Nov 14, 2010

Menjelang Aidil Adha - Kasut Hilang Sebelah

Hari ini memang bersejarah kerana ia membawa pengalaman yang melucukan. Dalam masa kita semua orang sibuk-sibuk menanda kertas peperiksaan akhir, boleh pulak kasut saya hilang. Kalau hilang sepasang mungkin boleh diterima alasan seperti ada orang ambil sebab berkenan dengan kasut yang comel lagi comot itu. Tapi ia hilang sebelah sahaja. Kecohlah jadinya apabila Mek Ja menjadi orang pertama yang menegur "eh adik ngape kasut sebelah aje?". Mula-mula ingat Kak Ja main-main rupa-rupanya betul. Aisyah juga sibuk cari-carikan kasut sebelah lagi, sekali dengan kakak-kakak cleaner semua jadi hairan kemanalah perginya sebelah lagi kasut itu. Kalau ada orang tersepak tak kan jauh benar perginya.

Tapi fikir-fikir balik bagus juga ia hilang, maknanya raya Aidil Adha ini berpeluanglah saya beli kasut baru. Tapi sebenarnya terkilan sangat dengan  kehilangan kasut sebelah sebab ia selesa dipakai dan belum pun sampai 2 bulan lagi ia berkhidmat. Sayang kasut coklatku! 

MENJELANG HARI RAYA AIDIL ADHA

Menjelang tarikh 9 Zulhijah di Arab Saudi, maknanya Abah dan Tuk mungkin sedang bersiap atau mungkin sudah sampai di Arafah untuk menunaikan rukun haji - wukuf di Arafah. Semoga Abah dan Tuk berjaya melaksanakan ibadah haji mereka dengan jayanya. Manakala di Malaysia Emak akan berkorban pada 10 Zulhijah (Rabu), saya pula berkorban menanda kertas peperiksaan. Bagusnya semua orang melakukan perkara yang berfaedah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA