Jan 28, 2011

Aktiviti Kelas: Solving Puzzle Method

Sepanjang minggu ketiga ini saya cuba mengeksperimen kaedah baru dalam P&P. Idea ini saya dapati hasil dari kursus latihan OBE di Shah Alam oleh Pak Abu dan juga pembentangan kertas kerja konsep oleh Puan Hasnizawati dan Puan Rozieana iaitu dikenali sebagai Solving Puzzle Method. Kaedah ini tidak memerlukan sebarang alat permainan malah peralatan yang akan digunakan boleh didapati dari pelajar sendiri. Hampir setiap kelas yang saya tangani dalam minggu ini mengaplikasikan kaedah ini.

Pada peringkat awal saya tidak merancang untuk menggunapakai kaedah ini, namun saya perhatikan setiap kali ada pembentangan kecil pelajar tidak akan memberi tumpuan kerana bersiap sedia untuk turutan mereka. Setelah giliran mereka selesai pelajar lebih gemar membuat hal sendiri kerana merasakan bahagian mereka sudah selesai. Pelajar melihat pembentangan sebagai satu aktiviti untuk pensyarah menilai dan bukannya sebagai sebahagian proses pembelajaran mereka.

Keadah ini memerlukan pelajar membentangkan setiap topik kecil kepada rakan-rakan mereka secara pusingan. Jika dahulu setiap kumpulan membentangkan topik di hadapan semua pelajar namun kali ini mereka perlu menerangkannya berulang-ulang selagi ada pelajar yang belum mendengar pembentangan mereka. Walaubagaimanapun, syarahan utama tetap dilaksanakan oleh pensyarah dan aktiviti ini sesuai dijalankan pada waktu tutorial.

Hasil pemerhatian saya terhadap kesan baik dan buruk keadah ini dan objektifnya diringkaskan seperti berikut;

Objektif;

1. Menjadikan pelajar lebih aktif di dalam kelas dari hanya duduk dan mendengar syarahan guru.
2. Mengubah cara pembelajaran sehala kepada dua hala.
3. Menjadikan guru lebih tenang dalam erti tidak perlu tergopoh-gopoh menghabiskan syarahan kerana terpaksa memberi ketelitian kepada topik kecil.

Kebaikan;

1. Penglibatan pelajar lebih aktif dan memberi lebih tumpuan kerana pembentangan dijalankan dalam kumpulan kecil.
2. Meningkatkan rasa keyakinan diri semasa membentang dan bertanyakan soalan.
3. Delegasi tugas dan memberi kepercayaan kepada pelajar bagi memaham dan menerangkan topik-topik kecil.
4. Menghormati rakan sekelas.
5. Pelajar merasakan proses pembelajaran menyeronokkan kerana lain dari yang lain.

Keburukan;

1. Dominasi pelajar tertentu dan tidak memberi peluang kepada rakan lain untuk terlibat sana dalam pembentangan.
2. Segelintir pelajar melepas tangan dan menyerahkan tugasan membentang kepada rakan lain.
3. Mengambil masa yang panjang.
4. Pelajar tidak selesa kerana terpaksa berdiri dan bergerak.
5. Tumpuan terganggu kerana kelas sedikit bising.

Berikut adalah gambar yang sempat saya rakam menggambarkan aktiviti pelajar di dalam kelas.

MGT 300 BM1114J - Firdaus dengan topik Effectiveness IT Metrics

MGT534 OM2213A - Topik MARS Model - Looking the right candidate in interview session 

ETR300 AS1176A - Syafiq dengan topik Inovasi Produk Tab Mandi Bayi untuk Elak Penyakit-Berjangkit

MGT028 PD0031F - Razzak dengan topik Positive Attitudes and Values "Band in Wheelchairs"

Jan 27, 2011

TINTA PENUNTUT "MASA ITU KEHIDUPAN" - Hasil

Majlis taklimat program mentor-mentee Biro PDCA UiTM Pahang telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun kehadiran pelajar tidak memuaskan kerana terdapat pelajar yang menghadiri kelas terutama kelas bahasa Inggeris dan Mandarin tetapi masih ada yang menunjukkan semangat dan sokongan padu dengan menghadiri majlis ini setelah selesai kelas masing-masing. Mereka yang datang lambat mungkin tidak mendengar amanat yang telah disampaikan dan terlepas agenda penting namun, kehadiran mereka tetap diraikan.

Agenda utama tentunya memperkenalkan mentor-mentor yang terlibat dan menerangkan kepada pelajar baru tentang apa itu Biro PDCA. Pelajar juga ditunjukkan statistik pencapaian mereka dalam peperikasaan yang lepas dan juga program-program lain yang telah dijalankan sepanjang semester. Acara kemuncak tentunya majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan pencapaian akademik yang memberangsangkan. Akhir majlis ditutup dengan bacaan ikrar oleh para pelajar di depan mentor dan semua hadirin makan sambil-sambil mendengar taklimat sulung mentor mereka pada semester ini.

Puan Aziah - Pengerusi Biro PDCA

Menunggu rakan-rakan lain mengambil cenderahati dari Puan Pengerusi.

Senyuman kejayaan yang lebar - TERUSKAN USAHA

Asyikin, Firdaus dan Ridhwan menunjukkan bahasa tubuh yang sama semasa taklimat sedang berlangsung.

Merakam kejayaan bersama mentor  

Bacaan Ikrar; Zaffan dan Azizi bersumpah setia

Jan 23, 2011

TINTA PENUNTUT "MASA ITU KEHIDUPAN"

Program julung kali pada semester ini bagi Biro PDCA direncanakan seperti berikut;

Tarikh: 24 Januari 2010
Lokasi: Dewan Kuliah Al-Farabi
Tema: Masa Itu Kehidupan
Jam: 8.15 mlm
Peserta sasaran: Pelajar program mentor-mentee Biro PDCA

Satu mutiara kata berbunyi "masa itu adalah kehidupan - jika kita mensia-siakan masa, maka kita mensia-siakan kehidupan kita".

Jan 21, 2011

BM1114J is strugle for MGT 300

Currently BM1114j is working hardly to score 10% of assessment by using blog as a medium to experience IT in Business. Please visit and support them - buy their items or just leave a comment, I would appreciate it very much.
Thank you and GOOD LUCK EVERYONE!

http://ladyonbug.blogspot.com/
http://bubblepoplook.blogspot.com/
http://iloveshineeng.blogspot.com/
http://voguemecollection.blogspot.com/
http://wss-wesellstuff.blogspot.com/
http://gemz300.blogspot.com/
http://pumkinpatchs.blogspot.com/
http://youthcommodity.blogspot.com/

LADYONBUG

Setelah 2 minggu terdapat beberapa perubahan, 2 blog tidak lagi wujud dan telah digantikan dengan yang baru seperti berikut;

Kelas PD 003 - MGT 028

Hari ini saya menangani pelajar pra-diploma bagi kursus MGT028. Sesuatu yang mengejutkan bahawa terdapat 3 orang pelajar baru. Seperti biasa kita tidak boleh menjangkakan kedatangan pelajar yang mendaftar beruncit-runcit, namun yang menjadi kesulitan adalah untuk kembali melakukan penerangan kursus kepada mereka. Walaubagaimanapun, kedatangan pelajar baru tetap dialu-alukan.

Kelas hari ini saya membuat simulasi bagi topik "Developing Personal Vision" iaitu permainan ringkas untuk mengakar pelajar agar menetapkan matlamat sebelum melakukan sesuatu. Saya membuat sedikit persediaan untuk permainan tersebut dengan menyediakan kertas markah dan juga bola (yang tidak kelihatan seperti bola yang sebenar).

Jan 10, 2011

Minggu Pertama Kelas Pertama

Saya sangat suka kelas pertama pada minggu pertama di atas 2 sebab.

1. Ramai pelajar masih belum mendaftar - bermakna kelas pertama tidak penuh dan saya berpeluang memberi tugasan alu-aluan kepada pelajar yang baru mendaftar.
2. Ramai pelajar masih belum mendaftar - bermakna kelas akan dijalankan dalam masa yang singkat dan memudahkan proses suai-kenal dan perlantikan wakil kelas kerana tidak ada ramai calon.

Jan 2, 2011

Lesson Plan MGT300

Dear BM1114I & BM1114J

Welcome to class MGT 300. Please review your lesson plan and you are most encouranged to print this important document. Pay attention on our special day especially on TEST.

please click to see full view