Mar 24, 2011

Bersediakah Kita Menerima Pandangan Orang Lain?

JOHARI WINDOW

Hari ini kelas MGT 028, PD0031F. Oleh kerana saya sudah terlepas pandang satu tugasan individu sebanyak 10%, maka saya membuat keputusan untuk menjalankan simulasi JOHARI WINDOW. Justeru itu, saya memberi peluang kepada semua pelajar untuk berkongsi tentang perkara yang mereka tahu dan tidak tahu. Maknanya, apa yang kita tidak tahu terutama sekali berkenaan pandangan orang terhadap diri sendiri bakal diketahui hari ini. Saya turut ambil bahagian di mana pelajar boleh menulis pandangan mereka terhadap saya dan saya melakukan perkara yang sama. Manakala pelajar pula cuma memberi pandangan kepada rakan sekumpulan.

Jadi, bersediakah saya menerima pandangan pelajar sendiri? Perasaan seperti takut, bimbang dan berdebar-debar memang ada sementara menantikan apakah maklumbalas dari pelajar, setelah saya terlebih dahulu menulis tentang mereka. Semasa saya menulis tentang pelajar, saya sudah tetapkan motifnya adalah untuk memberi peluang mereka memperbaiki diri sendiri. Saya cuba untuk menulis sesuatu yang positif dan dalam masa yang sama menepati sifat-sifat yang negatif yang perlu diperbaiki.

Saya perlu mengambil masa yang agak lama kerana ada 14 orang pelajar, saya tuliskan untuk setiap seorang; Rafiq, Ajak, Alif, Hana, Fiqa, Syuhada, Fahmi, Wan, Mimi, Tasha, Diana, Mia, Amira dan Syazwan. Oh! ia sangat mencabar kerana saya perlu mengingatkan satu-satu perangai mereka dan dalam masa yang sama saya  tidak mahu terlalu jujur dalam ayat-ayat saya. Tapi melihat kepada reaksi pelajar selepas membaca pandangan saya, ada yang merubah reaksinya, ada juga yang seperti tidak mahu menerimanya.

Berikut adalah pandangan pelajar kepada saya, rata-rata menulis;

1. Pensyarah yang sempoi, "easy to get along" - Memang ya agaknya, masuk kelas dengan hanya sebuah beg tanpa jenama.
2. Ada masa bergurau ada masa tegas - Oh ini sudah semestinya waktu kerja memang kena kerjalah.
3. Miss baik sebenarnya walaupun pertama kali jumpa macam garang - This is perception bias - Halo effect!