Biasanya kalau kita bersembang-sembang dengan orang yang baru kita kenali, seakan-akan orang itu sangat asing pada kita. Tapi mengikut teori Six Degrees of Separation mengatakan dalam 6 atau kurang orang baru yang kita kenali akan ada kaitan dengan kita.
Six degrees of separation is the theory that everyone and everything is six or fewer steps away, by way of introduction, from any other person in the world, so that a chain of "a friend of a friend" statements can be made to connect any two people in a maximum of six steps. It was originally set out by Frigyes Karinthy in 1929 and popularized by a 1990 playwritten by John Guare. (sumber: Wikipedia)
Hari Ahad minggu lepas (17 April 2016), Dr Lokhman Hakim Osman berkongsi dengan kami mengenai Social Network Analysis (SNA). Saya dengar sahaja analogi
six degrees separation pun sudah rasa teruja, sebab rasanya memang selalu berlaku. Sama ada orang itu berkait dengan kita secara langsung ataupun tidak langsung.
Dr Lokhman yang menamatkan pengajian PhD di Australia menggunakan methodologi SNA untuk kajian beliau dalam bidang
operation management. Menurut beliau, penyelia PhD yang memintanya menggunakan methodologi SNA selepas penyelia pulang dari seminar. Oleh kerana SNA agak baru pada masa itu atau barangkali masih baru dalam bidang pengurusan perniagaan, Dr Lokhman mempelajari teknik ini sendiri. Sedangkan penyelia beliau tidak mahir mengenai SNA. Dr Lokhman mengakui tiada soal-jawab tentang teknik ini dari pemeriksa memandang beliaulah pelopornya. Satu strategi yang bijak. Atas sebab itulah, Dr Lokhman memperkenalkan kami kepada SNA yang agak asing juga di Malaysia.
|
Sociogram |
Pada mula-mula diperkenalkan SNA saya juga pening-pening memahami teknik ini. Oleh kerana saya dibiasakan dengan
regression analysis dan
structural equation modelling jadi SNA ini macam mana? Panjang Dr Lokhman bercerita tentang SNA, bahan pembentangan beliau juga banyak. Soalan dari kawan-kawan juga banyak. Bertambah rancaklah Dr bercerita sehingga kami memahami bahawa
SNA tidaklah begitu asing kerana Facebook sebagai contohnya turut menggunakan konsep ini apabila Facebook akan mengenalkan kita kepada
"mutual friends", "person you may know" dan privasi entri kita boleh ditetapkan kepada
"friends of friends".
Sudah namanya Facebook itu adalah tempat untuk kita bersosial maka memang konsep
"six degrees separation" ini sangat masuk akal. Justeru, tidak menghairankan juga kalau kita dapat perhatikan iklan-iklan di akaun Facebook adalah berbeza untuk setiap individu. Iklan saya di Facebook hanya berkisar soal jubah dan tudung. Kadang-kadang bila saya rasa hendak berehat sekejap, cubalah jenguk-jenguk Facebook. Bukannya saya hendak tengok sangat apa yang kawan-kawan kongsi hari ini, tapi biasanya saya akan klik pada iklan-iklan sambil tengok tawaran terbaik. Tapi sekarang saya sudah tahu makin banyak kali kita respon/klik kepada iklan tersebut semakin kerap iklan seumpamanya akan muncul di akaun kita. Ooohh... itu sangat bahaya! Proses membocorkan poket sendiri hanya dengan berada di depan komputer.
Saya mencari di Scopus dengan kata kunci
"knowledge sharing" dan
"SNA" dan keputusannya adalah 41 hasil dan 20 daripadanya adalah artikel. Saya maklumkan kepada Dr Lokhman, dan beliau mengatakan ini satu peluang yang baik untuk saya. Emmm.... saya menjawab
"I will look into it, Dr". SNA mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Cara kutipan data juga berbeza yang mana kita perlu mendapatkan 100% respon dari responden kita. Justeru metod SNA sesuai untuk kajian yang melibatkan organisasi. Jika kajian kepada kepada pekerja pula saya melihat contoh dalam kertas kerja sebelum ini menggunakan analisa kumpulan
(team level analysis) Seperti dalam contoh kajian mengenai
"knowledge sharing" menggunakan
"communities of practice" (COP) jadi barulah relevan kalau kita hendak gunakan SNA.
Dr Lokhman terima kasih kepada perkongsian SNA. Ianya sangat menarik. Oleh kerana dahulu saya kurang faham tentang SNA jadi memang saya akan tinggalkan sahaja artikel berkenaan dengannya. Selepas ini kalau ada terbaca di artikel mengenai SNA, Insyallah saya tidak akan abaikan lagi. Alhamdulillah hari ini ketidakfahaman itu dicerahkan. Banyak yang Dr Lokhman kongsikan tetapi tidak mampu saya menotakan semuanya di sini. Ini sahaja maklumat yang mampu saya selamatkan untuk ditulis dalam blog. Bayangkanlah seminggu belajar, hari ini baru nak ulangkaji. Berapa peratus sahaja sisa-sisa yang tingga.