Dec 30, 2010

Analisa Keseluruhan Pencapaian Akademik Pelajar KAB

Sesi JULAI – NOVEMBER
Analisa

1. Jumlah keseluruhan pelajar = 17 (100%)

2. GPA naik dari semester sebelumnya = 13 (76.47%)

3. GPA turun dari semester sebelumnya = 4 (23.52%)

4. Jumlah yang mencapai CGPA > 2.30 = 4 (23.52%)

5. CGPA naik dari semester sebelumnya = 13 (76.47%)

6. CGPA turun dari semester sebelumnya = 4 (23.52%)

MGT 300 - Blog (semester baru Jan/Mei 2011)

slaid sebenar bagi kursus Mgt 300

Kursus MGT300 adalah yang paling mengujakan memandangkan saya boleh mempelbagaikan reka bentuk tugasan kepada pelajar. Ruang yang paling besar adalah bagi tugasan blog. Semester ini saya bercadang supaya pelajar meneroka sendiri sifat kreativiti mereka dengan menggunakan alat-alat elektronik. Mungkin tugasan yang paling mencabar adalah untuk menvideokan tugasan dan memuatnaik ke laman YouTube.

Selamat Mencuba dan Meneroka Keseronakan dalam Proses Pembelajaran.

Semester Baru Akan Bermula - JAN/MEI 2011

Akhirnya cuti semester sudah berakhir semester baru akan bermula seperti biasa. Subjek yang akan saya ajar adalah sama iaitu MGT532 dan MGT300, namun semester ini saya bernasib baik kerana mendapat kursus baru iaitu MGT028. Bermakna saya akan melupakan seketika ETR300 dan MGT321. Secara kasarnya subjek lama atau baru cabarannya tetap ada walaupun berbeza.

SELAMAT BERJAYA UNTUK DIRI SENDIRI

Azam tahun baru 2011

1. Membaca 12 buku baru (satu buku setiap bulan) - mempelbagai bahan bacaan yang tidak tertumpu kepada pengurusan sahaja.
2. Menjalankan 2 penyelidikan (topik; keusahawanan & IT dalam pembelajaran dan perniagaan).
3. Menerbitkan 2 penulisan (1 terbitan dalaman & 1 terbitan luaran).
4. Mengurangkan jam menonton TV dan masa di laman social Facebook (3 jam seminggu).

Azam tahun ini dirangka setelah memikirkannya berkali bagi mengelakkan ianya indah khabar dari rupa, justeru saya cuba untuk menjadikannya realistik dan membolehkan saya mencapainya.

Dec 15, 2010

Membaca Salina

Akhirnya pagi tadi sebelum sarapan saya berjaya tamatkan novel Salina. Secara jujurnya ayat-ayat yang digunakan sangat panjang kadang-kadang timbul rasa bosan dan tidak sabar, tetapi saya teruskan dengan positif kerana ia bersifat menerangkan. Keadaan Kampung Kambing itu dijelaskan dengan baik, saya rasa seperti berada di kampung itu.
Terima kasih kepada A. Samad Said kerana menulis dengan jelas sekali keadaan pada masa itu semasa ia dikarang pada tahun 1961. Pada satu ketika penulis menggambarkan bagaimana seorang calon pilihan raya yang memberi pidato asyik merendah-rendahkan lawannya dan meminta pemilih menyokongnya untuk pelbagai kebajikan yang dijanjikan. Ternyata walaupun zaman telah berubah, tapi senario politik tetap sama.
Salina juga turut menampilkan cetusan supaya membaca dapat menjadikan kita orang yang berilmu walaupun di Kampung Kambing keadaannya sangat daif tetapi Razman, Nahidah dan Hilmy sangat menyukai buku walaupun bukunya sudah buruk-buruk.
33 bab Salina memberikan saya kepuasan selepas lama tidak membaca novel. Walaupun novel bertajuk Salina membawakan Salina sebagai fokus utama, tetapi ada pelbagai watak dan cerita didalamnya dan saya boleh pilih watak mana lebih dominan dan cerita yang dekat kepada saya.

Dec 13, 2010

Salina

Salina adalah tajuk sebuah novel karya Sasterwan Negara A. Samad Said. Kenapa tiba-tiba saya rasa nak baca novel ini adalah kerana terbaca di surat khabar Salina akan dipentaskan di Istana Budaya. Saya juga sempat membuat pencarian di google dan ternyata carian-carian tersebut memberi saya saranan untuk membaca Salina. Semalam saya pinjam Salina dari Perpustakaan Al-Bukhari dan malamnya saya sudah tamatkan bab 14. Saya berharap saya dapat menghabiskan novel itu minggu ini.