Akhirnya pagi tadi sebelum sarapan saya berjaya tamatkan novel Salina. Secara jujurnya ayat-ayat yang digunakan sangat panjang kadang-kadang timbul rasa bosan dan tidak sabar, tetapi saya teruskan dengan positif kerana ia bersifat menerangkan. Keadaan Kampung Kambing itu dijelaskan dengan baik, saya rasa seperti berada di kampung itu.
Terima kasih kepada A. Samad Said kerana menulis dengan jelas sekali keadaan pada masa itu semasa ia dikarang pada tahun 1961. Pada satu ketika penulis menggambarkan bagaimana seorang calon pilihan raya yang memberi pidato asyik merendah-rendahkan lawannya dan meminta pemilih menyokongnya untuk pelbagai kebajikan yang dijanjikan. Ternyata walaupun zaman telah berubah, tapi senario politik tetap sama.
Salina juga turut menampilkan cetusan supaya membaca dapat menjadikan kita orang yang berilmu walaupun di Kampung Kambing keadaannya sangat daif tetapi Razman, Nahidah dan Hilmy sangat menyukai buku walaupun bukunya sudah buruk-buruk.
33 bab Salina memberikan saya kepuasan selepas lama tidak membaca novel. Walaupun novel bertajuk Salina membawakan Salina sebagai fokus utama, tetapi ada pelbagai watak dan cerita didalamnya dan saya boleh pilih watak mana lebih dominan dan cerita yang dekat kepada saya.
Membaca Salina