Pada 1 Jun 2010 yang lalu telah berlangsung satu program yang direncana khas oleh Biro Khidmat Masyarakat FPP
UiTM Pahang iaitu Program
"Kami Sayang Kamu". Objektif program adalah untuk melaksanakan tanggungjawab korporat warga FPP kepada masyarakat dengan menjemput pelajar dari
Sekolah Kebangsaan Chemomoi Triang Pahang sebagai tetamu khas kami. Aktiviti menarik yang diatur adalah seperti ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan juga lawatan sekitar kampus. Rata-rata rakan pensyarah merasa seronok dapat melayan karenah anak-anak yang bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Malah dikala ada program seumpama inilah kami dapat berjumpa dan bermesra, memandangkan pada musim cuti semester macam-macam kerja penyarah ingin buat seperti aktiviti penyelidikan samada pergi membentangkan kertas kerja di luar atau mungkin juga memerap dalam bilik untuk mencari idea, dan yang paling tidak ingin dilepaskan ialah peluang untuk bercuti.
Sepanjang program berlangsung, pujian harus diberikan kepada En. Azmir dan Puan Siti Aisyah selaku kepala kumpulan yang begitu komited dan bersusah-payah demi memastikan semua berjalan lancar. Walaupun ada satu ketika makanan tidak mencukupi, bila makanan dah ada - pinggan-mangkuk pula tidak ada, tapi semua bersabar dan bertolak-ansur. Semua orang maklum kerana program ini untuk anak-anak SK Chemomoi, maka berlebih-kurang dan bersabar adalah satu pendidikan yang baik untuk semua, "
kitakan tuan rumah" dialog manis dari Pn. Wan Kalthom yang juga ketua biro makanan.
Orang-orang kuat program adalah terdiri daripada En. Faizal (pengacara majlis, fasilitator), Pn. Maisarah dan Pn. Adibah (biro cenderamata), Pn. Aziah , Pn. Hidayatun, Pn. Aisyah & Cik Husna (fasilitator), En. Zahran & Pn. Wan Kalthom (biro makanan), Pn. Chahaya, En. Fadli, En. Azmir & Cik Huda (biro lawatan) dibantu oleh En. Zahid, Pn. Normilia, En. Azeman, En. Elfee, Cik Ilyani, Pn. Faizan, dan Pn. Mawarti. Terima kasih kepada semua dan didoakan agar usaha murni kita akan diberkati oleh Allah. Seperti biasa karangan pada hari ini diakhiri dengan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari kejadian. Selamat berjaya untuk anak-anak dan TERIMA KASIH CIKGU.
sempat mengabadikan kenangan di tangga makmal
wajah kecerian selepas mengikuti lawatan kampus
melihat reriang
cikgu pun nak cuba juga
kenangan terindah di UiTM Pahang
Ingin melihat keseluruhan gambar? Sila klik
disini.