Kelas hari Ahad sempat kami semua mendengar perkongsian dari Dr Syed Shah Alam. Dr Syed kata beliau adalah penceramah gantian untuk minggu ini. Apabila Dr Nik meminta beliau mengendalikan sesi pagi Dr Syed telah memilih untuk berkongsikan tentang penerbitan.
Banyak tips dari Dr Syed yang dikongsikan dalam slaid beliau tapi lebih memilih untuk melayan soalan kami semua. Semua ambil kesempatan untuk menanyakan soalan. Lantas, tajuk perbincangan kami hari ini bukan hanya berkisar soal penerbitan tetapi turut mencakupi masalah kajian, pembinaan model, teori-teori dan sebagainya.
Semua rakan sekelas mengambil kesempatan ini. Bagi yang menanyakan soalan maka, terjawablah persoalan yang buntu di fikiran selama ini. Bagi yang tidak bertanyakan soalan pun mendapat manfaat juga. Kadang-kadang kita tidak terfikir untuk menanyakan soalan tersebut tapi isu itu turut berlegar-legar dalam fikiran kita. Sesungguhnya sesi soal jawab sememangnya bermakna untuk semua. Cuma nampak Dr Syed sibuklah sikit menjawab soalan kami yang kadang kala berbelit-belit.
Bermula dari batch kami, GSBUKM sudah tentukan setiap pelajar PhD dan DBA dikehendaki menerbitkan artikel sebagai syarat untuk graduasi. Bezanya pelajar PhD perlu menghasilkan 2 kertas kerja dan DBA perlu hasilkan satu sahaja. Sekolah kami juga telah tetapkan bahawa kami boleh menerbitkan kertas kerja yang disenaraikan di ISI/SCOPUS/ERA.
Okaylah yang senarai ISI dan SCOPUS kami sudah tahu tapi, ERA bunyi agak asing sikit. Alhamdulillah Dr Syed memang sudah bersedia untuk memperkenalkan kami kepada ERA. Saya pula tak pernah nak hubungkaitkan ERA dengan Australia, ingatkan ERA ini dari Malaysia. Sebab rata-rata pensyarah akan kata "okay, ERA senang sikit, ISI tu memang susahlah".
1. ERA
Untuk lihat senarai penuh boleh klik SINI.
ERA akan beri senarai journal yang disenaraikan mereka dalam format Excel yang kita perlu muat turun. Yang bagusnya di fail excel ini ERA dan buat filter jadi senang kita hendak cari journal dalam bidang masing-masing.
2. ABDC journal quality list (Bukan ABCD, baca elok-elok)
Dr Syed juga ada kongsikan senarai journal yang dipilih oleh Dekan-Dekan fakulti perniagaan di seluruh universiti di Australia. Untuk senarai ini ianya lebih menekankan kepada senarai journal yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan pengurusan. Journal-journal ini diberikan penarafan mengikut gred seperti A, B, C dan juga D (ini tidak salah taip, sebab gred disusun ikut abjad). Kesemuanya ada lebih kurang 2765 journal di ABDC.
Perhati betul-betul memang ABDC |
ABDC pun dah siap dengan filter jadi gunakan dengan bijak |
Sudah terang lagi bersuluh AMJ, AMR dan AMA akan berada di senarai atas. Kalau ada masa terluang rajin-rajinkan diri ke laman web Academy of Management (boleh klik SINI). Macam-macam ada, dan kita boleh tengok senarai penuh journal yang dikeluarkan oleh AOM. Jika hendak akses artikel penuh kita perlu mendaftar sebbagai ahli. Kalau kita bukan ahli boleh tengok abstrak sahaja dan untung-untung ada juga artikel yang percuma.
Seperti artikel tentang culture ini, sememangnya budaya sangat sinonimlah dalam bidang OB. Siapa kaji tentang budaya memang kena bacalah artikel ini.
Artikel yang boleh diakses percuma sudah diview sebanyak 5000 kali. Kenapalah perlu ada kenkangan dalam bidang ilmu? |
Terima kasih Dr Syed. Terima kasih pada kawan-kawan yang tanya soalan. Orang tanya soalan dapat jawapan kepada soalannya dan dapat pahala juga sebab soalannya itulah orang lain dapat ilmu. Saya pun dapat tulis satu artikel untuk blog ini. Alhamdulillah.