Pada minggu ini dikhabarkan satu kematian seorang pensyarah di Fakulti Pergigian Shah Alam pada 18 Julai, beberapa hari sebelum Ramadhan. Saya tidak mengenali arwah secara peribadi tetapi melihat kepada maklumat yang diberikan arwah masih muda. Tapi begitulah rahsia Allah, tiada siapa yang mengetahuinya. Maka seharusnya kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang yang soleh
Setuju benar... |
Seharusnya Ramadhan tidaklah menghadkan kegiatan seharian kita untuk menjadi cergas secergas di bulan-bulan yang lain. Namun, ujian datang dari pelbagai sudut.
Contoh: sudut pelajar - rayuan untuk pulang awal kerana bimbang lauk di bazar habis.
Sudut-sudut yang lain tidak perlu diceritakan dengan lanjut. Ok Huda bersemangat seperti biasa, jadikan Ramadhan kali seperti yang TERAKHIR dan lakukan yang TEBAIK!
Selamat berpuasa semua.