Oct 3, 2012
Terima Kasih
Susah hendak dengar pelajar ucap terima kasih. Bukan tiada yang ucap terima kasih / thank you, tapi sangat jarang.
Ok fikir sekejap betul ke "SANGAT JARANG"?
Ramai.. ramai sebenarnya. Habis kelas sebelum pelajar beredar terutama di dewan kuliah banyak suara yang akan mengucapkan TERIMA KASIH. Kadang-kadang sampai ada yang melaung ucap terima kasih sebab, duduk di belakang dan sudah tidak sabar-sabar hendak keluar dewan. Ok siap angkat tangan lagi.
Jadi, jika ramai yang ucap terima kasih.. tapi kenapa kadang-kadang rasa seperti kosong. Adakah ucapan itu tidak datang dengan maknanya. Ucapan terima kasih sekadar sebutan kerana sudah jadi adat.
Ok fikir lagi betul ke "TIDAK BERMAKNA"?
Rasanya saya tahu sebabnya kenapa terima kasih terasa kosong. Pelajar dulu dengan pelajar sekarang berbeza.. oleh kerana mereka hidup di zaman teknologi yang serba canggih dan selalu guna singkatan terutama di chat box, mahupun sms. Terima kasih kini tinggal "t.k" atau "tq".
Bukan bermakna pelajar tidak memaksudkan ucapan "terima kasih" itu dengan erti kata sebenar. Tapi kerana beza umur yang banyak antara pensyarah dan pelajar mewujudkan jurang komunikasi yang luas.
Sekarang saya sudah buat keputsan untuk guna "sm2" sahaja sebagai singkatan kepada "sama-sama" semasa membalas sms pelajar.
Ok sekian TERIMA KASIH.