Jul 15, 2010

Kelas Keusahawanan

Hari ini seperti yang dijanjikan kelas keusahawanan bagi pelajar ASD6SA  membuat pembentangan pertama mereka bagi bab Pengenalan kepada Keusahawanan. Alhamdulillah prestasi mereka melebihi jangkaan saya, walaupun terdapat beberapa pelajar yang kelihatan seperti tidak bersedia dengan pembentangan tersebut. Namun, itu isunya berbeza; kemahiran pengucapan awam dikalangan pelajar masih belum dikuasai sepenuhnya, dan mungkin biasa bagi pelajar sains yang jarang didedahkan kepada tugasan pembentangan berbanding pelajar pengurusan yang kerap kali ditugaskan untuk membentang apa sahaja topik yang berkaitan  Terdapat segelintir pelajar yang membaca daripada nota, bahasa badan yang salah, dan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sepanjang pembentangan.
Cara penyusunan isi dalam pembentangan juga harus diberi perhatian kerana susunan isi yang menarik akan dapat menarik perhatian pendengar, daripada pemerhatian saya kekemasan penyusunan perlu ditambahbaik dengan mendahulukan pendahuluan, definisi, latar belakang, sejarah. Seterusnya isi-isi penting hendaklah disusun teratur satu-persatu diikuti dengan contoh-contohnya. Akhiri pembentangan dengan menyimpulkan isi-isi penting kedalam penutup.

Secara dasarnya saya gariskan beberapa perkara seperti berikut;-

Baik
- Isi kandungan padat dan menyeluruh
- Membuat persediaan sebelum pembentangan; contoh-contoh
- Penyertaan aktif dikalangan pendengar 
- Kefahaman terhadap topik yang dibincangkan

Buruk - boleh diperbaiki
- Bahasa lisan (menggunakan Bahasa Melayu, bahasa pasar)
- Bahasa badan (pergerakan mata, tangan, cara berdiri)
- Susunan isi kandungan
- Membaca nota dan paparan bahan

Sekalung tahniah diberikan kepada semua yang bekerja keras menyiapkan tugasan ini yang mengambil masa selama 1 minggu. Usaha-usaha untuk menjadikan kelas ini menarik akan diteruskan selepas ini dengan memberikan tugasan yang mencabar kemampuan pelajar, sekarang saya sedang memikirkan untuk menggunakan i-learn sebagai medium pendidikan di luar kelas.