Nov 3, 2011

Hari Raya Korban Pastinya Sama MERIAH

Mengapa ada orang kata Hari Raya Korban tidak meriah? Dari pemerhatian saya ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku antaranya:

1. Pengaruh media yang membesarkan hari-hari perayaan lain dan memperkecilkan kepentingan Hari Raya Korban.
2. Media telah memberi persepsi yang salah kepada masyarakat tentang bagaimana seharusnya sambutan Hari Raya diraikan sebagai umat Islam. Hari Raya adalah untuk bersuka ria dan itu membawa maksud hiburan. (Jarang pula kita dengar lagu raya diputarkan semasa Aidil Adha)
3. Persepsi masyarakat bahawa Hari Raya Korban hanya untuk orang yang menjalani ibadah Haji di Tanah Suci Kota Mekah dan mereka yang menjalankan ibadah korban itu sendiri.
4. Cuti Hari Raya Korban lebih pendek, justeru ia tidak meriah.
5. Terlalu banyak wang yang telah dihabiskan pada bulan Ramadhan dan Syawal yang lalu, maka Hari Raya Korban kita belanja biasa-biasa sahaja. (tapi.. perlu duit ke kalau ndak rasa meriah?)
6. Kurang penghayatan kepada ibadah korban itu sendiri. Oleh kerana tidak ramai orang miskin di kawasan kita yang memerlukan daging, maka orang yang dapat daging tidak merasa apa-apa dan biasanya kita akan dapat banyak sangat daging korban sampai tidak terhabis makan.

Bagaimanakah seharusnya Hari Raya Korban dirai dengan rasa meriah?

1. Pergi ke masjid untuk sembahyang sunat Aidil Adha. (Bangun pagi-pagi, mandi sunat dan katakan hari ini adalah Hari RAYA!)
2. Kembali ke masjid/ balai raya untuk bergotong-royong menguruskan lembu-lembu yang akan dikorbankan.
3. Berkumpul dengan ahli keluarga, luangkan masa pulang ke kampung menjenguk ibubapa walaupun cuti pendek.
4. Banyakkan bertakbir memuji kebesaran ALLAH s.w.t. (Pasang MP3 takbir di rumah, di dapur, dan di dalam kereta)
5. Jangan buang masa tengok TV. Masa yang ada lebih baik kita gunakan untuk bersembang dengan adik beradik dan ibubapa tentang perkara-perkara yang baik.
6. Amalkan ziarah. Ini adalah masa yang baik untuk menziarahi Cikgu sekolah rendah/ tadika kita sebab ada antara mereka yang tidak pulang ke kampung kerana cuti terlalu pendek. (Maknanya bagus juga cuti pendek nih...)
7. Refleksi diri. Baca bismillah sebelum makan daging korban dan hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
8. Betulkan persepsi kita bahawa Aidil Adha adalah sangat MERIAH dan harus diraikan.

Perkara-perkara 1 hingga 8 kecuali No. 3 semuanya tidak memerlukan DUIT. Tapi kalau guna duit pun, saya pasti jumlahnya sangat kecil.

Tahun lepas kami beraya tanpa Abah, tahun ini pula kami beraya tanpa Emak. Kenapa? Sebab tahun lepas Abah pergi menunaikan Haji seorang diri dan tahun ini Emak pula dijemput ALLAH s.w.t menjadi tetamuNya di Kota Mekah. Sudah ditakdirkan tidak berpasangan di tanah suci. Walaupun tidak dinafikan ketiadaan Emak memang kami semua rasa sunyi sedikit. Tapi saya sangat yakin Hari Raya Aidil Adha kali ini tetap MERIAH seperti biasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
& MAAF ZAHIR BATIN