Feb 23, 2011

MAYS - Kembali Lagi

Salah satu acara wajib Biro PDCA FPP ada porgram Masih Ada yang Sayang. Kali ini kita akan ke Jerantut. Maklumat lanjut sila KLIK di sini.

Butiran program seperti berikut;

Tarikh: 19 Mac 2011
Hari: Sabtu
Lokasi: Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tunas Murni, Jerantut
Peserta sasaran: Pelajar program PDCA - Mentor Mentee FPP (Bahagian 4 sahaja)

Feb 17, 2011

Ada apa dalam bekas pensel?

Ada apa dalam bekas pensel? Jawapannya, ada macam-macam. Berbeza 10 tahun dahulu, kini bekas pensel pelajar ada MP3 berserta earphone, pen drive, stick-on note, kalkulator, broadband, syiling, cermin muka, getah gelang, stepler, kunci, minyak cap kapak, jam, batch/ button, gula-gula, gam, pengorek, sylotape, gunting, pisau dan banyak lagi selain daripada pen, pensel, pemadam dan pembaris yang memang dari dulu biasanya kita juga ada. Jadi bolehlah kita anggarkan berapa besar bekas mereka. Seingat-ingat saya bekas pensel saya dahulu kecil sahaja, sekarang ini pun bekas pensel saya tetap kecil.

Apa kita boleh buat dengan alat-alat dalam bekas pensel? Kita boleh buat LOGO. Kebetulan saya mengajar topik Motivasi bagi kumpulan OM dan PD serta sebagai aktiviti tambahan kepada pelajat MGT. Mari lihat hasil-hasilnya.

Feb 13, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Setelah lama saya mencari baru sekarang saya mendapat. Petikan Khutbah Terakhir Rasullulah ini saya dapati dari http://nabawi.wordpress.com/2007/05/25/khutbah-terakhir-rasulullah-saw/. Terima kasih kepada Ustaz kerana sudi berkongsi satu perkara yang sangat bermanfaat. Bila saya baca khutbah ini rasa sayu di hati, terasa jauhnya dengan Rasulullah namun kasih-sayang Baginda kepada umatnya begitu mendalam. Pelbagai nasihat terkandung di dalamnya dan sekarang kita perlulah sedar DIRI.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Feb 8, 2011

Terkenang Semasa Dahulu

Hari ini tiba-tiba saya teringatkan seorang guru saya semasa belajar di UKM iaitu Dr. June Poon. Semasa di peringkat sarjana pertama kali saya diperkenalkan kepada subjek Organizational Behavior (OB) atau Gelagat Organisasi, dan Dr. adalah guru OB saya. Semasa menghadiri kelas-kelas Dr. June barulah saya sedari bahawa OB sangat menarik, kerana gaya pengajaran Dr. yang tidak membosankan.

Dr. menyuruh pelajar membaca sendiri buku teks, Dr. hanya memberi penerangan ringkas di awal kelas dalam tempoh 15 ke 30 minit pertama. Pada masa itu kaedah ini boleh dijalankan kerana pelajar MBA sudah dewasa dan dianggap matang serta bertanggung-jawab dalam proses pembelajaran masing-masing.

Selepas itu Dr. akan memberikan kami pelbagai aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan teori dan konsep OB yang berkenaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti kajian kes, pembentangan, permainan, tayangan video dan role play. Sejujurnya semasa saya mengajar OB bagi pelajar diploma dan ijazah saya telah banyak menggunakan idea dan pendekatan yang sama dengan Dr. June guna dahulu. Sekarang saya merasakan mengajar OB adalah sangat menarik.

Pada satu ketika, semasa membincangkan topik PEMBELAJARAN (learning), Dr. June memberikan kami satu inventori soal selidik berkaitan dengan gaya pembelajaran seseorang yang diasaskan oleh David A. Kolb. Menurut Kolb ada empat tahap pembelajaran melalui pengalaman iaitu, concrete experience, reflective observation, abstract concetualization dan active experimentation. Saya telah menjawab inventori itu dan hasilnya saya dikategorikan sebagai assimilator. Orang yang mempunyai gaya pembelajaran jenis assimilator ini menggabungkan reflective observation dan abstract concetualization. Saya dikatakan kurang memfokuskan kepada orang sekeliling tetapi sebaliknya lebih berminat kepada idea dan konsep yang abstrak.

Hari ini saya telah membawa inventori yang sama ke dalam kelas untuk dikongsikan kepada pelajar-pelajar OM2213A. Sambil-sambil menunggu mereka menjawab saya tergerak untuk menjawabnya sekali lagi. Saya ingin menguji adalah cara pembelajaran saya telah berubah semasa bergelar pelajar dan setelah bekerja. Hasilnya memeranjatkan kerana gaya pembelajaran saya masih sama. Seterusnya saya dan pelajar melihat carta kerjaya yang berpadanan dengan gaya pembelajaran seseorang dan tanpa disangka saya telah memilih kerjaya yang tepat iaitu sebagai GURU. Saya tidak pernah menyangka bahawa setelah menjawab inventori ini 4 tahun lalu tetapi hasilnya tetap sama, mungkin juga secara kebetulan saya berkerja di lapangan pendidikan.

Namun inventori ini juga memberi saya maklumat tentang apa yang perlu saya perbaiki dan diberi perhatian serius.

strengths: planning, creating models, defining problems, developing theories,
too much: castles in the air, no practical application
not enough: unable to learn from mistakes, no sound basis of work, no systematic approach

Dan untuk membina praktis kemahiran pembelajaran ini, saya perlu; organize information, build conceptual models, test theories and ideas, design eksperimen, analyze quantitative data.

Hari ini saya rasa sangat berbaloi untuk mengenali diri sendiri semula. Dr. June, TERIMA KASIH.

Penempatan Ujian MGT 300

Sila ambil perhatian. SELAMAT BERJAYA. Capaian http://i-learn.uitm.edu.my/main/default-frame.php?