Oct 17, 2012

Geran oh geran..

Ok masuk ini sudah dua kali percubaan mendapatkan geran. Bertungkus-lumus menulis kertas cadangan, seminggu saya ambil untuk siapkan percubaan kedua. Membaca dan membaca, serta belajar di perpustakaan seperti pelajar lagaknya hendak mengambil peperiksaan.

Mari buat sedikit analisa.

1. FRGS
Percubaan pertama kecundang, tanpa ada sebarang komen memang tidak dapat dipastikan apakah silapnya.

2. RAGS
Percubaan kedua turut kecundang, tapi kali ini disertakan komen walaupun penilai hanya mencatat pada kotak-kotak sahaja.

Dari percubaan satu dan dua dapat kita buat perbandingan, walaupun kedua-duanya gagal tetapi ada peningkatan dari segi komen dari penilai di mana sekurang-kurangnya saya tahu di mana silapnya.

Jika mahu digambarkan perasaan tentunya rasa sedih dan kecewa. Maka ini adalah masa yang sesuai untuk cermin diri.

Motivasi untuk diri sendiri... selalu kita dengar ini; "Bersangka baik kepada ALLAH"

Bagaimana caranya hendak bersangka baik? dan mengapa kita perlu bersangka baik?

Berbaik sangka kepada ALLAH swt

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu". (Al-Baqarah: ayat 216 )

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu". (HR Bukhari).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)

Ok saya tidak mahu mati dalam keadaan yang buruk. Huda tidak mengapa mari cuba lagi pada masa akan datang.