Masih ingat lagi di zaman sekolah dulu sempat juga mempelajari subjek khat di sekolah agama pada sebelah petang. Bila tiba subjek khat semua seronok bukan main, lepas itu masing-masing sibuk mengasah pensel yang dileperkan hujungnya. Ustaz akan meminta pelajar menulis sebariS ayat di papan hitam sebanyak 10 kali. Kemudian semua berlumba-lumba ke meja Ustaz untuk disemak. Biasalah kalau dapat 10 markah memang seronok tapi dapat 8 atau 9 markah pun sudah cukup baik. Ustaz pun tak berkira sangat dalam memberi markah kepada kami. Bila dah dapat markah masing-masing menunjuk-nunjuk keputusan dan riuh satu kelas dibuatnya. Oleh kerana pada zaman kanak-kanak dulu saya cuma ingat nak berlumba siapa siap dulu maka hasil tulisan saya tidaklah baik sangat. Maknanya dalam menulis khat ini kita perlulah sabar dan tekun untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Ustaz khat saya sebenarnya sudah meninggal tetapi saya cuba mengingatkan nama beliau sepanjang menulis artikel ini tetapi gagal. Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz yang mengenalkan kami kepada tulisan khat, pengalaman di sekolah agama tidak mungkin dilupakan. Rasanya kalau di minta untuk menulis sekarang tidak tahu bagaimanalah rupanya tulisan khat saya. Sayangkan jika kita tidak diperkenalkan kepada tulisan rumi seperti sekarang, mesti ramai orang kita yang mahir dalam menulis khat kerana ianya sangat berkait rapat dengan tulisan jawi. Agak-agaknya jika saya ingin menyalin semula artikel ini dalam tulisan jawi pun bakal mengambil masa berjam-jam untuk menyiapkannya.
tulisan khat ini saya dapati dari awangpurba blogspot |
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN