Dec 13, 2010
Salina
Salina adalah tajuk sebuah novel karya Sasterwan Negara A. Samad Said. Kenapa tiba-tiba saya rasa nak baca novel ini adalah kerana terbaca di surat khabar Salina akan dipentaskan di Istana Budaya. Saya juga sempat membuat pencarian di google dan ternyata carian-carian tersebut memberi saya saranan untuk membaca Salina. Semalam saya pinjam Salina dari Perpustakaan Al-Bukhari dan malamnya saya sudah tamatkan bab 14. Saya berharap saya dapat menghabiskan novel itu minggu ini.
Nov 23, 2010
KAKS KE-5
Akhirnya KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWAZAH anjuran UiTM Pahang berjaya dilangsungkan di De Rhu Resort, Kuantan. Hanya 2 hari sahaja lagi kursus ini akan berakhir dan berharap ia mampu memberikan pengajaran yang banyak kepada para peserta. Kandungan kursus merangkumi pelbagai bidang termasuklah kewangan, rancangan perniagaan, pengurusan operasi, mengenalpasti peluang perniagaan, kreativiti dan inovasi serta motivasi keusahawanan. Dalam masa yang sama pihak penganjur turut menjemput penceramah luar untuk berkongsi maklumat dan memberi gambaran sebenar dunia perniagaan yang bakal diceburi. Penceramah luar yang dijemput adalah terdiri daripada INSKEN, PUNB, SMM dan SME Bank.
Sepanjang pemerhatian saya di sini selaku ahli jawatan kuasa, rata-rata pelajar menunjukkan minat yang mendalam untuk menyertai dunia perniagaan berdasarkan kepada soalan-soalan yang ditanya sepanjang slot ceramah berlangsung. Sementara itu, penyertaan mereka semasa latihan dalam kumpulan berlangsung juga amat menggalakkan. Peserta juga diminta untuk menyiapkan idea perniagaan ringkas secara berkumpulan yang mana ia bertujuan untuk melihat keupayaan mereka menyampaikan idea mereka dan lebihh daripada itu adalah untuk melihat sejauh mana kreativiti mereka menghasilkan idea perniagan yang unik dan boleh dijayakan.
Nov 15, 2010
Ulang Tahun Kelahiran
Tak sangka dapat ucapan ulang tahun kelahiran dari Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Oleh kerana ini ucapan pertama hari ini maka saya kongsikan di sini. Satu transisi baru dari kepimpinan yang diterajui oleh Dr Sahol.
Nov 14, 2010
Menjelang Aidil Adha - Kasut Hilang Sebelah
Hari ini memang bersejarah kerana ia membawa pengalaman yang melucukan. Dalam masa kita semua orang sibuk-sibuk menanda kertas peperiksaan akhir, boleh pulak kasut saya hilang. Kalau hilang sepasang mungkin boleh diterima alasan seperti ada orang ambil sebab berkenan dengan kasut yang comel lagi comot itu. Tapi ia hilang sebelah sahaja. Kecohlah jadinya apabila Mek Ja menjadi orang pertama yang menegur "eh adik ngape kasut sebelah aje?". Mula-mula ingat Kak Ja main-main rupa-rupanya betul. Aisyah juga sibuk cari-carikan kasut sebelah lagi, sekali dengan kakak-kakak cleaner semua jadi hairan kemanalah perginya sebelah lagi kasut itu. Kalau ada orang tersepak tak kan jauh benar perginya.
Tapi fikir-fikir balik bagus juga ia hilang, maknanya raya Aidil Adha ini berpeluanglah saya beli kasut baru. Tapi sebenarnya terkilan sangat dengan kehilangan kasut sebelah sebab ia selesa dipakai dan belum pun sampai 2 bulan lagi ia berkhidmat. Sayang kasut coklatku!
MENJELANG HARI RAYA AIDIL ADHA
Menjelang tarikh 9 Zulhijah di Arab Saudi, maknanya Abah dan Tuk mungkin sedang bersiap atau mungkin sudah sampai di Arafah untuk menunaikan rukun haji - wukuf di Arafah. Semoga Abah dan Tuk berjaya melaksanakan ibadah haji mereka dengan jayanya. Manakala di Malaysia Emak akan berkorban pada 10 Zulhijah (Rabu), saya pula berkorban menanda kertas peperiksaan. Bagusnya semua orang melakukan perkara yang berfaedah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Nov 10, 2010
Penilaian Prestasi Tahunan
Apabila tiba hujung tahun, perkara yang paling biasa pekerja akan buat adalah penilaian prestasi, yang mana termanya paling biasa didengar dalam Bahasa Inggeris sebagai performance appraisal. Memandangkan hari ini saya agak kelapangan maka saya gunakan masa untuk menyiapkan laporan prestasi saya. Perkara yang paling remeh sekali adalah menjejak aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan sepanjang tahun ini. Mujur ada blog yang banyak membantu saya untuk mengingatkan perihal program, tarikh dan lokasinya sekali. Sesekali saya terpaksa meneliti blog pelajar iaitu Enna yang sangat aktif untuk mendapatkan maklumat. Maka amat bersesuaian sangat tajuk blog ini "saya budak belajar" yang yang menerangkan bagaimana saya terkial-kial mencari maklumat untuk menyiapkan laporan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)