Jun 27, 2011

Ujian 1 - MGT 300

Perkara: Ujian 1 MGT300
Bab: Bab 1 hingga 6
Kumpulan: BM111 dan BM 112
Kursus: MGT300

1. Pelajar BM111
Tarikh ujian adalah pada 9 Julai 2011 jam 8.30 malam, hari SABTU. Lokasi: DK1 dan DK 2.

2. Pelajar BM112
Tarikh ujian adalah pada 9 Julai 2011 jam 9.00 pagi, hari SABTU. Lokasi: DK AL FARABI, IBNU HAZM DAN AL TABARI.

p/s: sila patuhi sahsiah rupa diri mahasiswa UiTM.

Jun 22, 2011

Pembentangan Individu

Kursus: MGT 028
Kelas: PD002 1F dan 1E

Hampir kesemua pelajar telah membuat pembentangan mereka secara individu. Secara keseluruhannya, kemahiran pembentangan pelajar masih lemah. Paling ketara ramai pelajar membaca skrip pembentangan mereka. Menjadikan pembentangan tidak menarik kerana tiada interaksi mata dan suara mereka tidak kedengaran. Namun, ada juga yang menunjukkan kesungguhan dengan menghafal skrip pembentangan namun, mata mereka memandang ke siling atau ke jendela demi mengingatkan baris-baris pembentangan.

Positif! dalam usia 18 tahun dan mungkin ini kali pertama mereka menyampaikan pembentangan dalam bahasa Inggeris, saya kira ia satu langkah yang berani bagi semua pelajar.

Tapi yang paling menarik perhatian saya, rata-rata pelajar menyatakan kelemahan diri mereka sebagai seorang yang amat sensitif, mudah tersentuh dan mudah menangis. Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan sama sahaja. Kelas-kelas yang akan datang saya akan tumpukan bagaimana hendak mengurangkan dan menangani emosi mereka. Supaya selepas ini mereka tidak perlu lagi mudah terasa dan emosional.

Jun 14, 2011

Kuasa Pembeli LAWAN Kuasa Pengeluar

Jualan manual IT – kuasa pembeli adalah RENDAH manakala kuasa pengeluar adalah TINGGI.

Kuasa pembeli menjadi rendah apabila ada sedikit sahaja pilihan berada di pasaran. Namun, kuasa pembeli akan menjadi tinggi apabila terdapat banyak pilihan di pasaran.

Kuasa pengeluar menjadi tinggi apabila terdapat sikit pilihan yang boleh dibuat oleh pembeli. Namun, kuasa pengeluar akan menjadi rendah apabila ada banyak pilihan yang dimiliki oleh pembeli.

Model yang paling popular digunakan untuk menganalisis persekitaran sesuatu industri adalah Michael Porter 5 Forces Model.

Jun 9, 2011

Dua Minggu Telah Berlalu

Sudah hampir tamat minggu ke 2 dalam bulan Jun. Namun, saya masih belum sempat membuat aktiviti bagi matlamat bulan ini.

Matlamat bulan JUN. Mesti SIAP!
1. Abstrak KONAKA - berakhir pada 30 Jun 2011.
2. Kertas kerja "Niat Keusahawanan" - soal selidik, kajian perpustakaan, dan menulis artikel.
3. Kertas kerja "Blog dalam Pendidikan" - pengukuran dan soal selidik.

Aktivti kelas
1. Minggu ke 4 - pembentangan individu MGT 028.

Jun 6, 2011

Kelas Pertama

Kelas pertama minggu pertama biasanya memang ramai yang tidak hadir ke kelas. Kadang-kadang terfikir juga nampak seperti kita pula yang mendaftar semester baru ini. Mengapa pelajar tidak suka datang ke kelas di awal minggu? Namun, kuliah telah berlangsung. Jika pelajar tidak hadir untuk kuliah pertama, maka merekalah yang kerugian.