Aug 14, 2012

Balasungkawa ~Wan~

Ramadhan ke 3 hari Wan dipanggil mengadap Ilahi. Satu berita yang mengejutkan sebab selama ini Wan sihat sahaja. Seperti biasa setiap Selasa, Wan akan ke pasar pagi untuk berniaga. Itu menunjukkan Wan memang sihat. Wan memang seorang peniaga tegar dan sejati, ramai-ramai cucu Wan ada 2 orang sahaja yang minat berniaga setakat ini.

Wan berpuasa pada hari itu, lauk makan sahur masih bersisa di bawah tudung saji. Setiap kali hendak makan Wan mesti ada sambal. Sambal tempoyak pilihan utama. Tempat tidur Wan pun masih segar dengan bantal, selimut yang terlipat kemas dan kelambu yang disingkupkan ke atas seperti biasa. Baju, tudung dan tuala yang dipakai Wan semalam masih tersidai di kerusi.

Sesampai sahaja di rumah Wan selepas memandu selama 2 jam setengah dari Jengka ke kampung. Jenazah Wan sedang dimandikan. Semua anak perempuan Wan memandikan Wan sambil dibantu jiran. Saya hanya duduk dibahagian kaki dan mengalihkan ke kiri ke kanan untuk meratakan air sembahyang. Kemudian dilap. Jenazah Wan diangkat ke ruang tamu dan dikafankan. Sangat cepat.

Masih ingat lagi semasa bersembang-sembang kosong dengan Wan, Arwah selalu cakap yang Wan berdoa satu hari jika dia mati dia tak nak menyusahkan anak-anaknya. Doa Wan dimakbulkan ALLAH. Tambahan Wan meninggal pada bulan Ramadhan.

Begitulah rahsia ALLAH tiada siapa yang mengetahuinya. Pak Cu balik ke kampung untuk bersahur dan berbuka dengan Wan pada 1 Ramadhan. Kami pula bercadang untuk berbuka dengan Wan pada minggu depannya. Tapi tiada rezeki nak jumpa Wan.

Raya kali ini tentunya lain sedikit. Wan sudah tiada tapi rancangan Wan setiap raya mesti bakar lemang dan dodol akan diteruskan oleh ayah-ayah dan emak-emak saudara.

*Pengajarannya sementara kita ada masa untuk menziarahi orang tua janganlah dilengah-lengahkan.

Aug 1, 2012

CCT - INNOVATION PROJECT

Deadline

Full report: 14 Sept 2012

presentation / product innovation (last week): 17 - 21 Sept 2012