Nov 23, 2010

KAKS KE-5

Akhirnya KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWAZAH anjuran UiTM Pahang berjaya dilangsungkan di De Rhu Resort, Kuantan. Hanya 2 hari sahaja lagi kursus ini akan berakhir dan berharap ia mampu memberikan pengajaran yang banyak kepada para peserta. Kandungan kursus merangkumi pelbagai bidang termasuklah kewangan, rancangan perniagaan, pengurusan operasi, mengenalpasti peluang perniagaan, kreativiti dan inovasi serta motivasi keusahawanan. Dalam masa yang sama pihak penganjur turut menjemput penceramah luar untuk berkongsi maklumat dan memberi gambaran sebenar dunia perniagaan yang bakal diceburi. Penceramah luar yang dijemput adalah terdiri daripada INSKEN, PUNB, SMM dan SME Bank.

Sepanjang pemerhatian saya di sini selaku ahli jawatan kuasa, rata-rata pelajar menunjukkan minat yang mendalam untuk menyertai dunia perniagaan berdasarkan kepada soalan-soalan yang ditanya sepanjang slot ceramah berlangsung. Sementara itu, penyertaan mereka semasa latihan dalam kumpulan berlangsung juga amat menggalakkan. Peserta juga diminta untuk menyiapkan idea perniagaan ringkas secara berkumpulan yang mana ia bertujuan untuk melihat keupayaan mereka menyampaikan idea mereka dan lebihh daripada itu adalah untuk melihat sejauh mana kreativiti mereka menghasilkan idea perniagan yang unik dan boleh dijayakan.

Nov 15, 2010

Ulang Tahun Kelahiran

Tak sangka dapat ucapan ulang tahun kelahiran dari Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Oleh kerana ini ucapan pertama hari ini maka saya kongsikan di sini. Satu transisi baru dari kepimpinan yang diterajui oleh Dr Sahol.

Nov 14, 2010

Menjelang Aidil Adha - Kasut Hilang Sebelah

Hari ini memang bersejarah kerana ia membawa pengalaman yang melucukan. Dalam masa kita semua orang sibuk-sibuk menanda kertas peperiksaan akhir, boleh pulak kasut saya hilang. Kalau hilang sepasang mungkin boleh diterima alasan seperti ada orang ambil sebab berkenan dengan kasut yang comel lagi comot itu. Tapi ia hilang sebelah sahaja. Kecohlah jadinya apabila Mek Ja menjadi orang pertama yang menegur "eh adik ngape kasut sebelah aje?". Mula-mula ingat Kak Ja main-main rupa-rupanya betul. Aisyah juga sibuk cari-carikan kasut sebelah lagi, sekali dengan kakak-kakak cleaner semua jadi hairan kemanalah perginya sebelah lagi kasut itu. Kalau ada orang tersepak tak kan jauh benar perginya.

Tapi fikir-fikir balik bagus juga ia hilang, maknanya raya Aidil Adha ini berpeluanglah saya beli kasut baru. Tapi sebenarnya terkilan sangat dengan  kehilangan kasut sebelah sebab ia selesa dipakai dan belum pun sampai 2 bulan lagi ia berkhidmat. Sayang kasut coklatku! 

MENJELANG HARI RAYA AIDIL ADHA

Menjelang tarikh 9 Zulhijah di Arab Saudi, maknanya Abah dan Tuk mungkin sedang bersiap atau mungkin sudah sampai di Arafah untuk menunaikan rukun haji - wukuf di Arafah. Semoga Abah dan Tuk berjaya melaksanakan ibadah haji mereka dengan jayanya. Manakala di Malaysia Emak akan berkorban pada 10 Zulhijah (Rabu), saya pula berkorban menanda kertas peperiksaan. Bagusnya semua orang melakukan perkara yang berfaedah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Nov 10, 2010

Penilaian Prestasi Tahunan

Apabila tiba hujung tahun, perkara yang paling biasa pekerja akan buat adalah penilaian prestasi, yang mana termanya paling biasa didengar dalam Bahasa Inggeris sebagai performance appraisal. Memandangkan hari ini saya agak kelapangan maka saya gunakan masa untuk menyiapkan laporan prestasi saya. Perkara yang paling remeh sekali adalah menjejak aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan sepanjang tahun ini. Mujur ada blog yang banyak membantu saya untuk mengingatkan perihal program, tarikh dan lokasinya sekali. Sesekali saya terpaksa meneliti blog pelajar iaitu Enna yang sangat aktif untuk mendapatkan maklumat. Maka amat bersesuaian sangat tajuk blog ini "saya budak belajar" yang yang menerangkan bagaimana saya terkial-kial mencari maklumat untuk menyiapkan laporan tersebut. 

Oct 26, 2010

Belajar dari Maklumbalas - ENT 300

Mengambil semangat yang diterapkan dalam Tingkap Johari yang mengatakan bahawa sesebuah hubungan boleh diperbaiki melalui maklumbalas demi membersarkan kawasan BUKA (open/ arena). Begitulah juga halnya dengan sesi pembentangan ENT 300 yang sudahpun berlalu pada 18 Oktober 2010. Secara jujurnya saya merasa sangat bimbang dan takut memandangkan inilah kali pertama pelajar akan dinilai oleh panel lain tanpa kehadiran pensyarahnya sama sekali. Rasa bimbang mengenangkan prestasi anak buah sendiri dan dalam masa yang sama bimbang juga untuk menilai anak buah orang lain. Jika diikutkan bukanlah apa pun cuma memandangkan kita berkerja di bawah satu bumbung maka hubungan baik antara rakan sekerja hendaklah dijaga sebaik mungkin seperti apa yang sering dikatakan oleh En KZ. Sekali lagi pernyataan "hubungan baik antara rakan sekerja"  adalah merujuk kepada aplikasi konsep Tingkap Johari.

Maklumbalas dari panel-panel lain akhirnya menjadi satu bahan pengajaran terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri dalam mengendalikan kelas ENT 300, masih banyak yang perlu dipelajari memandangkan kali ini adalah kali ketiga saya mengajar subjek keusahawanan. Ada beberapa perkara yang jelas menunjukkan kelemahan saya kerana memberi salah ajaran kepada pelajar, manakala faktor-faktor luaran juga turut memberi kesan sedikit sahaja. Walaubagaimanapun, Puan Chahaya selaku koordinator sudahpun memberikan yang terbaik namun masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan dari sudut penilaian.

Berikut adalah maklumbalas yang diterima daripada panel mengikut kumpulan;

1. KIDDI KIDDO KINDERGARTEN
- i. it was a very good presentation
- ii. good presentation with good language used and discipline students. just a little problem with answering skills and they can not hide off their nervous. they have ideas but do not know how to defend themselves.

2. EASY CARE DIALYSIS CENTRE
- the group does not come up with the P&L and balance sheet. date of commencement of business not exactly shows business plan. well dressed and good presentation skills.

3. MOMMY DOMMY'S CUPPACAKES
- well dressed and reasonable presentation.

4. SHRIMP'S LIFE
- well dressed and good presentation skills. P&L and balance sheet - missing during presentation.

Pengajarannya
- tarikh menjalankan perniagaan adalah kesalahan saya kerana terlepas pandang semasa pembentangan mingguan dan tidak meminta pelajar menghantar laporan berkala.
- P&L dan balance sheet tidak diminta dalam senarai pembentangan. Cadangan untuk menyertakan penyata-penyata tersebut pada semester hadapan.