Sep 5, 2011

Pemenang Pertandingan VIDEO RAYA IT

Setelah menonton kesemua video yang dimuat naik pelajar dalam laman YouTube dan Blog masing-masing. Saya mengulang tonton kesemua video tersebut kerana merasakan banyak yang bagus, walhal hanya ada satu HADIAH. Puas saya fikirkan bagaimana hendak menentukan pemenang kali ini. Kasihan pula memikirkan usaha pelajar yang berhempas-pulas menyiapkan video sambil berperang dengan ujian dan tugasan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk menambah bilangan HADIAH, emm... satu keputusan yang lebih baik.

1 x Tempat Pertama: RM50
1 x Tempat Kedua: RM30
2 x Tempat Ketiga: RM10

Maka dengan ini diumumkan para pemenang Pertandingan Video IT adalah seperti berikut:

TEMPAT PERTAMA
.
.
.
.
.

sphinx-nli.blogspot.com

TEMPAT KEDUA
.
.
.
.
.

ecupcookies.blogspot.com

2 x TEMPAT KETIGA
.
.
.
.

dan

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang serta jutaan terima kasih kepada semua peserta pertandingan. Seperti yang saya katakan sebelum ini ia adalah keputusan yang sukar, ia dibuat setelah mengambilkira kesungguhan peserta, idea dan cerita yang ingin disampaikan, teknik videografi, masa dan kos yang diperuntukkan dan kerjasama ahli kumpulan.
Tapi sebenarnya, bagi video-video yang tidak menang pun semuanya BAGUS, ada yang kelakar, menarik, dan CUN!

Saya sangat berharap tugasan VIDEO ini akan dikenang buat selama-lamanya. Nanti jangan buat-buat lupa pula pernah daftar kursus MGT300. Kongsi video saudara-saudari di Facebook, tengok berapa ramai pula yang LIKE.

Aug 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA + HTML

Minggu terakhir sebelum cuti raya Kelas MGT300 (bm11250, bm114a, bm1114b dan bm1114c) sempat saya akhiri dengan kelas tutorial HTML.

Walaupun sudah dipesan dalam kelas hari Isnin "jangan ponteng kelas" tapi ada juga yang PONTENG. Saya memang tak faham ... sabar je laa!

Ok mari kita ulangkaji pelajaran kita, ingat koding asas untuk HTML?, yang mana semua orang pening-pening dan ada juga yang yang belum apa-apa sudah tersungkur ;-(

Ok... ingat? Bagus.

Sekarang saya nak tunjukkan bagaimana kita boleh masukkan imej grafik yang di muat turun dari internet dengan menggunakan fungsi EDIT HTML pada blog kita.

Saya yakin ramai yang buat entri baru di >new post dan guna >compose dan jarang yang guna >edit HTML.

Sekarang gunakan edit HTML ia akan kelihatan seperti berikut:

Ok sebenarnya senang, lawat photobucket kemudian carilah grafik-grafik yang dikongsikan di sana, ada macam-macam dan pilih sahaja mana berkenan di hati. Apabila kita layang-layangkan tetikus di atas grafik-grafik tersebut, kita akan dapat tengok HTML CODE yang disediakan dan salin sahaja kod itu.

Maka dengan itu, tampal kod tersebut dalam entri kita seperti berikut;

Seperti yang saya ambil ini adalah imej animasi yang disediakan oleh qhairul87 nama failnya kad-raya-2.gif (ingat masa kita masukkan imej kena pastikan betul-betul nama fail tersebut dan msetilah .gif)

Ta.. Daa... inilah hasilnya. Bolehlah cuba untuk grafik-grafik lain pula. Lebih elok imej grafik tersebut yang kita buat sendiri.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan seperjuangan di UiTM terutama di Kampus khazanah Alam, keluarga besar FPP dan keluarga BM111. Tidak lupa juga kepada para pelajar yang lama dan yang berada di semester sekarang. Mohon maaf atas segala kekhilafan dan ketidakcekapan dalam menguruskan hal-hal berkaitan kerja dan kelas.

Khas untuk semua pelajar saya ingin nasihatkan janganlah sesekali PONTENG KELAS. Tunjukkan sikap yang betul dan postif terhadap kejayaan. Semua orang yang berjaya bermula dengan KERJA KERAS, datang ke kelas menunjukkan KERJA KERAS kita. Sebagai seorang pelajar tidak seharusnya kita PONTENG KELAS. Saya sangat bimbang sikap seumpama ini akan terbawa-bawa semasa pelajar bekerja kelak. Sebab itulah saya memang pantang orang PONTENG. Dan jaga penampilan kita, kalau di Hari Raya kita pandai bergaya seharusnya ke KELAS lebih BERGAYA dan SEGAK/CANTIK/CUN serta KEMAS.

p/s: saya nak ucapkan terima kasih kepada qhairul87 - Terima kasih banyak-banyak.

Aug 18, 2011

Ujian 2 MGT 300

Perkara: Penempatan
Pelajar: Semua kumpulan BM111 bahagian 4 dan BM112 Bahagian 5
Tarikh: 10 September 2011
Jam: 2.30 pm (2 Jam)

PROGRAM GROUP NO OF STUDENT VENUE Invigilator
BM112 5A (20)
5B (24)
5C (23)
5D (20)
5G (25)
112 DK IBN HAZM Norulhuda Tajuddin
BM112 5F (17)
5P (23)
5M (11)
5N (17)
5K (26)
5H (21)
115 DK AT-TABARI Syaroza Mohamed

Maisarah Ishak
BM112 5E (19)
5I (25)
5O (13)
5L (26)
5J (29)
112 DK AL-FARABI Mohd Faizal Azrul Azwan Muhamed

Mohd Aidil Riduan Bin Awang Kader
BM111 4A (28)
4B (25)
4C (27)
80 DK 1 Musramaini Mustapha

Aug 17, 2011

PERTANDINGAN VIDEO MGT300

Biasa kita dapat tengok peraduan-peraduan yang dianjurkan oleh pemilik-pemilik blog dengan pelbagai tujuan. Tapi saya hanya ada satu tujuan.... iaitu ingin memastikan pelajar mempraktikkan pelajaran dalam kelas.

Adalah dengan ini diumumkan bahawa Pertandingan Video ini dibuka dengan rasminya.

Perkara: Pertandingan Video
Tema: Hari Raya
Cerita Video: Pesanan Khidmat Masyarakat  (contohnya: jangan merempit, jangan main mercun, jangan minta duit raya, jangan tengok TV dan sebagainya di Hari Raya)
Durasi: 3 minit (boleh juga kalau terlebih sikit)
Peserta: Terbuka kepada pelajar MGT300 (BM1114a, 4b, 4c dan BM1125o sahaja)
Tarikh akhir: 25 Ogos 2011 (dah siap muat naik di blog)

Nak tahu HADIAH apa?

Tempat Pertama = RM 50

Sila muat naik video anda di YouTUBE, dan sediakan satu entri mengenainya di blog masing-masing.

Sila Rujuk Tutorial di I-Learn

Ini adalah kerja kumpulan, pastikan semua ahli bekerja!

Selamat Berpuasa.