadangkan kami untuk membaca dan meneliti sebuah buku yang ditulis sebegitu baik sekali oleh Paulo Coelho iaitu The Alchemist. Nasihat beliau pasti saya ingati, bahawa sekiranya kita mahu menjadi seorang "scholar" maka perlulah menulis buku.

Front Cover

Apr 7, 2016

Cerita PhD: SJR & SCOPUS berpisah tiada.

Tempoh hari saya sudah kongsikan mengenai JCR atau nama penuhnya Journal citation report yang mengindeks journal di WOS/WOK (boleh ulangkaji kat SINI). Berbeza di Scopus, pengindeksan journal didapati dari portal SCImago Journal & Country Rank (boleh klik SINI). Lebih mudah kita sebut SJR atau kawan-kawan suka panggil SCIMmago.

Sama ke tidak SJR dan JCR ni?

Kalau kita perhati betul-betul, memang ada perbezaan. Walaupun, objektifnya sama iaitu membuat pengiraan dan menentukan kedudukan journal-journal terpilih. 

Contoh di sini saya ambil JOB (Journal of Organizational Behavior)

Ini keputusan di SJR (pautan di SINI) 
Ini keputusan di JCR (pautan d SINI) 
 jangan lupa Log in di portal PTSL jika berada di luar kampus caranya seperti di SINI dan SINI

Ini rupanya di SJR yang boleh diakses terus dari laman webnya.

Beza? Ini menurut Dr Rasidah, beliau lebih menggemari SJR kerana "bidang". SJR lebih teliti di mana bidang Business/Management itu terlalu luas maka dibahagikan kepada sub-bidang seperti International Business, Marketing, HR, OB, dan psikologi.

Berbanding JCR, ianya dibahagikan dalam bidang yang besar 'business', 'management' dan psikologi.

Dan fakta yang kita perlu akui di sini, bidang pengurusan dan perniagaan memang banyak mengambil ilmu dari bidang psikologi. Hampir kesemua teori yang digunapakai adalah dipinjam dari psikologi. Oleh itu, usah ditanya mengapa orang Business/Management ini "berseni" sangat.

Ini paparan hasil di JCR, mesti masuk melalui log in perpustakaan.

Tapi kita semua faham bahawa tidak semua journal yang diindeks Scopus akan tersenarai dalam ISI WOS. Tapi sekiranya journal tersebut diindeks ISI, Insyallah ada di Scopus. Bermakna, ISI indek adalah lebih tinggi darjatnya dari Scopus indek. Faham tak ayat ni?

Penyelia masing-masing pasti akan membuat penegasan bahawa setiap rujukan mestilah dari journal yang diindek sahaja. Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita menyemak indek setiap journal. Kebiasaanya perkara ini akan mengambil masa di peringkat awal pengajian sahaja. Jadi buat masa sekarang rajin-rajinkan diri menyemak.

Bila sudah selalu semak, kawan-kawan akan arif tentang journal-journal idaman hati. Kiranya kalau suruh sebut 10 senarai journal dalam bidang masing-masing macam peluru jawapan keluar dari mulut. Saya pun bila Dr Rasidah sebut JOB, AMR, AMJ, JAP, JOM dah tak terkebil-kebil lagi.

Kawan-kawan, jom tengok tutorial SJR di Scopus dan SCImago. Malas dah nak taip penerangan, biarlah gambar berbicara.

1. Kita mula di Scopus dulu. 

2. Terokai sikit di Scopus.

3. Beralih ke SCImago atau SJR.

4. Tengok ranking journal pula.

Jangan lupa skrol sampi bawah, ini senarai panjang.

Selamat mencuba sehingga jayanya kawan-kawan. 

Sekian, saya akhiri dengan serangkap pantun;

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar, 
Kalau salah tolong tunjukkan.

2 telinga, 1 mulut

Biasanya saya pergi UKM buat macam pergi kerja. Sampai jam 9.00 pagi dan balik selepas Asar. Alhamdulillah, rumah sewa dekat sahaja 10 minit ke UKM. Saya suka ke GSB sebab pergi dan balik boleh ikut pintu belakang. Kalau ikut pintu depan Subhanallah.. bersabar je lah mengadap jalan sesak di bulatan depan masjid. Oleh kerana dalam UKM semua satu hala maka semua warga UKM akan berpusat di bulatan tu. Emm... apa nama bulatan tu yea?

Kalau dah seharian mengadap kerja PhD memang rasa penat. Sama penat rupanya dengan kerja. Balik dah penat jadi nak ada halwa telinga sikit.  Tapi nak dengar apa?

Selalu dalam kereta kalau balik waktu petang pasang Radio IKIM kadang-kadang dapatlah dengan Mauizati dan Islam Agamaku. Tapi oleh kerana perjalanan pendek sangat jadi tidak banyak yang saya dapat dengar.

2 telinga, 1 mulut.

Saya pernah terdengar kata seorang penceramah kenapa Allah jadikan 1 sahaja mulut tapi telinga ada 2. Bolehlah kalau kita nak jawab, mulut terletak kat depan, jadi perlu ada satu sahaja. Berbanding telinga yang diletakkan di sisi kiri dan kanan kita maka perlulah sepasang. Logik jawapan kita tuh.

Tapi kata penceramah itu lagi, Allah jadikan kita satu mulut dan dua telinga supaya kita lebihkan mendengar dari bercakap. Penting rupanya mendengar ni. Jadi, hari ini nak kurangkan sedikit bercakap dan banyakkan sedikit mendengar.

PERTAMA bolehlah saya mulakan dengan ini....

Kena pula dengan tajuk Islam itu Indah, mulut bayangan hati. Aishhh bahaya pula mulut nih.

Saya ada beberapa fail MP3 untuk ceramah di IKIM yang sempat di muat turun boleh klik di  SINI  dan di SINI untuk mendengar lagi.

Apr 1, 2016

Cerita PhD: Kerja bertambah mudah dengan Google Scholar Button

Google Scholar Button boleh dimuat turun di kedai Chrome Web (SINI). Sangat memudahkan kita untuk mahu mencari bahan literatur tanpa perlu salin dan tampal di Google Scholar lagi.

Pertama kali saya pakai memang teruja, highlight pada tajuk atau perkataan yang hendak dicari dan klik sahaja pada butang. Tadaa... kita dapat menjejak artikel idaman.

Ini rupanya butang 'Google Scholar Button'

Pasang sahaja butang (Google Scholar Button) dan semua pencarian kita boleh dipermudahkan. Satu ikon kecil sahaja akan muncul di sebelah atas, kanan sebelah 'settings'. Itulah butangnya.

Carian di Google Scholar juga kadang kala berbaloi kerana terdapat fail PDF yang dilampirkan sekali. Ada juga sesetengah artikel kita boleh perolehi kertas kerja penuh dari Researchgate. Jadi, saya log in Researchgate siap-siap dan bila Google Scholar selesai buat carian, saya terus dapat artikel. Barangsiapa belum ada akaun Researchgate, cepat-cepatlah buat. Boleh request full text dari author, untung-untung dapat berkenalan dengan Profesor hebat.

Ok kawan-kawan macam biasa kalau shopping di Chrome Web Store bolehlah baca-baca dulu 'review', kalau puas hati silakan pasang Google Scholar Button. Tapi saya amat sarankan butang ini dipasang. Highly recommended!!

Selamat mencuba, terima kasih Google.

**************************** KEMASKINI**********************************

Sebenarnya entri ini telah disiapkan tadi, tetapi berlaku 'kecerdikan' yang tiada penjelasan akademik untuknya. Gambar di atas adalah carian saya di Google Scholar, alih-alih saya guna Google Scholar Button pula. Buat apa kan? Padahal sah-sah PDF ada kat situ. Tak berapa signifikan tutorial tadi.

Ok slaid berikutnya mungkin lebih  relevan tentang penggunaan Google Scholar Button ini. Saya membuat carian di SCOPUS dan guna butang istimewa ini tanpa perlu 'view at publisher'. Kalau ada rezeki dapat terus.

Butang yang kecil tapi sangat membantu. Bijak betul.

Sekian.

Mar 25, 2016

Cerita PhD: Cari di Scopus dan Pindah ke Mendeley Macam Bergaya

Hari ini saya saja nak kongsi macam mana hendak cari artikel di Scopus. Biasanya kita cari pakai 'title' tapi elok juga cari guna 'source title' sebab biasanya kita sudah tahu journal mana yang paling relevan dalam kajian kita.

Bergaya ke tidak, sangat subjektif. Tapi entri ini macam gaya pemalas pun ada juga.

1. Tumpuan saya hari ini: Journal of Knowledge Management. Kalau nak semak status journal di ISI Web of Science boleh baca di SINI caranya.

2. Tapi saya gunalah beberapa fungsi di Scopus untuk kecilkan carian seperti 'refine' dan 'subject areas'. Disamping itu, objektif saya hari ini juga adalah untuk mendapatkan artikel yang paling banyak di'cite'. Dengan jumlah 'citation' sebanyak 333 kali maka, tentulah artikel ini penting. Saya ambil keputusan untuk tidak mahu ketinggalan membaca Riege (2005).

3. Selepas saya dah kenalpasti 4 artikel yang paling popular, saya terus pindah ke Mendeley. Kadang-kadang ada banyak gangguan masa cari dan muat turun artikel sekejap nak ke tandas, sekejap bersembang, sekejap pergi makan. Jadi saya pindahkan dulu ke 'reference manager' sebab sekurang-kurangnya saya sudah simpan carian pada hari ini. 

Adakalanya saya tulis di buku nota tapi, masalahnya nanti selepas rehat puas pula tercari-cari mana rujukan tadi. Dan rujukan pun panjang hendak ditulis - nama author, tajuk, nama journal. Senangnya, simpan/notakan dulu di Mendeley. Itulah gaya seorang pemalas yang sebenar. 

Saya tandakan (tick) pada 4 artikel yang saya berminat dan klik pada 'export'. Kita boleh export ke pelbagai 'reference managers' tapi saya pakai Mendeley jadi pilih Mendeley. Kita boleh 'export' dalam bentuk 'text' juga. Selepas itu, ada kotak untuk 'save all' di Mendeley. Senang kan?

 4. Di Mendeley kita pilih "recently added" untuk senang  kenal pasti reference yang kita simpan tadi. Tapi saya tahu saya belum ada artikel penuh dalam bentuk PDF. Oleh kerana itu, kerja muat turun saya akan buat selepas ini.  Kita boleh cari terus artikel tadi di Mendeley atau pergi semula ke Scopus. Saya pilih untuk muat turun di Scopus.

Saya menyertai kursus Dr OT untuk belajar Mendeley. Semua orang tentu tahu tips Dr OT berkenaan dengan 'watched folder' untuk memudahkan kita 'sync'. Jadi, kalau kita 'sync' nanti mesti 'reference' kita ada 2 (berganda). Jadi 'delete' sahaja untuk reference yang tiada PDF. <Langkah ini mungkin salah. Kalau kawan-kawan tahu cara yang lebih efisen untuk kemaskini di Mendeley, boleh tak tunjuk ajar saya?>. 

5. Untuk muat turun di Scopus sila klik 'view at publisher' dan kita akan dibawa ke 'page' baru. 

Perhatikan di bahagian Journal of Knowledge Management ada beberapa pautan lagi di situ. Boleh cuba klik.

Ada banyak cara untuk mencari artikel di pangkalan data. Saya pasti setiap orang ada cara tersendiri dan mungkin cara kawan-kawan lebih baik. Terima kasih saya ucapkan pada Dr OT yang memperkenalkan Mendeley dan memang terbukti ia sangat mudah digunakan.

Mar 23, 2016

Cerita PhD: WOS/WOK dari Pintu UiTM

Semalam selepas kongsikan entri berkenaan Langkah demi langkah ke Web of Science (boleh klik SINI) kawan-kawan sekelas pun teruja hendak mencuba WOS. Tetapi entri itu telah menimbulkan tanda tanya di kalangan kawan-kawan UiTM yang hendak mencuba WOS.

Saya pun silap juga sebab tidak menyatakan bahawa WOS boleh diakses dari laman web perpustakaan masing-masing. Dr Ida Rosnita memberi cadangan berkenaan hal ini dan Kak Asmidar pun tertanya-tanya kenapa beliau tidak boleh masuk. Semalam saya beri ikut pintu UKM jadi, pelajar UKM boleh ikut entri itu.

Hari ini saya bagi tutorial ikut pintu UiTM. Sama sahaja kaedahnya, bagi universiti lain-lain kurang pasti tapi saya yakin setiap perpustakaan universiti awam ada akses ke pangkalan data WOS.

Ok kenapa WOK 'sempang' WOS? Dulu portal ini dikenali sebagai Web of Knowledge (WOK) tapi sekarang ditukar kepada nama baru Web of Science (WOS).

Jom, kita masuk ikut pintu UiTM pula.

PERTAMA; Akses ke portal perpustakaan UiTM <http://www.library.uitm.edu.my/>. Nama perpustakaan UKM adalah Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Perpustakaan UiTM adalah Perpustakaan Tun Abdul Razak atau senang kita sebut PTAR.

Jika kita akses portal PTAR dari luar kampus maka kita perlu login sama seperti portal PTSL. Sila buat seperti berikut;

Jika kurang pasti login sendiri, boleh semak status. TERBAIK

KEDUA: Kita sekarang dibawa ke muka surat baru <http://ezaccess.library.uitm.edu.my/menu> 'database list by format'. 

Ada banyak pangkalan data yang sedia ada, tapi tumpuan kita WOS. Jadi, cari huruf 'w' dan kita akan ke muka seterusnya yang menyenaraikan pangkalan data yang bermula dengan huruf 'w' sahaja. Seperti dalam gambar.

AKHIR: Alhamdulillah kita sudah sampai di WOS/WOK. Sama sahaja seperti Scopus, ScienceDirect dan lain-lain. Gunakan kotak carian dan kecilkan saiz carian kita dengan tetapan yang disediakan.

Ini WOS/WOK diakses dari UiTM

Kawan-kawan, kalau saya ada tersalah beri maklumat di sini mohon maklumkan nanti saya akan perbaiki. Oleh kerana saya ada dua akses (UiTM sebagai staf, UKM sebagai pelajar) Insyallah nanti saya boleh perhatikan sekiranya ada perbezaan dimana-mana.

Sekian terima kasih dan selamat menyelongkar WOS! Cubalah, memang seronok dapat tengok IF, quartile dan ranking journal. 

Mar 20, 2016

Cerita PhD: Langkah demi langkah ke Web of Science

Jom belajar tengok-tengok 'ranking' dan 'quatile' di Web of Science. Penting ke? Ya, sangat penting dalam menstrategikan PhD kita.

PERTAMA: kita kena guna WIFI UKM, maknanya kena berada di dalam UKM. Kalau berada di luar kampus kita perlu log in di portal e-Journal Portal (klik SINI).

KEDUA: Seterusnya kita akan dibawa ke sini. Jika kita skrol senarai panjang "all data sources" kita akan dapati ada pelbagai pangkalan data maklumat yang boleh kita klik. Biasanya kita akan dapat kenalpasti beberapa sumber yang biasa kita gunakan seperti Scopus, Proquest, Journal Citation Reports.

Kali ini kita akan beri tumpuan kepada ISI web of science (WOS).

Seterusnya kita akan di bawa ke sini. Muka depan Web of Science! Cara penggunaan/carian sama sahaja di pangkalan data yang lain. Ada kotak carian, boleh disesuaikan kepada jenis carian seperti 'author', 'publication name', 'DOI' dan lain-lain lagi. Jangan lupa gunala 'time span' dan juga 'more settings' untuk mengecilkan hasil carian kita.

Muka depan Web of Science

Selepas kita maksudkan kata kunci ke dalam kotak carian. Pangkalan data akan berikan keputusan kepada carian tersebut. Tapi apa yang saya suka di WOS kita boleh terus semak status journal berdasarkan artikel yang kita pilih.

Apa pentingnya nak semak status journal ni? PERTAMA, supaya kita tahu sumber rujukan kita dari yang boleh dipercayai. Tapi kalau ada dalam WOS memang boleh dipercayai. KEDUA, ia menambahkan pengetahuan kita tentang apa itu 'impact factor', 'ranking', dan 'quartile'. .

Kita bolehlah mengunakan maklumat ini dalam perbincangan bersama penyelia untuk menyokong hujah kita. Pastinya penyelia merasa kagum kerana kita buat kerja rumah dengan menyemak dahulu status rujukan kita. Ada merit di mata penyelia.

Journal ini boleh mempunyai beberapa kategori seperti Journal of Organizational Behavior ini mencakupi 'business', 'management', dan 'applied psychology'. Dalam setiap kategori 'ranking'nya berbeza dan boleh jadi juga 'quartile' pun berbeza.

Untuk membaca artikel penuh sila klik di 'full text from publisher' tapi tidak semua artikel kita dapat aksess, jadi bacalah 'abtract' sahaja.

Ada banyak butang-butang di WOS yang boleh kita cuba-cuba tekan. Jika kita selalu gunakannya kita boleh manfaatkannnya dengan lebih baik. Lebih kurang samalah dengan pangkalan data yang lain, tapi kemahiran kita menggunakan setiap pangkalan data itu akan memberikan hasil carian berbeza di antara setiap pengguna.

*****

Langkah demi langkah?? Rasa macam ada 2 langkah sahaja.

Belum pandai sangat hendak menyusun kandungan. Tapi, harap dapat dimanfaatkan.

Mar 17, 2016

Cerita PhD: Baucer Buku 1 Malaysia - KALI PERTAMA

Alhamdulillah, kali pertama dalam hidup dapatlah merasa baucer buku. Pelajar GSB UKM dapat RM250, rasanya samalah dengan kawan-kawan pasca siswazah semua.

Perasaan dapat baucer memang seronok betul. Semua orang pun bersungguh-sungguh menceritakan apa buku yang boleh kita beli dengan baucer ini.

Semester ini saya ambil 3 subjek;
- Product Policy and Strategy - Dr Nik
- Business Research - Dr Rasidah
- Qualitative Research - Dr Rosmah

Kelas Dr Rasidah secara amnya menjurus kepada kaedah penyelidikan khusus mengenai kuantitatif. Dr Rasidah mencadangkan kami mendapatkan buku Saunders et al (2016) bertajuk Research Methods for Business Students.

Dalam tempoh 6 bulan di UKM saya belum lagi menjelajah kampus secara keseluruhannya. Bukan kata kampus, Pusanika pun belum sempat dipanjat. Hari ini baru saya dan Kak Su baru sahaja mengetahui wujudnya kedai buku khas untuk pelajar UKM.

Hari sebelumnya saya telah menghubungi En Tan untuk mendapatkan buku ini. Mesej punya mesej dengan En Tan, kata beliau datang terus ke aras tujuh di Pusanika. Tapi tidak sangka hari ini dapat berjumpa dengan En Tan secara bersemuka. Ohh mesra orangnya dan sangat membantu. En Tan turut mencadangkan beberapa buku lagi yang sesuai untuk kami. Hari ini kami dapat membelek-belek buku baru seperti Hair et al (Multivariate analysis) RM98, Sekaran (Research Methodology) RM150 dan ada satu buku yang menarik keluaran Sage Publication, The Literature Review: a step-by step guide for students (RM75).

En Tan yang serba tahu tentang buku-buku untuk pelajar PhD

Buku Saunders et al (2016) berharga RM77. Saya dapat gunakan sekeping baucer RM50 dan tambah dengan tunai RM27 lagi. Seronok betul dapat memiliki buku dengan menggunakan baucer tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaannya. Sekarang kami sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan buku seterusnya. Tunggu kelas Dr Rosmah untuk subjek Qualitative yang mula pada bulan April pula.

Sekarang saya masih ada 4 keping lagi baucer

Bila sudah selesai sembang panjang kami pun membayar buku kami. Kak Su belikan juga untuk Rahimy. En Tan sempat menasihatkan kami agar gunakkan baucer ini untuk membeli buku-buku keperluan pelajaran. Bila kita sudah beli buku jangan lupa baca. Sebelum masuk kelas Dr Rasidah minggu depan Insyallah bolehlah belek-belek dulu buku ini. Ahhh..... bau buku baru sangat best yea.

En Tan boleh dihubungi di nombor yang seperti dicop di situ

Feb 28, 2016

Niat nak buat PhD

Setakat sekarang sudah ada dua tiga orang adik-adik yang tanya macam mana nak mula belajar PhD. Nak mula dengan apa?

Saya jawab mula dengan menulis cadangan penyelidikan.

Research proposal yang kita nak tulis ini bukan seperti proposal semasa pengajian PhD. Tapi cukuplah sekadar untuk menyatakan niat dan minat kita terhadap tajuk yang kita minat.

“Okay… nak tulis apa dalam proposal?” Huhuhu… begitu soalan Izati pada saya.

Saya tulis jawapannya di bawah.

Selepas proposal ditulis, kita boleh mencari bakal penyelia. Pergi sahaja ke laman web mana-mana universiti dan perhatikan latar belakang dan resume pensyarah-pensyarah. Kita akan dapati di universiti mana terdapatnya kepakaran dalam bidang kita dan pensyarah inilah yang kita boleh hubungi.

Biasanya terdapat pensyarah yang akan menyenaraikan senarai penuh kajian dan penulisan yang mereka telah terbitkan. Ada juga yang memberitahu jumlah pelajar yang telah berjaya graduasi dibawah seliaannya. Namun, tidak semua pensyarah yang mempunyai maklumat yang lengkap. Tapi sekurang-kurangnya alamat emel mereka pasti ada tertera di situ.

Alamat emel inilah yang penting, kerana ini bermakna kita boleh menghubungi mereka dan lampirkan proposal yang telah kita sediakan. Tujuannya supaya pensyarah tersebut tahu yang kita benar-benar serius dengan pengajian PhD. Jika emel tersebut hanya disertakan dengan soalan-soalan yang biasanya sahaja, seperti;

1.    Bagaimana hendak menyambung pengajian PhD?
2.    Apa bidang kepakaran Dr?
3.    Bolehkah saya menjadi pelajar Dr?

Sudah tentulah potensi untuk pensyarah membalas adalah tipis kerana soalan-soalan tersebut kita boleh cari sendiri jawapannya di Internet. Ini memberi gambaran seolah-olah kita tidak membuat kerja rumah dan tidak bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian.

Emel yang ditulis juga perlulah unik. Tulis emel yang berbeza kepada pensyarah yang berbeza walaupun isinya dan maksudnya sama. Sekiranya kita mengemel kepada 5 orang pensyarah selalunya Insyallah yang akan ada yang membalas (walaupun sebenarnya saya selalu beranggapan pensyarah ini sibuk dan ada masa ke untuk balas emel dari orang yang tidak dikenali). Saya sendiri terkejut dengan balasan-balasan yang saya terima dari beberapa pensyarah yang pernah saya hanya hubungi melalui emel sahaja. Masyallah mereka sangat positif dan faham situasi kita yang sebenarnya kita masih dalam proses merisik-risik. Jika tiada balasan, kita fikir positif dan ingat tiada apa yang perlu dimalukan sebenarnya.

Okay.. apa yang hendak kita tulis dalam proposal ringkas kita ini? Tulis sahaja dalam 2 hingga 5 muka surat yang mengandungi perkara-perkara berikut;

1.    Nama Penuh
2.    Tajuk Cadangan
3.    Pengenalan / latar belakang
4.    Isu / masalah kajian
5.    Objektif kajian
6.    Kepentingan kajian
7.    Kajian kepustakaan
8.    Metodologi Kajian
9.    Rujukan

Walaupun ini proposal ringkas sahaja, tetapi kita tetap kena buat rujukan dan “citation”. Pastikan rujukan kita terkini untuk menunjukkan ada kepentingan kajian dan kesegeraan untuk mengkaji tajuk ini. Elok jika kita dapat kaitkan dengan isu semasa yang berlaku dalam persekitaran dunia dan Malaysia sekarang. Jangan lupa format rujukan perlulah yang betul dan seragam. Pakai satu format sahaja dan jangan campur-campur. Di situ pensyarah akan nampak usaha kita.  

Tapi ingin saya berpesan kepada Mira, Dayah dan Izati supaya tidak perlu untuk sediakan proposal yang lengkap dan sempurna pun. Semasa kita sediakan proposal ini kita pasti akan tertanya-tanya ada ke tidak isu penting?, relevan ke tajuk kita ni?, ada jurang kajian tak?, macam standad PhD tak proposal ini?. Berhenti fikirkan semua ini.

Soalan-soalan yang berlegar-legar dalam kepala ini akan menyebabkan keyakinan kita menurun. Kalau mahu tunggu ia sempurna sampai masuk pengajian pun tidak akan sempurna. Proposal ini hanya untuk menyatakan niat kita dan tajuk yang kita minati. Akhirnya kita tidak akan emel kepada sesiapa pun dan hanya diperam dalam cakera keras sahaja. Sekurang-kurangnya sekiranya kita emel kepada mana-mana pensyarah mereka akan membaca seimbas lalu. Selalunya disebabkan kepakaran mereka pasti dapat mengenalpasti potensi dalam cadangan kita dan jika bernasib baik akan ada pensyarah yang akan memberi cadangan untuk tambahbaik. Okay.. kat situ kita sudah dapat bonus. Yeayy!!

Lagipun proposal yang kita sediakan itu adalah idea kita sendiri. Jadi, kita kena faham ini adalah tacit knowledge. Biasakan kita kena dengar “Knowledge is Power” jadi jangan sia-siakan cadangan kita itu. Ia pasti ada potensi cuma perlu digilap sedikit demi sedikit. Tapi langkah pertama selepas tulis adalah emel kepada orang-orang yang berkenaan.

Boleh juga emel dahulu kepada rakan-rakan senior dan rakan-rakan kita untuk minta mereka semak dan komen. Kita pilihlah rakan-rakan yang kita selesa. Kalau mereka boleh beri komen itu sudah baik, kalau mereka tidak balas emel kita pun tak apa. Tak rugi pun.

Kepada Mira, Dayah dan Izati selamat berjaya tau…

Luangkan sedikit masa kita, mungkin sejam ke dua jam dalam sehari. Insyallah paling lama pun 2 minggu mesti kita sudah nampak hala tuju kita. Perkara yang ada dalam kepala kita bila sudah berjaya di tulis atau di taip pasti akan memotivasikan kita dan idea akan datang mencurah-curah. Insyallah.

Cabaran dalam menulis sebenarnya memerlukan sedikit kerja berfikir. Saya tidak nafikan nak mulakan berfikir itu sedikit sukar. Tapi poinnya di sini jangan putus asa. Fikir lagi….