Oct 8, 2018

[MGT162] - ORGANIZING

Hi students, here are some useful videos related to Chapter 4.

1. Span of Control and Unity of Command

2. Delegation

3. Centralization vs. Decentralization

4. Organizational Structure

Oct 7, 2018

Tutorial PowerPoint Main-Main

MGT300
Lab class
PowerPoint

Let's learn and play. Please download the material HERE.

Jun 4, 2018

Cerita PhD: Pengalaman menghubungi editor (Proofread)

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah nak sampai ke hujung perjalanan PhD saya. September 2018 tempoh tiga tahun bakal berakhir. Walaubagaimanapun, hakikatnya banyak lagi yang perlu dilakukan sekarang ni:

- kutipan data
- analisa
- penulisan Bab 5 dan 6

Menyediakan cadangan penyelidikan (proposal), adalah pengalaman yang paling mencabar sekali. Pertama kali menulis satu teks yang benar-benar akademik adakalanya saya rasa ingin menyerah kalah. Ada banyak sebab kenapa saya merasakan yang sedemikian, antaranya; pertama, apabila kita melangkah memasuki pengajian PhD adakalanya kita dalam keadaan sangat optimis. Ini kerana apabila kita membaca tips-tips yang mencanangkan 15 tips cara untuk mendapatkan PhD, seolah ia memberi tanggapan kepada kita bahawa perjalanan PhD itu mudah dan indah.

Kedua, berkait dengan isi saya yang pertama, walaupun ada antara tips-tips itu yang menjelaskan mengenai cabaran yang pernah dilalui oleh orang sebelumnya. Tetapi pengalaman yang mereka lalui tidak dapat disampaikan dalam keadaaan yang sebenar. Oleh itu, apabila kita berdepan dengan keadaan yang hampir sama dengan kita tidak dapat menangani perkara ini dengan baik kerana setiap kali adalah pengalaman yang baru untuk kita. Apa yang pasti setiap orang akan mengalami pengalaman yang berbeza dalam keadaan yang berbeza. Makanya, janganlah kita terbuai tapi sentiasa teliti dan berhati-hati.

Ketiga, walaupun saya mempuyai pengalaman menulis artikel sebelum ini. Tapi menulis tesis tentulah tidak sama gaya dan caranya. Artikel ditulis lebih pendek dan jurang kajian yang kita buat juga adakalanya hanya dari segi konteks sahaja. Sepanjang mendapat penyeliaan dari Dr Rasidah, beliau menegaskan perkara yang paling penting adalah jurang dari segi teori. Saya menghadapi kesulitan untuk memahami perkara ini, kerana pada awalnya saya beranggapan bahawa apa-apa jurang adalah sama sahaja. Sekarang, kajian PhD saya perlu meneliti jurang kajian  diperingkat pasukan (team level)  yang mana kajian ini agak kurang dijalankan oleh pengkaji. Jurang ini memerlukan saya memikirkan juga mengenai teori yang terlibat. Pada peringkat awal saya mengalami masalah untuk menulis perbahasaan berkaitan dengan pasukan walaupun sekarang saya memahami bahawa ia tidak banyak beza dengan kajian diperingkat individu.

Begitulah, berbezanya perspektif kita sebelum dan selepas bergelar pelajar PhD. Sebelum ini, perkara yang kita tahu itu hanya dilihat dan diintai dari luar melalui tingkap atau lubang-lubang kecil. Kini, kita akan melihat cabaran PhD itu dari dalam di mana, kita masuk ke dalam rumah PhD yang luas itu. Baru kita tahu berapa tinggi syiling, berapa kuat tiang yang menyokong, berapa banyak cahaya matahari yang masuk ke rumah atau perlu kita tambah lampu lain dan sebagainya. Rumah PhD itu juga perlukan usaha dari segi kewangan, komitmen, peluh, masa dan airmata untuk kita mengurusnya. Rumah PhD itu juga kadang-kadang kala dikunjungi tetamu. Kadang-kadang tetamu datang sendirian, kadang-kadang ramai sekali tetamu datang bertamu. Tetamu datang dalam pelbagai bentuk dan warna turut membawa berita gembira dan juga sedih. Bila fikir-fikir semula kita senyum-senyum sendiri memikirkan pengalaman semua ini.

Bagi cadangan penyelidikan saya juga menggunakan perkhidmatan proofread. Memandangkan penguasaan Bahasa Inggeris saya agak kurang memuaskan, Dr Rasidah meminta saya untuk mendapatkan perkhidmatan proofread. Selain daripada dapat menambahbaik dari segi penulisan saya. Perkhidmatan proofread juga dapat membantu saya untuk belajar mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang biasanya saya lakukan. Adakala kesalahan kecil yang tidak sepatutnya saya lakukan seperti contoh pengguaan the, atau a (an) dan bilangan tunggal (singular) atau banyak (plural) .

Bagi tujuan itu saya telah menghubungi beberapa orang editor yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Saya menghubungi lima orang dan dapat maklumbalas dari empat orang. Pengalaman saya menghubungi mereka, saya dapati editor sangat membantu walaupun saya hanya mengatakan saya berminat dan belum lagi membuat keputusan akhir. Penama-penama berikut saya dapatkan dari senarai penyedia perkhidmatan yang disediakan oleh Dr Ida Rosnita untuk pelajar GSB-UKM. Sekiranya berminat untuk mendapatkan senarai boleh dapatkan DI SINI.

Pemilihan editor yang tepat adalah penting memandangkan kita tidak mahu idea asal kita disalahertikan. Jadi saya menyatakan dalam emel saya nyatakan bidang kajian saya iaitu pengurusan perniagaan. Rata-rata editor akan memaklumkan latar belakang mereka dan memberi jaminan mereka boleh membuat semakan dalam bidang tertentu. Berikut adalah empat maklumbalas yang saya terima.

1. Puan NorAini

2. Puan Irni

3.  Puan Ezreen

4. Encik Azlysham

Emel maklumbalas dari Puan Ezreen dan Encik Azlysham nampak betul-betul profesional. Walaupun saya boleh menjangkakan ini adalah kandungan yang sama untuk mereka menjawab pertanyaan dari bakal pelanggan. Puan NorAini kelihatan lebih santai dan mesra. Melalui gaya tulisan dan maklumat yang diberikan mereka sangat terperinci dan memudahkan kita untuk membuat keputusan dari segi masa dan sudah tentu kos. Secara jujurnya saya tidak menggunakan perkhidmatan keempat-empat editor di atas maka saya tidak mahu memberikan sebarang rekomendasi. Saya sarankan pembaca hubungi mereka sendiri.

Dr Rasidah menambah juga antara strategi adalah dengan meminta editor terasebut membuat sampel proofread untuk sekurang-kurangnya 5 muka surat. Dengan contoh proofread ini dapatlah membantu kita untuk menilai hasil yang kita jangkakan. Saya minta Vino buat sampel, dan saya minta rakan untuk baca juga untuk menenangkan hati hasil suntingan adalah baik. Sementara, hasil kerja Saadah tidak dapat disangkal lagi. Saadah sunting bab satu sementara Vino sunting bab dua dan tiga saya.

Baki masa saya tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum September 2018. Diharapkan dapatlah disiapkan sehingga kutipan data. Setiap hari pengalaman baru, setiap proses pengalaman baru juga tetapi perjuangan tidak boleh berkubur. Saya mesti akhiri setiap yang saya mulakan.

Sep 17, 2017

Proof Read - Penting sangat nih!!

Berikut disertakan senarai pembekal perkhidmatan proof read dan editing bagi kertas kerja journal dan tesis.

Saya cuba mengemaskini senarai perkhidmatan ini dari masa ke semasa.

Kemaskini setakat hari ini 18 Sept 2017

https://www.facebook.com/mpws.proofreading
www.proofandread.com
emel: mpws.proofreading@gmail.com

http://oakfortressproofreading.com/ 
emel:  contact@oakfortressproofreading.com

Jun 1, 2016

Cerita PhD: Soal selidik atas talian boleh kurangkan rasa malu

Bila buat kajian dalam bidang pengurusan memang kita tak boleh lari dari mengumpulkan data melalui soal-selidik.

Dulu-dulu masa zaman ijazah lagi saya memang malu nak kutip data melalui soal selidik. Malu sangatlah rasanya nak minta orang yang tidak dikenali menjawab. Sampailah sekarang ni memang ada lagi perasaan tu. Kadang-kadang saya jer yang fikir bukan-bukan, takut kalau responden tak suka topik ni, malu kalau responden menolak nak jawab, takut kalau responden komen/kritik soal selidik saya dan macam-macam lagi.

Cara nak kurangkan sikit rasa malu, saya cuba soal selidik atas talian. Terbaru untuk projek Dr Nik yang bertajuk "Green Beauty Product" yang nak lebih dari 300 data pun saya dan Zue cuba atas talian juga.

Kebaikkan menggunakan soal selidik atas talian selain daripada mengurangkan perasaan malu .

1. Senang diurus

Google forms dah sediakan templat yang sangat cantik dan profesional. Semua jenis soalan samada skala, pilihan lebih dari satu dan open ended question boleh diurus oleh Google forms dengan mudahnya. Bagi yang tak pernah guna, Google forms juga senang digunakan. Tak peninglah nak format, insert table, break page dan lain-lain lagi kalau buat di MS Word.

Macam-macam templet ada tapi kita design ikut objektif kita lah, soal selidik akademi.

2. Data sudah sedia di key in dan selamat tersimpan

Data tersimpan dalam Google Excel. Boleh terus import ke SPSS. Senang kan...

Soal selidik Green Beauty Product, tengok total response 154 tapi sebenarnya ada 149 sahaja valid data.

Data demograpfik pun dah siap dalam carta pai. Tengok je la lawa, dalam kertas kerja buat dalam jadual yea.

3. Insyallah tiada missing value

Di Google form ada setting "required question" dan biasanya saya akan ticked kat situ. Fungsi ini menyebabkan responden tidak boleh submit atau pergi ke page baru selagi tidak menjawab atau tertinggal soalan tersebut. Maka dalam data di Excel semuanya cantik terjawab.

4. Jimat kos

Borang atas talian akan jimatkan duit pengkaji. Tapi bakal mengundang kos kepada responden, kerana mereka perlu belanja sikit mobile data sebab nak jawab. Kalau buat self administered (face to face) ada kos fotostate dan cenderahati.

5. Capaian responden lebih besar

Oleh kerana borang soal selidik tersedia secara atas talian (online) maka kita boleh kongsikan pautan (link) ke form (soal selidik) di mana-mana sahaja. Boleh share di Facebook (wall sendiri, FB groups jangan lupa Doctorate Support Group), WhatsApps, blog, Google+ dan emel. Saya biasanya suruh pula kawan-kawan saya share dengan group WhatsApps diorang. Pastu suruh lagi mutual friend share pautan itu. Ramailah yang dapat link tersebut, ia dah jadi viral (kononnya lahh).

Tag/notify/rayu kawan-kawan, jiran, mak sedara, students dan paksa diorang jawab.

6. Boleh design bersama

Boleh design bersama rakan penyelidik dengan syarat dia ada google account. Invite mereka untuk view dan edit. Kiranya macam online colloborate lah, kalau nak minta kawan kita semak dan tambah apa-apa senang sangat (taklah kawan tuh pandai komen jer..). Buat terus pembetulan di Google form secara atas talian. Kiranya tiada alasan untuk tidak terlibat sama dalam pembikinan soal selidik. Hihi...

7. Jawapan/response pantas

Data kita boleh dikumpul sepanjang masa selagi kita boleh tekan "end". Data di Excel akan merekodkan jam/pukul (timeline) responden tersebut menjawab. Bila responden tekan butang submit sahaja, data terus direkodkan. Oleh itu kita boleh monitor berapa data yang terkumpul sekarang, dan berapa lagi tak cukup.

Bila dah tahu data belum mencukupi maka pandai-pandailah kita tag/notify/rayu dan share link tersebut kepada bakal responden. Ini sesuai kita buat untuk kajian consumer behavior lah. Kalau OB/HR mungkin susah nak apply tips ini.

8. Ruang berkreativiti

Google forms membenarkan pengguna pilih warna, jenis tulisan dan masukkan gambar. Gambar ni penting kalau buat kajian yang memerlukan responden menilai gambar tersebut seperti logo, ruang bilik di hotel, label pada pembungkusan dan lain-lain. Jadi gambar yang kita sertakan itu sudah tentu siap berwarna maka bertambah minat dan semangat responden nak menjawab.

Gambar membantu responden faham

9. Keselesaan untuk responden

Untuk responden pula tiada alasan borang soal selidik hilang, tercicir atau terlupa letak kat mana. Responden boleh jawab pada jam 3.35 pagi atau mana-mana waktu yang selesa termasuk Sabtu dan Ahad. Mereka juga tidak perlukan pen untuk menjawab cuma tekan-tekan dan swipe sahaja.

10. Kempen hijau

Pada orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, soal selidik atas talian ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan sokongan anda. Tiada kertas digunakan, mesin fotostate tidak perlu dihidupkan, toner pun tidak digunakan untuk mencetak.

Saya sudah rasa lega dan berseronok kerana Dr Nik hanya meminta 200. Jadi pada tanggapan saya hanya sedikit lagi usaha yang diperlukan untuk cukupkan 200 (sekarang dah ada 149 sehingga tarikh 2 Jun 2016). Tapi baru-baru ini Dr Nik beritahu beliau mahukan data untuk projek ini melebihi 300. Jadi saya dan Zue terpaksalah menukar strategi dengan turut mengumpulkan data menggunakan borang soal selidik juga. Tidak mampu lagi melayan perasaan malu apabila keadaan semakin mendesak.

Penggunaan borang atas talian ini sebenarnya sangat mencabar kerana jumlah respon yang kita perolehi adalah sangat rendah. Ada sesetengah responden memang tidak gemarkan soalan atas talian, ada juga yang terlupa nak jawab walaupun mereka mengatakan mereka akan menjawab. Tidak kisahlah, sebab setiap orang ada kegemaran sendiri.

Tapi apa yang saya hendak beritahu di sini, mohon jawan survey "Green Beauty Product". Saya masih perlukan banyak data, BANYAK.. BANYAK...

ALHAMDULILLAH KAMI SUDAH DAPAT 166 MAKLUMBALAS DARI SOAL SELIDIK ATAS TALIAN INI. SOAL SELIDIK INI DITUTUP DENGAN RASMINYA PADA 20 JUN 2016. TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM KAJIAN INI.

Tutorial Google forms kawan-kawan boleh MUAT TURUN sekarang. Yang ini disediakan Universiti of Alaska Anchorage, boleh baca di SINI.

Saya pernah buat juga tutorial boleh BACA sekarang. Nota saya boleh muat turun di SINI.

Terima kasih semua.