Dec 23, 2009

Semester Baru Semangat Baru

Bismillahirahmanirahim

Ini artikel pertama yang ingin dikongsi bersama. Sengaja mengambil masa yang lama untuk mencari-cari idea paling sesuai untuk di"post"kan. Baru sahaja 2 ayat dihabiskan, tatabahasaku amat buruk sekali. Agak-agaknya apakah perkataan yang sinonim dengan "post" dalam Bahasa Melayu?

4 haribulan Januari 2010 akan bermula semester baru bagi seluruh Universiti Teknologi Mara. 2 minggu dari sekarang aku akan menyibukkan diri untuk membuat persediaan bagi pengajaran. Berdasarkan pengalaman selama 2 semester aku memutuskan untuk menilai balik tugasan yang akan diberikan kepada pelajar sebagai markah penilaian berterusan mereka. Bagi subjek IT, aku sudah putuskan bahawa tugasan kumpulan adalah BLOG yang akan membawa nilai 10% daripada keseluruhan 40%.

Ya, oleh itu, sebelum kita menugaskan orang lain untuk mempunyai blog maka diriku ini perlulah terlebih dahulu mempunyainya.

Kepada Pelajar MGT 300 (IT in business), sedikit pesanan ingin diberikan:
Semua maklumat berkenaan kelas, tugasan, markah dan nota akan di"post" (sekali lagi!) di blog ini. Minta kerjasama semua untuk cakna kepada perkembangan blog yang diberi nama __ EDUCATION4LOVE!

Namun begitu, medium kita yang kedua adalah sistem i-learn yang disediakan oleh UiTM.
sila klik --> http://i-learn.uitm.edu.my/

Pekakan diri anda sebelum anda diPekakkan.