May 19, 2011

Menulis Skrip Kehidupan

            Hari Selasa yang lepas saya secara tidak sengaja menonton Hello on Two, rancangan pagi di TV2 dan tetamu hari ini adalah Prof. Dr. Muhaya. Tapi saya sedikit terlewat kerana ia sudah bermula. Panjang lebar jawapan Prof. setelah mendapat soalan yang tidak kurang panjangnya dari Anne (pengacara pada pagi itu). Intipati perbahasan Prof. lebih kurang sama dengan apa yang disembangkan dalam slot Radio IKIM; iaitu mengenai perancangan hidup kita dan mengapa penting untuk kita menulis skrip kehidupan kita.

Walaupun hidup kita ini ditentukan oleh qadak dan qadar ALLAS SWT tetapi kita perlu merancang. Kata Prof. lagi, kita boleh memilih untuk DEFAULT atau DESIGN. Maka sudah tentulah DESIGN lebih baik kerana itu maknanya kita merancang.

Setiap rancangan perlulah di tulis. Prof. melontarkan persoalan "berapa ramai daripada kita yang telah menulis pada malam sebelumnya apa yang akan dibuat pada esok hari?" Seusai Prof. menghabiskan ayat tersebut, saya pun berfikir apa saya buat semalam sebelum tidur "ada ke tidak saya merancang" - masih terfikir-fikir lagi.

Prof. Dr. Muhaya
Prof. juga menasihatkan supaya setiap rancangan perlulah ditulis, kerana dengan menulis kita akan berfikir dan berfikir melahirkan imaginasi dengan imaginasi akan mencetuskan emosi/ perasaan. Ooh dan kata beliau emosi/ perasaan sangat penting. Cetuskan perasaan dan emosi yang positif. Kalau kita hantar rasa sayang kepada orang lain, rasa sayang juga yang akan kita dapat dan begitulah sebalik. Betul kata Prof. dan saya sangat setuju, kalau satu hari diri kita penuh dengan perasaan negatif memang sah-sahlah keseluruhan hari kita akan menjadi mimpi ngeri. Bukan kata hendak minta pertolongan orang, hendak tengok orang senyum pada kita pun memang tak berjumpa.

Dalam tempoh lebih kurang 10 minit, pelbagai perkara yang dinyatakan oleh Prof. Muhaya. Sehingga saya tidak dapat mengingati semuanya sekali (hendak berlari mengambil pen pun rasa sayang - takut banyak tertinggal). Tapi saya kira saya dapat banyak ilmu hari itu. Tips Prof. Dr. Muhaya untuk kita merasai skrip kehidupan kita adalah seperti berikut.

1. Tulis setiap rancangan kita. Seperti contoh 10 matlamat hidup kita yang utama.
2. Laminate dan simpan dalam poket atau beg dan baca setiap hari.
3. Kawal emosi kita, penuhkan diri dengan emosi yang positif.