Google Scholar Button boleh dimuat turun di kedai Chrome Web (SINI). Sangat memudahkan kita untuk mahu mencari bahan literatur tanpa perlu salin dan tampal di Google Scholar lagi.
Pertama kali saya pakai memang teruja, highlight pada tajuk atau perkataan yang hendak dicari dan klik sahaja pada butang. Tadaa... kita dapat menjejak artikel idaman.
Ini rupanya butang 'Google Scholar Button' |
Pasang sahaja butang (Google Scholar Button) dan semua pencarian kita boleh dipermudahkan. Satu ikon kecil sahaja akan muncul di sebelah atas, kanan sebelah 'settings'. Itulah butangnya.
Carian di Google Scholar juga kadang kala berbaloi kerana terdapat fail PDF yang dilampirkan sekali. Ada juga sesetengah artikel kita boleh perolehi kertas kerja penuh dari Researchgate. Jadi, saya log in Researchgate siap-siap dan bila Google Scholar selesai buat carian, saya terus dapat artikel. Barangsiapa belum ada akaun Researchgate, cepat-cepatlah buat. Boleh request full text dari author, untung-untung dapat berkenalan dengan Profesor hebat.
Ok kawan-kawan macam biasa kalau shopping di Chrome Web Store bolehlah baca-baca dulu 'review', kalau puas hati silakan pasang Google Scholar Button. Tapi saya amat sarankan butang ini dipasang. Highly recommended!!
Selamat mencuba, terima kasih Google. |
**************************** KEMASKINI**********************************
Sebenarnya entri ini telah disiapkan tadi, tetapi berlaku 'kecerdikan' yang tiada penjelasan akademik untuknya. Gambar di atas adalah carian saya di Google Scholar, alih-alih saya guna Google Scholar Button pula. Buat apa kan? Padahal sah-sah PDF ada kat situ. Tak berapa signifikan tutorial tadi.
Ok slaid berikutnya mungkin lebih relevan tentang penggunaan Google Scholar Button ini. Saya membuat carian di SCOPUS dan guna butang istimewa ini tanpa perlu 'view at publisher'. Kalau ada rezeki dapat terus.
Butang yang kecil tapi sangat membantu. Bijak betul. |
Sekian.