Aug 12, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

saya suka ramadhan, saya sangat suka ramadhan.
teringat ramadhan di zaman kanak-kanak, di dungun, di bangi, di rumah sewa, di fakulti dan sekarang di pejabat pula.

seperti bulan sebelumnya, tugasan mengajar akan dijalankan sebaik mungkin. apa yang berbeza pada bulan ini, tingkahlaku pelajar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha saya untuk memberikan yang terbaik. baru 20 minit kelas berlangsung muka-muka yang kelayuan dapat dikenalpasti dengan cepat. mujur ada rakan sebelah yang boleh picit-picitkan badan untuk rasa segar semula. lantas bagaimana dengan pensyarah - siapa yang akan picit-picitkan kalau kita rasa mengantuk. isunya sekarang pensyarah tidak akan mengantuk kerana faham dan sedar akan tugasnya untuk mengendalikan kelas tersebut sekurang-kurangnya untuk 1 jam 45 minit. sekarang saya faham mengapa guru-guru saya dahulu tetap bersemangat dalam meneruskan proses mengajar, kadang-kala terdetik di hati "cikgu ni, tak penat ke?"

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca blog ini terutama pelajar kumpulan BMD5BA yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan blog mereka. jangan lupa sekali-sekala jenguk blog saya ini untuk mendapatkan maklumat dengan kursus anda.