Jun 22, 2011

Pembentangan Individu

Kursus: MGT 028
Kelas: PD002 1F dan 1E

Hampir kesemua pelajar telah membuat pembentangan mereka secara individu. Secara keseluruhannya, kemahiran pembentangan pelajar masih lemah. Paling ketara ramai pelajar membaca skrip pembentangan mereka. Menjadikan pembentangan tidak menarik kerana tiada interaksi mata dan suara mereka tidak kedengaran. Namun, ada juga yang menunjukkan kesungguhan dengan menghafal skrip pembentangan namun, mata mereka memandang ke siling atau ke jendela demi mengingatkan baris-baris pembentangan.

Positif! dalam usia 18 tahun dan mungkin ini kali pertama mereka menyampaikan pembentangan dalam bahasa Inggeris, saya kira ia satu langkah yang berani bagi semua pelajar.

Tapi yang paling menarik perhatian saya, rata-rata pelajar menyatakan kelemahan diri mereka sebagai seorang yang amat sensitif, mudah tersentuh dan mudah menangis. Tidak kira pelajar lelaki mahupun perempuan sama sahaja. Kelas-kelas yang akan datang saya akan tumpukan bagaimana hendak mengurangkan dan menangani emosi mereka. Supaya selepas ini mereka tidak perlu lagi mudah terasa dan emosional.