May 21, 2013

FENOMENA ISTIWA’ AZAM

PERKONGSIAN MAKLUMAT FENOMENA ISTIWA’ AZAM (MATAHARI TEGAK DI ATAS KA’BAH)

28 MEI 2013.

Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Apabila peristiwa ini berlaku, semua bayang bagi Negara yang megalami siang pada masa itu adalah menghadap ke arah kiblat (ka’bah).

Di Malaysia, kita dapat membuat semakan arah kiblat di rumah, pejabat, dan dimana-mana sahaja pada satu jangka masa yang di tetapkan iaitu pada 28 Mei 2013, jam 5.16 petang.

CARA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI PROSES MENYEMAK ARAH KIBLAT:
1. Sediakan tiang atau kayu yang lurus
2. Pastikan jam anda telah diselaraskan mengikut waktu sirim dengan merujuk pada jam di warta berita, coder astro atau menghubungi 1051 bagi mendapatkan waktu sirim.
3. Tegakkan tiang di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tersebut, dan bayang yang terhasil adalah mengarah kearah kiblat.
4. Tandakan bayang tersebut menggunakan cat, atau pen sebagai rujukan. berikut merupakan lampiran sebagai rujukan.