Ok kepada kumpulan yang kena buat Board Games on Mahjong Paper ini apa yang saya harapkan.
Saya dah beri topik, jadi sediakan bahan-bahan yang berkenaan dengan topik tersebut.
Tujuan kita buat board games ini adalah untuk:
1. membantu kawan-kawan mengingat topik-topik yang banyak terms.
2. have fun while study.
Tengok gambar-gambar ini untuk faham apa yang awak boleh buat.
Buat macam mind map. Tengah-tengah topik dan kembangkan kepada sub topik. Yang ini awak kena tulis atas kertas mahjong.
Okay untuk isi dalam sub topik tu, sediakan dalam kertas lain supaya kawan-kawan boleh lekatkan pada bahagian yang betul.
Presenter cuma monitor sahaja games tu dan bagi tahu yang mana salah, mana betul. Nampak tak kat atas meja tu, adalah kertas-kertas yang diasingkan mewakili isi kepada sub topik.
Sebab nama dia games, maka mestilah board ni cantik, berwarna-warni (kena spend sikit duit), dan seronok untuk dimainkan. Pandai-pandailah awak fikir.
Kalau ada idea lain pun okay, kalau nak buat garis-garis ke, matching-matching ke apa-apalah asalkan tricky macam games. Yang penting games tu menarik, dan boleh bantu rakan-rakan mengingat.
Sila bawa silotape/ pen marker sendiri.
Selamat mereka games!