Aug 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA + HTML

Minggu terakhir sebelum cuti raya Kelas MGT300 (bm11250, bm114a, bm1114b dan bm1114c) sempat saya akhiri dengan kelas tutorial HTML.

Walaupun sudah dipesan dalam kelas hari Isnin "jangan ponteng kelas" tapi ada juga yang PONTENG. Saya memang tak faham ... sabar je laa!

Ok mari kita ulangkaji pelajaran kita, ingat koding asas untuk HTML?, yang mana semua orang pening-pening dan ada juga yang yang belum apa-apa sudah tersungkur ;-(

Ok... ingat? Bagus.

Sekarang saya nak tunjukkan bagaimana kita boleh masukkan imej grafik yang di muat turun dari internet dengan menggunakan fungsi EDIT HTML pada blog kita.

Saya yakin ramai yang buat entri baru di >new post dan guna >compose dan jarang yang guna >edit HTML.

Sekarang gunakan edit HTML ia akan kelihatan seperti berikut:

Ok sebenarnya senang, lawat photobucket kemudian carilah grafik-grafik yang dikongsikan di sana, ada macam-macam dan pilih sahaja mana berkenan di hati. Apabila kita layang-layangkan tetikus di atas grafik-grafik tersebut, kita akan dapat tengok HTML CODE yang disediakan dan salin sahaja kod itu.

Maka dengan itu, tampal kod tersebut dalam entri kita seperti berikut;

Seperti yang saya ambil ini adalah imej animasi yang disediakan oleh qhairul87 nama failnya kad-raya-2.gif (ingat masa kita masukkan imej kena pastikan betul-betul nama fail tersebut dan msetilah .gif)

Ta.. Daa... inilah hasilnya. Bolehlah cuba untuk grafik-grafik lain pula. Lebih elok imej grafik tersebut yang kita buat sendiri.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan seperjuangan di UiTM terutama di Kampus khazanah Alam, keluarga besar FPP dan keluarga BM111. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang lama dan yang berada di semester sekarang. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan ketidakcekapan dalam menguruskan hal-hal berkaitan kerja dan kelas.

Khas untuk semua pelajar saya ingin nasihatkan janganlah sesekali PONTENG KELAS. Tunjukkan sikap yang betul dan postif terhadap kejayaan. Semua orang yang berjaya bermula dengan KERJA KERAS, datang ke kelas menunjukkan KERJA KERAS kita. Sebagai seorang pelajar tidak seharusnya kita PONTENG KELAS. Saya sangat bimbang sikap seumpama ini akan terbawa-bawa semasa pelajar bekerja kelak. Sebab itulah saya memang pantang orang PONTENG. Dan jaga penampilan kita, kalau di Hari Raya kita pandai bergaya seharusnya ke KELAS lebih BERGAYA dan SEGAK/CANTIK/CUN serta KEMAS.

p/s: saya nak ucapkan terima kasih kepada qhairul87 - Terima kasih banyak-banyak.

Aug 18, 2011

Ujian 2 MGT 300

Perkara: Penempatan
Pelajar: Semua kumpulan BM111 bahagian 4 dan BM112 Bahagian 5
Tarikh: 10 September 2011
Jam: 2.30 pm (2 Jam)

PROGRAM GROUP NO OF STUDENT VENUE Invigilator
BM112 5A (20)
5B (24)
5C (23)
5D (20)
5G (25)
112 DK IBN HAZM Norulhuda Tajuddin
BM112 5F (17)
5P (23)
5M (11)
5N (17)
5K (26)
5H (21)
115 DK AT-TABARI Syaroza Mohamed

Maisarah Ishak
BM112 5E (19)
5I (25)
5O (13)
5L (26)
5J (29)
112 DK AL-FARABI Mohd Faizal Azrul Azwan Muhamed

Mohd Aidil Riduan Bin Awang Kader
BM111 4A (28)
4B (25)
4C (27)
80 DK 1 Musramaini Mustapha

Aug 17, 2011

PERTANDINGAN VIDEO MGT300

Biasa kita dapat tengok peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh pemilik-pemilik blog dengan pelbagai tujuan. Tapi saya hanya ada satu tujuan.... iaitu ingin memastikan pelajar mempraktikkan pelajaran dalam kelas.

Adalah dengan ini diumumkan bahawa Pertandingan Video ini dibuka dengan rasminya.

Perkara: Pertandingan Video
Tema: Hari Raya
Cerita Video: Pesanan Khidmat Masyarakat  (contohnya: jangan merempit, jangan main mercun, jangan minta duit raya, jangan tengok TV dan sebagainya di Hari Raya)
Durasi: 3 minit (boleh juga kalau terlebih sikit)
Peserta: Terbuka kepada pelajar MGT300 (BM1114a, 4b, 4c dan BM1125o sahaja)
Tarikh akhir: 25 Ogos 2011 (dah siap muat naik di blog)

Nak tahu HADIAH apa?

Tempat Pertama = RM 50

Sila muat naik video anda di YouTUBE, dan sediakan satu entri mengenainya di blog masing-masing.

Sila Rujuk Tutorial di I-Learn

Ini adalah kerja kumpulan, pastikan semua ahli bekerja!

Selamat Berpuasa.

Aug 15, 2011

Sila Buat Penilaian untuk Saya

Selalu pensyarah menilai pelajar, kini tiba masanya pelajar menilai pensyarah. Saya perlukan anda semua untuk membuat penilaian terhadap saya di SuFo. Penilaian ini sangat penting untuk perningkatan mutu kerja saya sebagai seorang pensyarah.

Sila buat penilaian untuk saya!
Terima Kasih

Berikut adalah emel yang dihantar oleh Pusat i-Learn UiTM.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk makluman, SuFO bagi semua pelajar (Diploma, Sijil dan ASASI sahaja) telah pun dibuka. Pelajar boleh membuat penilaian pensyarah bermula 16 Ogos 2011 sehingga seminggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Sila pastikan semua pelajar membuat penilaian pensyarah terhadap semua subjek yang diambil. Bagi pensyarah yang terlibat dengan pengajaran secara Team Teaching, sila pastikan anda mengaktifkan sendiri SuFO bagi Team Teaching di dalam Sistem i-Learn dan memaklumkan kepada pelajar-pelajar untuk membuat penilaian tersebut.

SuFO tidak diwajibkan kepada pelajar EPJJ, Kolej-Kolej Bersekutu, INTEC dan pelajar-pelajar Sarjana (by RESEARCH) dan PHD (by RESEARCH).
Disertakan kembali manual SuFO sebagai rujukan.

Manual pelajar >> Klik di sini
Manual Team Teaching >> Klik di sini

*** Bagi pelajar-pelajar kampus UiTM Perak, kampus UiTM Terengganu (Dungun dan Kuala Terengganu) serta kampus UiTM Sarawak (Samarahan dan Mukah), SuFO akan dibuka kepada pelajar dalam masa terdekat. Segala makluman akan diberitahu kelak.

Harap Maklum.

"No SuFO No Result"

Pusat i-Learn (iLeC),
Aras 2, Bengkel Kejuruteraan Awam (Lama),
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
i-learn.uitm.edu.my
Tel : 03-55442609
Fax : 03-55435779

Aug 14, 2011

Penulisan dan Penyelidikan

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah....

Tidak sangka dalam sibuk-sibuk menjalani semester yang sesak sesi Mei-Nov 2011, dapat juga menyiapkan 2 penyelidikan dan 3 penulisan. Walaubagaimanapun kertas kerja penuh masih dalam proses semakan dan belum pasti lagi apa keputusannya.

1. Niat Keusahawanan - 1 kertas siap
2. Technology Accepatance Model + Blog - 2 kertas siap + 1 dalam proses

Harap-harap semuanya berjalan dengan baik. Insyaallah.

Tahniah untuk diri sendiri. BAGUS!

Aug 9, 2011

Selamat Tinggal En. KZ

En. KZ panggilan untuk pensyarah paling senior dalam BM111 atau nama penuhnya En. Kamarudzaman Abdullah. Semalam 9 Ogos 2011 adalah hari terakhir beliau di UiTM Pahang setelah berkhidmat lebih 10 tahun di sini.

Sepanjang mengenali beliau saya menganggap En. KZ sebagai ayah kerana beliau sering memberi tunjuk ajar dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam hal-ehwal mendidik pelajar. Nasihat belaiu dituturkan dengan tegas didengar sangat logik. Masih ingat lagi, ketika saya bertanya kepada beliau tentang topik kewangan dalam subjek Keusahawanan, beliau menerangkan kepada saya dengan jelas seperti mengajar seorang pelajar di dalam kelas.

Semalam buat kali terakhirnya, En KZ menitipkan emel untuk semua Warga UiTM Pahang. Saya ingin memetik nukilan beliau yang saya kira menyentuh perasaan dan dalam masa yang sama memberi kesedaran bagaimana kita harus tahu menghargai dan berterima kasih kepada orang di sekeliling kita.

Saya buat pertama kalinya diberi peluang belajar di Univesiti ini (dulu Instititut) pada tahun 1974 dan diberi beberapa kali lagi peluang masuk belajar semasa berkhidmat di Industri. Akhirnya diterima pula berkhidmat dengan nya. Alangkah bertuahnya!

Akhir kata kepada universiti ini:

`Dimanakah aku tanpa mu? Berat hati untuk meninggalkan mu yang sangat berjasa kepada diri ku. Apakan daya, kudrat ada hadnya, tangan ku longlai nak memelukmu. Ku doakan kesejahteraan mu, semoga kekal abadi, harum berkembang mewangi, dan kepada warganya ku doakan kesejahteraan dan dapat menunaikan amanah dengan baik sekali. Sesungguhnya UiTM dihatiku!’

En. KZ bersama Ajim

Aug 4, 2011

Presentation Graphic Software

Perisian: MS Powerpoint

banyak sangat garisan.. pening pula

cubaan pertama kali

Aug 1, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK datang lagi

Sudah 2 Ramadhan... Alhamdulillah setakat ini keadaan masih baik dan bersemangat sekali memandangkan kelas hari Isnin cuma 3 jam dan Selasa 4 jam. Tidak tahu bagaimana hari Khamis nanti di mana saya ada 6 jam kelas - harap semuanya baik juga.

Saya sangat suka Ramadhan kerana 2 situasi dalam kelas.
1. Jika sebelum Ramadhan gemar sungguh berbual kini mulut terkunci kerana sudah terlelap.
2. Jika sebelum Ramadhan gemar sungguh ke tandas kini kerusi tidak kosong lagi di kala rehat.

Ok esok kita puasa lagi. Ingat tak niat puasa? Saya sertakan di sini takut-takut terlupa.