May 27, 2011

Bertemu dan Berpisah

Acara: Majlis Perpisahan
Tarikh: 26 Mei 2011
Tempat: Hotel Sri Malaysia, Temerloh
Menu: macam-macam dan sangat sedap

SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA

En. KZ, Shahira, Hamiza dan Kak Chahaya yang diraikan

Mengapa PERPISAHAN berlaku?
Syahira - menyambung pelajaran ke UKM
Hamiza - mendapat peluang yang lebih baik di UKM
En. KZ - kontrak tamat pada Ogos 2011
Kak Chahaya - bertukar ke Kampus Dungun

May 19, 2011

Menulis Skrip Kehidupan

            Hari Selasa yang lepas saya secara tidak sengaja menonton Hello on Two, rancangan pagi di TV2 dan tetamu hari ini adalah Prof. Dr. Muhaya. Tapi saya sedikit terlewat kerana ia sudah bermula. Panjang lebar jawapan Prof. setelah mendapat soalan yang tidak kurang panjangnya dari Anne (pengacara pada pagi itu). Intipati perbahasan Prof. lebih kurang sama dengan apa yang disembangkan dalam slot Radio IKIM; iaitu mengenai perancangan hidup kita dan mengapa penting untuk kita menulis skrip kehidupan kita.

Walaupun hidup kita ini ditentukan oleh qadak dan qadar ALLAS SWT tetapi kita perlu merancang. Kata Prof. lagi, kita boleh memilih untuk DEFAULT atau DESIGN. Maka sudah tentulah DESIGN lebih baik kerana itu maknanya kita merancang.

Setiap rancangan perlulah di tulis. Prof. melontarkan persoalan "berapa ramai daripada kita yang telah menulis pada malam sebelumnya apa yang akan dibuat pada esok hari?" Seusai Prof. menghabiskan ayat tersebut, saya pun berfikir apa saya buat semalam sebelum tidur "ada ke tidak saya merancang" - masih terfikir-fikir lagi.

Prof. Dr. Muhaya
Prof. juga menasihatkan supaya setiap rancangan perlulah ditulis, kerana dengan menulis kita akan berfikir dan berfikir melahirkan imaginasi dengan imaginasi akan mencetuskan emosi/ perasaan. Ooh dan kata beliau emosi/ perasaan sangat penting. Cetuskan perasaan dan emosi yang positif. Kalau kita hantar rasa sayang kepada orang lain, rasa sayang juga yang akan kita dapat dan begitulah sebalik. Betul kata Prof. dan saya sangat setuju, kalau satu hari diri kita penuh dengan perasaan negatif memang sah-sahlah keseluruhan hari kita akan menjadi mimpi ngeri. Bukan kata hendak minta pertolongan orang, hendak tengok orang senyum pada kita pun memang tak berjumpa.

Dalam tempoh lebih kurang 10 minit, pelbagai perkara yang dinyatakan oleh Prof. Muhaya. Sehingga saya tidak dapat mengingati semuanya sekali (hendak berlari mengambil pen pun rasa sayang - takut banyak tertinggal). Tapi saya kira saya dapat banyak ilmu hari itu. Tips Prof. Dr. Muhaya untuk kita merasai skrip kehidupan kita adalah seperti berikut.

1. Tulis setiap rancangan kita. Seperti contoh 10 matlamat hidup kita yang utama.
2. Laminate dan simpan dalam poket atau beg dan baca setiap hari.
3. Kawal emosi kita, penuhkan diri dengan emosi yang positif.

May 18, 2011

Berbengkel Lagi

Sekarang waktu cuti semester, waktu di saat inilah para pensyarah dapat mencutikan diri, memang ramai yang bercuti sehingga amat lenggang di kampus. Waktu cuti juga digunakan sebaik mungkin untuk menjalankan aktiviti yang sememangnya diperuntukkan semasa cuti seperti;

1. Membuat kertas cadangan penyelidikan.
2. Memasukkan data dan menyediakan soal selidik baru.
3. Menghadiri kursus latihan dan bengkel
4. Pergi ke perpustakaan mencari buku.
5. Membaca literatur.
6. Menulis.. menulis.. menulis

Pada 11 Mei 2011 yang lepas BM111 sempat menganjurkan satu bengkel OBE untuk semua pensyarah samada yang mengajar kursus OBE mahupun tidak. Jutaan terima kasih kepada Cik Asmidar dan CiK Mariathy kerana sudi membantu kami dalam bengkel ini. Secara keseluruhannya program ini berjaya, kerana akhirnya pensyarah MGT 162 berjaya menyiapkan laporan analisa CDL mereka.

Seperti biasa saya akan merakamkan gambar sekitar majlis buat kenang-kenangan.

Cenderahati dari KP Rozieana kepada Cik Mariathy

Terima kasih kepada AJK makanan kerana menyediakan makanan yang sedap.

Inilah AJK makanan, kalau bab-bab makan memang boleh diharap kepada Zaid.

May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

Guru merujuk kepada insan yang biasanya kita panggil "CIKGU". 16 Mei adalah hari sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia. Oleh kerana, setiap tahun kita menyambut hari guru di sekolah, maka tanpa saya sedari lagu Guru Malaysia sudah dihafal di mulut.

Lagu "Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sempena hari guru kali ini saya jejaki sebuah karya agung Usman Awang yang berkaitan dengan CIKGU.

Sajak "Guru Oh Guru"
USMAN AWANG
1979

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Lagu dan sajak di atas saya dapatkan dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sudah lama rasanya tak sebut ayat ini. "TERIMA KASIH CIKGU"

May 10, 2011

Serangan Siber - Laman Rasmi UiTM Pahang

Hari ini saya masuk ke pejabat lebih awal dari biasa, jam menunjukkan jam 7.40 pagi. Perkara pertama yang mesti saya buat adalah membaca emel kerja. Semasa saya cuba masuk ke laman web pahang, alangkah terkejutnya apabila laman web kami telah digodam. Berikut adalah paparan yang tertera di muka depan laman web http://www.pahang.uitm.edu.my/

Walaubagaimanapun, peristiwa ini pasti akan ada hikmah. Paling utama kita akan BELAJAR sesuatu daripada insiden ini. Bagus juga ya kerana ia boleh saya jadikan sebagai bahan pengajaran kursus MGT300 kelak.