Jun 30, 2010

Lecturing in English Course

Date: 21st till 24th June 2010
Venue: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang
Organiser: Akademi Pusat Bahasa UiTM Pahang

Courses attended
1. Malaysian Standard English as Second Language
2. Phonetics and Phonology
3. Error Identification
4. Common Expression
5. Questioning Strategy
6. Non-verbal Communication

Acknowledgement; APB UiTM Pahang, k.norzie, k.farid, k.sue, suzai, fara and others.

Participants: hazrina, k.fizah, k.ummi, akmal, una, fikri, yaya, lalita, k.yati, jue, azie, roslan, mardihah, suraya, sue, roger, ehsan, baini, fazli, ijan, shila, sunshine rockstar and others.

Jun 27, 2010

Kursus ILqam

HandsOn Training
Audio and video editing - photo story and  movie maker
iLab II Ilqam UiTM Shah Alam
8.30am - 5.00pm
Isa Tukimin (presenter)

Jun 2, 2010

Kami Sayang Kamu

Pada 1 Jun 2010 yang lalu telah berlangsung satu program yang direncana khas oleh Biro Khidmat Masyarakat FPP UiTM Pahang iaitu Program "Kami Sayang Kamu". Objektif program adalah untuk melaksanakan tanggungjawab korporat warga FPP kepada masyarakat dengan menjemput pelajar dari Sekolah Kebangsaan Chemomoi Triang Pahang sebagai tetamu khas kami. Aktiviti menarik yang diatur adalah seperti ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan dan juga lawatan sekitar kampus. Rata-rata rakan pensyarah merasa seronok dapat melayan karenah anak-anak yang bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Malah dikala ada program seumpama inilah kami dapat berjumpa dan bermesra, memandangkan pada musim cuti semester macam-macam kerja penyarah ingin buat seperti aktiviti penyelidikan samada pergi membentangkan kertas kerja di luar atau mungkin juga memerap dalam bilik untuk mencari idea, dan yang paling tidak ingin dilepaskan ialah peluang untuk bercuti.

Sepanjang program berlangsung, pujian harus diberikan kepada En. Azmir dan Puan Siti Aisyah selaku kepala kumpulan yang begitu komited dan bersusah-payah demi memastikan semua berjalan lancar. Walaupun ada satu ketika makanan tidak mencukupi, bila makanan dah ada - pinggan-mangkuk pula tidak ada, tapi semua bersabar dan bertolak-ansur. Semua orang maklum kerana program ini untuk anak-anak SK Chemomoi, maka berlebih-kurang dan bersabar adalah satu pendidikan yang baik untuk semua, "kitakan tuan rumah" dialog manis dari Pn. Wan Kalthom yang juga ketua biro makanan.

Orang-orang kuat program adalah terdiri daripada En. Faizal (pengacara majlis, fasilitator), Pn. Maisarah dan Pn. Adibah (biro cenderamata), Pn. Aziah , Pn. Hidayatun, Pn. Aisyah & Cik Husna (fasilitator), En. Zahran & Pn. Wan Kalthom (biro makanan), Pn. Chahaya, En. Fadli, En. Azmir & Cik Huda (biro lawatan) dibantu oleh En. Zahid, Pn. Normilia, En. Azeman, En. Elfee, Cik Ilyani, Pn. Faizan, dan Pn. Mawarti. Terima kasih kepada semua dan didoakan agar usaha murni kita akan diberkati oleh Allah. Seperti biasa karangan pada hari ini diakhiri dengan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari kejadian. Selamat berjaya untuk anak-anak dan TERIMA KASIH CIKGU.

sempat mengabadikan kenangan di tangga makmal

wajah kecerian selepas mengikuti lawatan kampus

melihat reriang

cikgu pun nak cuba juga

kenangan terindah di UiTM Pahang

Ingin melihat keseluruhan gambar? Sila klik disini.

May 25, 2010

Pesta Konvokesyen UiTM

Pagi ini saya mendapat satu panggilan telefon yang tidak saya jangkakan. Melihat pangkal nombor telefon itu, macam biasa tengok! Eemm.. iyalah nombor kawasan Bangi, Selangor. Tapi pelik kalau dulu mungkin biasa orang Bangi telefon, siapa lagi kalau bukan UKM, kadang-kadang pegawai pejabat Pusat Pengajian Siswazah (PPS), pejabat FEP, Kak Sal (pegawai IT) atau mungkin Dr. Norasmah. Tapi bila dengar suara emm... LELAKI, tapi terus saja dia perkenalkan diri "Miss, saya Imam". Oooo.. IMAM, pelajar saya bagi kursus Gelagat Organisasi atau lebih dikenali sebagai OB (organizational behavior) 3 semester yang lepas.

Selepas itu, terus sahaja Imam mengucapkan terima kasih, saya hairan kenapa berterima kasih, dia melanjutkan ayatnya kerana hari ini IMAM akan menghadiri MAJLIS KONVOKESYEN untuk dirinya sendiri! Oohh, fahamlah saya kenapa dia bersusah-payah menghubungi saya. Perasaan saya pastinya gembira, teruja dan sedikit terharu. Gembira di atas kejayaan IMAM, teruja mengingat saat-saat manis konvo dulu dan terharu kerana IMAM masih mengingati gurunya. Sepanjang perbualan sempatlah saya menanyakan waktu sesi konvonya dan pakaian yang akan dipakai, IMAM jawab "baju lama jer Miss".

Tapi sepanjang mengenali IMAM, dia boleh dikategorikan sebagai seorang yang matang berbanding kawan-kawannya yang lain, hubungan baiknya dengan semua pensyarah memang disebut-sebut, sangat menghormati orang lain, selalu tersenyum dan bermanis mulut serta sering menjadi bualan pensyarah juga kerana prestasi akademik. Prestasi pelajarannya tidak berapa baik kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi, tapi satu perkara yang boleh dipuji tentang IMAM dia selalu positif! dan akhirnya IMAM berjaya. Keputusan keseluruhan mungkin tidak berapa baik tapi yang penting kita haruslah berusaha sedaya mungkin. Mungkin hari ini kita berusaha sepenuh hati tapi hasilnya tidak seberapa... SABAR! ALLAH Maha Mengetahui mungkin yang ini bukan yang terbaik untuk kita jadi ALLAH sediakan yang lain, yang lebih istimewa untuk kita. Saya sangat percaya itu.

IMAM dan rakan-rakan seangkatan, tahniah dan beribu TAHNIAH! Selamat Bergraduasi

May 5, 2010

Penilaian Pensyarah Atas Talian

Perhatian kepada pelajar; sila isi borang penilaian pensyarah di Student Feedback Online (SuFO) di portal i-Learn! Maklumbalas semua pelajar adalah sangat penting bagi tujuan perkhidmatan saya. Cuma log masuk ke i-Learn dan pilih kursus yang diselia oleh saya (MGT 321, MGT 300, MGT 532 & ETR 300) kemudian jawablah dengan tenang dan jujur.

Mengaplikasi konsep Johari Window!