Mar 9, 2010
Feb 17, 2010
Aktiviti Kelas: Sesuai atau Tidak?? Bhgn. 2
Rentetan daripada artikel 'Aktiviti Kelas: Sesuai atau Tidak??' , pada hari jumaat 12/2/2010 iaitu hari terakhir sebelum cuti penggal, sekali lagi aktiviti melukis potret rakan masing-masing saya jalankan. Kali ini bagi kelas MGT 321 (Organizational Behavior) yang mana aktiviti tersebut untuk mengisi kelas tutorial bagi topik "motivation". Pelajar dikehendaki memilih rakan baik mereka sebagai pasangan untuk dipotretkan. Walaupun sudah lama berkawan mungkin ada beberapa perkara yang terdapat pada wajah rakan kita yang tidak kita sedari; sebagai contoh jumlah tahi lalat, bentuk kening, warna anak mata, jumlah anak rambut dan sebagainya. Oleh itu pelajar diberi masa untuk meneliti wajah rakan mereka terlebih dahulu sebelum melukisnya. Pelajar juga diingatkan supaya melukis dengan baik tanpa ada unsur-unsur untuk mempersendakan orang lain.
Memandangkan objektif kali ini adalah untuk memotivasikan rakan baik kita, maka sesudah lukisan disiapkan pelajar dikehendaki untuk menulis kata-kata peransang mahupun ucapan yang ingin disampaikan kepada rakan tersebut. Gamat kelas dibuatnya kerana masing-masing teruja untuk melakar wajah rakan tambahan lagi sudah lama mereka tidak melukis. Di akhir kelas, saya mengutip kesemua lukisan dan menunjukkan satu persatu gambar tersebut kepada semua pelajar. Pelajar diminta untuk meneka gambar-gambar tersebut, dan ternyata tekaan mereka adalah tepat kerana pada setiap lukisan ada beberapa ciri-ciri istimewa wajah rakan mereka dapat dilukis dengan baik. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam bersama-sama meraka. Terima kasih diucapkan kepada Enna kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang sangat istimewa ini.

Enna, Fatin, Nabil dan Mifa
Suasana kelas semasa masing-masing masih tekun melukis
Sima dan Dayu
Ini sahaja pelajar lelaki yang hadir, Muqsit, Naim dan Naz (tidak hadir)
Menunjukkan lukisan meraka yang telah siap
Enna dan Fatin juga sudah siap
Naz dan Ita juga sudah siap
Enna yang sudi berkongsi kesemua gambar-gambar ini. Terima kasih!
Potret kelas; cuba teka melalui lukisan
Potret kelas BMD5GB Dis2009-Apr2010
Feb 7, 2010
Objektif Kualiti Fakulti Pengurusan Perniagaan
Pada 6 Februari 2010 yang lalu telah berlangsung satu majlis yang dinamakan "mission possible c.g.p.a >3.00" di bawah kelolaan Biro PDCA Falulti Pengurusan Perniagaan (FPP) UiTM Pahang. Acara ini adalah bertujuan untuk memastikan objektif kualiti FPP iaitu 50% pelajar tamat dengan PNGK 3.00 tercapai. Berdasarkan pencapaian semester lepas FPP UiTM Pahang gagal mencapai sasaran tersebut di mana hanya 42% sahaja pelajar tamat dengan PNGK 3.00.
Beberapa aktiviti dirangka sebagai pengisian acara ini antaranya, ceramah motivasi, forum kecemerlangan dan juga aktiviti luar secara berkumpulan. Pelajar yang terpilih untuk mengikuti acara ini adalah terdiri daripada pelajar bahagian 5 dan 6 yang mencapai PNGK semasa 2.80 hingga 2.99 yang mana mereka dilihat berpotensi untuk mendapat PNGK sama atau melebihi 3.00 pada semesterakhir kelak.
Antara lain, program ini juga bertujuan untuk membudayakan kualiti di semua peringkat baik kepada pensyarah dan juga pelajar. Kesedaran mengenai kualiti hendaklah dimantapkan dari awal dan ianya adalah tanggungjawab bersama warga FPP UiTM. Semoga program ini akan membawa kebaikan kepada semua terutamanya kepada para pelajar untuk melipatgandakan usaha dalam mencapai matlamat yang lebih gilang-gemilang.
Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari berkenaan;

antara wajah ceria yang menyertai program
mengimbas zaman kanak-kanak menyelesaikan puzzle
wajah-wajah dalam kenangan semester lepas
madiha (bm111) dan hamidah (bm112)
tekun mendengar ceramah
lokasi: Dewan iLQam (audi 2)
Jan 25, 2010
MGT 300 - Blog
Dua minggu lepas saya sudah menugaskan pelajar Kursus MGT 300 mereka blog masing-masing. Tugasan blog ini dijalankan dalam kumpulan bagi mendapatkan 10% daripada markah keseluruhan penilaian berterusan sebanyak 40%. Blog ini bertujuan untuk memberikan pelajar pengalaman sebenar mengendalikan perniagaan secara atas talian. Artikel yang perlu dimuat-naik telah dimaklumkan terlebih dahulu, supaya pelajar menjalankan kerja rumah dan penyelidikan untuk memastikan blog mereka berinformasi. Berikut adalah alamat-alamat blog pelajar saya;
http://pitbullenterprise.blogspot.com/
http://frost-vintage.blogspot.com/
http://sifqacorner.blogspot.com/
http://wwwbeautydesire.blogspot.com/
http://lolylove-candy.blogspot.com/
http://www.sweetladies89.blogspot.com
contoh-contoh muka depan blog;
frostvintage

pitbullenterprise

Jika berkelapangan silalah datang melawat blog-blog tersebut, minta sokongan daripada semua untuk menyokong mereka.

Jan 24, 2010
Reflective Teaching Journal - part 3
Minggu lepas minggu yang agak sibuk, keberangkatan DYMM Sultan Pahang mencemar duli ke Forum Perpaduan Hak-Hak Orang Melayu, sedikit sebanyak menjejaskan sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dengan upacara tersebut.
Isi kandungan bagi Kursus MGT 534 sudah tidak sama lagi bagi kumpulan A, B dan C. Agak payah untuk memulakan minggu ini memandangkan Kumpulan A sudah ketinggalan. Sementara itu, insiden tertinggal kunci dalam bilik menjadikan hari Jumaat huru-hara, saya terpaksa memohon maaf kepada pelajar kerana kelas dijalankan secara kelam-kabut. Saya bercadang memberikan pelajar latihan yang mana paparan (slide powerpoint) telah saya sediakan beserta jawapan dan lebih teruk lagi buku teks iaitu rujukan asal kursus ini juga tidak dapat di bawa bersama. Mujur pendrive yang biasa digunakan ada bersama saya, nasib baik!
Justeru, saya memikirkan apa yang boleh kita buat jika sesuatu yang dirancang tiba-tiba tidak menjadi. Berikut adalah tindakan yang diambil:
- Beritahu pelajar situasi yang kita alami sekarang, iaitu: tertinggal kunci di dalam bilik dan bahan-bahan pengajaran ada dalam bilik tersebut. Mengharapkan pelajar faham dan YA meraka memahaminya. Mohon bantuan pelajar supaya bersama-sama mendepani masalah yang dihadapi.
- Gunakan bahan yang ada dengan kita pada waktu ketika itu sebaik mungkin. Sebelum kelas MGT534, saya terlebih dahulu menangani kursus MGT321 jadi terdapat bahan-bahan yang saya gunakan untuk bab "perception". Maka saya gubakan bahan tersebut sebagai bahan tambahan. Tetapi kita perlu memikirkan idea bagaimana hendak mengaitkan bahan tersebut dengan topik yang difokuskan pada hari ini, pilih yang bersesuaian sahaja. Kemudian bincangkan bersama pelajar.
- Habiskan isi kandungan seperti yang terdapat dalam silibus, gunakan bahan yang terdapat dalam pendrive sebaik mungkin. Kelam kabut juga kerana isinya berterabur di sana-sini, maka mengambil sedikit masa untuk menyusunnya.
Walaubagaimanapun, selepas itu saya berasa saya lega dapat menangani sesuatu yang tidak dirancang dengan agak baik biarpun, saya perhatikan pelajar mengetahui kekalutan yang saya hadapi dan dalam tempoh itu, pelajar berbual-bual sementara saya menyelesaikan beberapa perkara. Tapi yang penting, guru mesti bertenang dan tunjukkan diri mampu mengawal keadaan. Pengajaran: Jangan Tinggal Kunci Di Dalam Bilik.

Subscribe to:
Comments (Atom)