Beberapa aktiviti dirangka sebagai pengisian acara ini antaranya, ceramah motivasi, forum kecemerlangan dan juga aktiviti luar secara berkumpulan. Pelajar yang terpilih untuk mengikuti acara ini adalah terdiri daripada pelajar bahagian 5 dan 6 yang mencapai PNGK semasa 2.80 hingga 2.99 yang mana mereka dilihat berpotensi untuk mendapat PNGK sama atau melebihi 3.00 pada semesterakhir kelak.
Antara lain, program ini juga bertujuan untuk membudayakan kualiti di semua peringkat baik kepada pensyarah dan juga pelajar. Kesedaran mengenai kualiti hendaklah dimantapkan dari awal dan ianya adalah tanggungjawab bersama warga FPP UiTM. Semoga program ini akan membawa kebaikan kepada semua terutamanya kepada para pelajar untuk melipatgandakan usaha dalam mencapai matlamat yang lebih gilang-gemilang.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari berkenaan;
antara wajah ceria yang menyertai program
mengimbas zaman kanak-kanak menyelesaikan puzzle
wajah-wajah dalam kenangan semester lepas
madiha (bm111) dan hamidah (bm112)
tekun mendengar ceramah
lokasi: Dewan iLQam (audi 2)