Mar 24, 2011

Bersediakah Kita Menerima Pandangan Orang Lain?

JOHARI WINDOW

Hari ini kelas MGT 028, PD0031F. Oleh kerana saya sudah terlepas pandang satu tugasan individu sebanyak 10%, maka saya membuat keputusan untuk menjalankan simulasi JOHARI WINDOW. Justeru itu, saya memberi peluang kepada semua pelajar untuk berkongsi tentang perkara yang mereka tahu dan tidak tahu. Maknanya, apa yang kita tidak tahu terutama sekali berkenaan pandangan orang terhadap diri sendiri bakal diketahui hari ini. Saya turut ambil bahagian di mana pelajar boleh menulis pandangan mereka terhadap saya dan saya melakukan perkara yang sama. Manakala pelajar pula cuma memberi pandangan kepada rakan sekumpulan.

Jadi, bersediakah saya menerima pandangan pelajar sendiri? Perasaan seperti takut, bimbang dan berdebar-debar memang ada sementara menantikan apakah maklumbalas dari pelajar, setelah saya terlebih dahulu menulis tentang mereka. Semasa saya menulis tentang pelajar, saya sudah tetapkan motifnya adalah untuk memberi peluang mereka memperbaiki diri sendiri. Saya cuba untuk menulis sesuatu yang positif dan dalam masa yang sama menepati sifat-sifat yang negatif yang perlu diperbaiki.

Saya perlu mengambil masa yang agak lama kerana ada 14 orang pelajar, saya tuliskan untuk setiap seorang; Rafiq, Ajak, Alif, Hana, Fiqa, Syuhada, Fahmi, Wan, Mimi, Tasha, Diana, Mia, Amira dan Syazwan. Oh! ia sangat mencabar kerana saya perlu mengingatkan satu-satu perangai mereka dan dalam masa yang sama saya  tidak mahu terlalu jujur dalam ayat-ayat saya. Tapi melihat kepada reaksi pelajar selepas membaca pandangan saya, ada yang merubah reaksinya, ada juga yang seperti tidak mahu menerimanya.

Berikut adalah pandangan pelajar kepada saya, rata-rata menulis;

1. Pensyarah yang sempoi, "easy to get along" - Memang ya agaknya, masuk kelas dengan hanya sebuah beg tanpa jenama.
2. Ada masa bergurau ada masa tegas - Oh ini sudah semestinya waktu kerja memang kena kerjalah.
3. Miss baik sebenarnya walaupun pertama kali jumpa macam garang - This is perception bias - Halo effect!

Mar 21, 2011

Selesai - SHINING SUNDAY OB MOVIE BLOCKBUSTER

Alhamdulillah, Shining Sunday OB Movie Blouckbuster telah melabuhkan tirainya. Namun seperti biasa "rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi", antara soseh-soseh; "kenapa video kami tak terpilih?". Sudah saya terangkan apakah kriteria pemilihan tetapi pelajar masih tidak faham dan seperti tidak dapat menerima video mereka tidak terpilih. Saya sangat berharap apabila mereka membandingkan hasil video mereka dengan kumpulan yang terpilih sebagai peserta akhir mereka akan faham KENAPA ia berlaku.

Maka saya berikan mereka jaminan meskipun tidak terpilih, namun markah mereka tidak kurang sedikitpun untuk penilaian berterusan nanti. Walaubagaimanapun, rata-rata pelajar yang saya tanyakan pendapat mereka mengenai majlis ini semuanya berpuas hati dan seronok. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Faiz, oh tidak sangka pelajar saya sangat berbakat.

Senarai pemenang
tempat pertama - B.O.A Entertainment - Stress Management
tempat ke - 2. Devilicious - Equity Theory
tempat ke - 3. Power Office Girl - Managing Power
tempat ke - 4. Yahoo Group - Stress Management

Belajar melalui pengalaman
1. majlis tiada juri - AJK jemputan tidak membuat peringatan kepada pensyarah berkenaan majlis.
2. juri tidak tahu - jemputan juri hanya melalui panggilan telefon dan tiada penerangan yang tepat mengenainya.
3. susun atur majlis berterabur - AJK protokol perlu lebih peka dalam menyusun aturcara majlis -- mungkin juga kerana juri tidak hadir maka MC panik dan hilang arah.
4. skrip pengacaran adalah lebih baik dari semester lepas kerana bijak mengadun ilmu OB dalam skrip.
5. pakaian pelajar lelaki terlalu ringkas jika dibandingkan dengan pelajar perempuan yang lebih peka kepada tema majlis "Night of Glamorous".

Sekarang saya masih memikirkan adakah perlu majlis seumpama ini dijalankan lagi pada semester hadapan, jika tidak perlu nampaknya saya harus memikirkan idea lain yang lebih kreatif dan mencabar untuk tugasan pelajar. Rasanya tidak sanggup lagi untuk menyiapkan kertas kerja dan hadir ke kampus pada malam hari, nasib baik malam semalam tidak hujan maka saya gagahkan juga memandu di kala jam menunjukkan jam 11.15 malam.

Mar 20, 2011

PERTANDINGAN - BLOG MGT 300

Tugasan: Entri Blog - VIDEO
Tema: Malaysia Tanah Air Ku
Peserta: Pelajar MGT 300 BM114J
Tarikh tutup: 28 Mac 2011
Hadiah: Wang Tunai RM30
Objektif:
1. Menyemai jati diri dalam jiwa pelajar.
2. Menggalakkan kreativiti, semangat bersaing, dan kerja berkumpulan di kalangan pelajar.
3. Mempelbagaikan kemahiran menggunakan teknologi di dalam dan luar bilik kuliah.

Semua pelajar BM114J adalah diWAJIBkan  menyertai pertandingan ini, dengan cara;
1. Rakamkan video pendek
- Bentuk video boleh jadi; dokumentari, iklan, dan sketsa
- Durasi: 3 hingga 5 minit
- Rakamkan apa sahaja mengenai budaya Malaysia seperti , makanan, pakaian, adat, dialek, petua, reka bentuk, seni hiasan dan sebagainya.
- Video tersebut mestilah  dalam BAHASA MELAYU

2. Muat naik videotersebut di YOU TUBE

3. Sediakan satu entri berkenaan video tersebut beserta dengan penerangannya dan post di Blog MGT 300 masing-masing. Entri mestilah dalam BAHASA INGGERIS. (ceritakan pengalaman bersama rakan- rakan semasa proses pembikininan video, objektif dan tujuan video dirakamkan atau ilmu baru yang anda pelajari).

Hanya SATU entri TERBAIK, KREATIF dan berupaya menyampaikan TEMA "Malaysia Tanah Air Ku" dengan sempurna akan dikira sebagai pemenang.
** Keputusan panel penilai adalah muktamad

SELAMAT MEMBUAT TUGASAN

Mar 17, 2011

HUJUNG MINGGU YANG PANJANG

Shining Saturday Movie Blockbuster - sudah ditukar menjadi "Shining SUNDAY" - tapi ada satu frasa yang tertinggal di situ iaitu - OB (organizational behavior)
MAKA, ia sepatutnya ditulis sebagai ---> Shining SUNDAY OB Movie Blockbuster
Namun, Sabtu atau Ahad ia sama sahaja.

Penutup minggu ke-3 bulan MAC ini, saya rasakan amat panjang.

(18/3) JUMAAT - taklimat PNC OBE
(19 & 20/3) SABTU dan AHAD - mesyuarat jadual waktu
(20/3) AHAD (malam) - Shining SUNDAY OB Movie Blockbuster

Kalau beginilah gayanya bila masa saya hendak tanda kertas ujian budak-budak saya. Sudah kerap kali soalan "bila kami boleh dapat kertas ujian?" - saya tidak tahu bagaimana mahu membalas soalan tersebut. Hari ini saya buat keputusan untuk membawa balik semua kertas ujian pelajar untuk ditanda di rumah, harap saya boleh siapkan. MESTI BOLEH!

Makan Malam

program: Makan Malam
penganjur: Business Society (Bhgn 4)
lokasi: DSG
tarikh: 30 Mac 2011
tema: Arabian Night

Mar 7, 2011

Shining Saturday _ SENARAI AJK

Projek: Shining Saturday
Tarikh: 18 Mac 2011
Jam: 8.00 hingga 11.00 malam
Lokasi: Audi 1

Sila ambil perhatian, senua pelajar yang ditugaskan diharap dapat laksanakan tugas dengan baik dan berkerjasama. Berikut adalah senarai tugasan - sila semak.
Adalah diingatkan bahawa kebersihan adalah tanggungjawab semua. Pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri pelajar UiTM. INGAT pakaian melambangkan keperibadian kita!

Mar 6, 2011

UJIAN - ETR 300

Penempatan pelajar bagi Ujian ETR 300 adalah seperti berikut;

Keratan lokasi Ujian ETR 300

Program: Ujian ETR 300
Tarikh: 11 Mac 2011
Hari: Jumaat
Jam: 3.15 hingga 4.15 ptg
Pelajar: AS1176A ------> lokasi anda di Dewan Kuliah 2
Peringatan: Sila datang awal 10 minit sebelum ujian berlangsung, patuhi sahsiah rupadiri pelajar UiTM

KAB - SIRI VI

Program: KUDUP AKAN BERKEMBANG
Tarikh: 26 hingga 27
Peserta: Pelajar Program Mentor-Mentee BHGN 2 & 3 shj

Maklumat lanjut sila lawat blog PDCA FPP --> sila KLIK

Mar 3, 2011

MGT 028 - My Week in School

Tajuk: Learning
Aktiviti: Pembentangan oleh pelajar
Markah: 15%
Tarikh: 4 Mac 2011
Lokasi: I3-05
Jam: 10.00 pg hingga 12.00 tgh
Pelajar: PD003 1F

Idea projek pembentangan kali ini saya dapati dari surat khabar Berita Harian - sisipan Fokus PMR. Jadual "My Week in School" disediakan oleh seorang kolumnis yang saya kira seorang guru Bahasa Inggeris. Malang sekali saya terlupa nama kolumnis tersebut, saya cuma ingat pangkal namanya adalah NYONYA. Walaubagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada Cikgu Nyonya kerana menyediakan satu borang yang sangat bermanfaat kerana ia mengajar pelajar untuk menyusun idea pembentangan mereka.

Oleh kerana saya mengambil sedikit masa sebelum memulakan kelas untuk membincangkan bagaimana cara pembentangan itu seharusnya berlaku,  maka separuh sahaja pelajar yang berjaya menghabiskan pembentangan mereka pada hari ini. Walaubagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan hasil pembentangan pelajar yang cuba melakukan sebaik mungkin menyampai dan berkongsi banyak perkara berkenaan; idea, pengalaman, lukisan, perasaan dan pemikiran mereka sepanjang minggu  berada di kampus.

Bagi memastikan pelajar mampu menyiapkan tugasan ini, pada hari Selasa (1 Mac 2011) yang lepas, saya telah memaksa pelajar pergi ke Perpustakan Al-Bukhari untuk meminjam buku. Setiap pelajar dikehendaki memilih dan meminjam buku untuk dikongsikan di dalam kelas. Oohh... rupa-rupanya hampir kesemua mereka mengatakan ini adalah pengalaman pertama meminjam buku di Al-Bukhari, selain pertama kali juga meminjam buku Bahasa Inggeris. Jadi, jangan cerita perihal kali pertama baca buku Bahasa Inggeris.

Isi penting yang dibincangkan;
1. Three things I learned this week.
2. This week I read ...
3. The most fun I had this week.
4. What I am most proud this week.
5. A drawing of something amazing I did this week.

 Saya ingin kongsikan borang tersebut.

Shining Saturday Movie Blockbuster

ALHAMDULILLAH.... akhirnya kertas kerja Projek Kelas MGT 534. Walaupun belanjawan dipotong tapi saya rasa sangat bersyukur kerana dapat juga meluangkan masa dengan pelajar dan memberi pendedahan OB yang sebenar di luar bilik darjah.

Butiran lanjut seperti berikut;

Projek: Shining Saturday Movie Blockbuster
Tarikh: 12 Mac 2011
Lokasi: Auditorium 1, UiTM Pahang
Jumlah peserta: 55 pelajar (OM 221 3A / 3B)
Kelulusan: RM660.00

Peringatan kepada pelajar untuk menepati siasah rupa diri pelajar dan ahli jawatankuasa perlu menyediakan laporan aktiviti bergambar serta tuntutan bayaran hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 14 hari selepas program tamat.