Oct 14, 2010

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN

Jemputan Menyertai Kursus Asas Keusahawanan (KAKs) Untuk Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Nor Hidayatun Abdul Razak Wednesday, October 06, 2010 02:56PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, MASMED akan menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan (KAKs) bagi memberikan pendedahan tentang bidang perniagaan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri. Oleh itu, mohon jasa baik semua ketua program dan pensyarah untuk memberi makluman awal kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai kursus tersebut.

Maklumat kursus adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 - 26 November 2010
Tempat : De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang
Masa : 8 pagi - 10.30 malam (setiap hari)

Syarat-syarat penyertaan:
1. Pelajar-pelajar tahun akhir yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri
2. Pelajar-pelajar tahun akhir yang betul-betul berminat untuk menceburi bidang perniagaan selepas tamat pengajian
3. Pelajar-pelajar tahun akhir yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran selepas tamat pengajian dalam masa terdekat

Borang permohonan penyertaan boleh didapati daripada Puan Rosliza Abu Bakar di L1 01 atau Puan Noor Hidayatun Abdul Razak di L2 39. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 November 2010 .

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor berikut:
Puan Rosliza - 09 460 2143 (019 912 4224), Puan Nor Hidayatun - 09 460 2170 (019 391 9487)

Kerjasama dari semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.

b/p: ROSLIZA ABU BAKAR
Pengerusi
MASMED
UiTM Pahang

Oct 13, 2010

KEPUTUSAN UJIAN 2 MGT 321

PERHATIAN - KELAS BMD5GD

Sila semak markah anda.

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

Oct 7, 2010

Bedah Siasat _ The Magical Night of Role Play

Alhamdulillah, The Magical Night of Role Play sudah pun melabuhkan tirainya semalam, namun seperti biasa "rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Dilihat dari sudut positif, bunyi-bunyi tersebut adalah teguran yang membina. Pengalaman adalah GURU kita yang terbaik. Antara biro yang paling lemah semalam adalah seperti berikut;

Multimedia - kurang persediaan dan perancangan, tiada kerjasama antara ahli biro, tidak menerima & memahami maklumat dengan tepat, kurang kesedaran kepada atucara majlis - AJK sendiri sukar menerima arahan & tidak mengambil iktibar walaupun diingatkan beberapa kali - AJK terlalu santai.
Juruacara majlis - kurang persediaan - (mungkin raptai tidak diadakan), kurang maklumat, kelam kabut, penutup yang hambar.
Protokol - aturcara majlis kurang menarik (pembukaan - penutup), atucara tidak jelas kepada AJK lain terutamanya kepada juru acara majlis.

Majlis diadili oleh tiga (3) orang juri yang dijemput khas yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing. Tak sangka pula Azmil dan Suraya adalah pensyarah 'event management' , emmm... maka berdebar-debar jugalah menantikan respon daripada mereka. Secara keseluruhannya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun komen positif tetap diberikan oleh Azmil yang mengatakan majlis ini ringkas, mudah tapi menarik. Zuria dan Suraya juga turut menyampai komen yang positif dengan memberi ransangan supaya memperbaiki kelemahan dalam majlis-majlis lain. Iyalah memandangkan majlis ini pertama kali diadakan maka banyak perkara yang terlepas pandang, sekali lagi kerana kurangnya pengalaman.

Adalah tidak adil untuk hanya membincangkan perihal keburukan, justeru antara biro yang berjaya menyelematkan majlis adalah seperti berikut;

Hadiah - hadiah menarik dan memuaskan dari segi saiz dan nilai RM - (pemenang & cabutan bertuah),
Makanan - Makanan sedia tepat pada waktunya, jumlah mencukupi - tapi jika mahu komen tentang rasa (mungkin perlu ditanya kepada pembekal makanan tersebut),

Berikut adalah senarai penuh pemenang;
tempat pertama: AllBoyz - EVLN Model
tempat kedua: Waka Waka Eh Eh - Power
tempat ketiga: Positive Tune - Johari Window

Tidak ketinggalan cabutan nombor bertuah yang saya kira dapat mengubat hati para pelajar yang tidak terpilih ke peringkat akhir selain menjadikan majlis lebih meriah dan mendebarkan. Majlis semalam mengajar saya sesuatu yang sangat berharga; iaitu sesuatu majlis HARUS mempunyai elemen kemeriahan (audio, suara dan tepukan penonton), klimaks (debaran dan keterujaan) dan penutup yang baik.

JUTAAN TERIMA KASIH  DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM SERTA TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN JUGA AJK.

Oct 6, 2010

THE MAGICAL NITE OF ROLE PLAY

Pertandingan video pendek aplikasi teori-teori Organization Behavior (OB) yang akan melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Fakulti Pengurusan Pejabat. Sebanyak 4 video yang disenarai pendek untuk pertandingan akhir pada malam ini akan diadili oleh Cik Suraya, Cik Zuria dan En Azmil.

Tajuk Program: THE MAGICAL NITE OF ROLE PLAY
Lokasi: Audi 1, UiTM Pahang
Jam: 8.30pm hingga 11.00pm
Kelas: OMB30a, 3ob dan 3oc

Semoga majlis berjalan lancar dan jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus untuk menjayakannya.

Oct 4, 2010

Peperiksaan Akhir Julai - November 2010

Akhirnya senarai penuh penjadualan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh-tarikh ini sangat penting untuk mengetahui tahap kesibukan kita dan merancang bagaimana dapat dibahagi-bahagikan masa. Kesibukan untuk pelajar itu sudah jelas, tapi ramai pelajar lupa bahawa pensyarah juga dihambat kesibukan untuk menyediakan pelbagai persiapan termasuk, markah penilaian berterusan (lagi banyak kursus yang diajar, maknanya lagi banyaklah kerja), menjaga peperiksaan, proses menanda, menghantar laporan, menyediakan kertas kerja, membuat rombakan nota dan lain-lain yang difikirkan sesuai pada masa itu.

Berikut disertakan tarikh-tarikh peperiksaan akhir bagi kursus-kursus tertentu;

ETR 300: 31 Oktober 2010 (9.00am - 12.00pm)
MGT 532: 4 November 2010 (2.15pm - 5.15pm)
MGT 321: 14 November 2010 (9.00am - 12.00pm)
MGT 300: 14 NOvember 2010 (2.15pm - 5.151pm)

Nampaknya saya akan ada masa yang sangat panjang selepas menyelesaikan MGT 532 sebelum berhempas-pulas menyiapkan 2 kertas (MGT 321 & MGT 300) di akhir garisan waktu!

PESANAN kepada pelajar OMB3oa/3ob/3oc, BMD5gd, BMD5ba dan ASD6sa serta pelajar-pelajar seluruh Malaysia.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
SELAMAT BERGRADUASI