Jan 14, 2014

[VIDEO] Merakam suara untuk "naration"

Sekiranya anda mahu memasukkan sedikit maklumat tambahan yang boleh ditunjukkan dalam video seperti gambar, statistik, jadual, diagram, keratan akhbar yang diambil dari sumber lain maka itu dipanggil "naration". Untuk merakam "narration" yang memerlukan gabungan suara dan gambar perlukan sedikit kreativiti dengan keterbatasan yang ada.

Tip ini saya menggunakan Powerpoint sahaja, kerana ia memberikan kita kebebasan menjadi kreatif sekiranya pengetahuan menghasilkan video kita adalah sangat terbatas.

1. Langkah pertama yang boleh kita gunakan adalah mengumpulkan terlebih dahulu fakta-fakta yang ingin dimasukkan.

2. Susun secara kreatif bahan-bahan tersebut di dalam slaid satu persatu secara bertindan-tindan.

Perhatikan slaid 1, 2 dan 3 yang ditambah bahan baru tanpa diubah kedudukan asalnya. Buat sehingga semua bahan yang ingin ditunjukkan selesai.

3. Setelah selesai, langkah seterusnya adalah menukar slaid tersebut menjadi imej. Senang sahaja dengan menggunakan fungsi "save as" di PowerPoint sila pilih "save as type" - PNG.

Dengan format PNG, kini slaid berubah menjadi imej - di "dialog box" seterusnya sila pilih "every slide"

4. Powerpoint akan mengwujudkan satu folder khas untuk slaid-slaid tersebut.

5. Sekarang anda boleh memindahkan imej (slaid) ke perisian video (cth: window movie maker).

6. Memasukkan SUARA untuk "narration" dengan cara mudah iaitu rakamkan terlebih dahulu suara yang telah disediakan skripnya berdasarkan bahan tersebut. Rakamkan suara tersebut dengan "voice recorder" - gunakan sahaja telefon pintar anda. Simpankan fail audio itu.

- Posisikan "voice recorder" di tempat yang sesuai.
- Dengar audio tersebut, jika kurang elok rakam sekali lagi dan berkali-kali sehingga hasilnya bagus
- Baca skrip dengan intonasi yang betul untuk menegaskan fakta yang dikemukakan. 
- Semasa merakam suara tegakkan wajah untuk memastikan suara dapat dikeluarkan dengan jelas. 

7. Pindahkan fail audio itu ke perisian video dan masukkan di "timeline" yang bersesuaian.

8. Sesuaikan panjang slaid tersebut dengan fail audio anda. (tip: elakkan transisi yang pelik-pelik, gunapakai yang ringkas sahaja)

9. Selesai dan selamat mencuba.